20090429

Report: Sarawak / Part 1

Finally, plan ke Sarawak berjalan dengan lancar walaupun trip ini hanya disertai aku dan Syimir sahaja. Trip ke Sarawak ini dah di plan sejak hujung tahun 2008 lagi. Patutnya ada la 2-3 org kutu yang join sekali. Tapi memandangkan kepadatan jadual hidup, seorang demi seorang menarik diri. Itu semua tak mematahkan semangat aku dan Syimir untuk teruskan trip ini, walaupun kami pergi dengan bajet yang sangat rendah. Tiket flight yang hanya RM 90, duit belanja lepas cover duit tempat tidur, makan, tiket-tiket, gambir dan sedikit souvenir.

Trip kali ini memang kami plan agak santai. Tak mahu terkejar ke sana sini. Memandangkan bajet kami yang sangat rendah, kami target untuk pergi 2-3 tempat yang terbaik saja. Aku tak nak trip macam aku di Bali dulu. Terkejar sana sini. Shopping 2 jam terus kena naik van. Nak pergi sana sini. Aku nak relax-relax, lepak di dorm, berkenalan dengan backpackers dari negara luar. Tanya itu ini. Seronok.

Day 1 / 23042009

Flight sepatutnya pukul 9.45 pagi. Tapi delay kepada pukul 10.20 pagi. Aku dan Syimir dah pun tiba di LCCT seawal jam 7.30 pagi.


Akibat mata yang berat menyaksikan kemenangan Manchester United menentang Portsmouth awal pagi tadi.

Perjalanan selama 1 jam 40 minit tak terasa jauhnya sebab aku sambung tidur dalam flight. Mengantuk lain macam. Lebih kurang pukul 12.00 kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Seperti yang dirancang Ququl Izwan akan mengambil kami seterusnya akan menjadi tourist guide sepanjang keberadaan kami di Bumi Kenyalang.

Kami check in di Singgahsana Lodge seperti yang direcommendkan kawan-kawan yang pernah ke sana sebelum ini. Kami decide untuk ambil dorm sebagai tempat tidur. Macam asrama. 1 dorm ada 5 katil double decker. Dengan bayaran RM 30(+breakfast) sehari, aku dan Syimir bersetuju untuk check in di situ. So, kami ditempatkan sebilik dengan 5 orang putih. 2 dari Holland, 2 dari Australia dan seorang lagi aku tak tau dari mana sebab dia banyak buat hal sendiri. Semua ok, saling bertegur sapa dan yang paling penting semua respect and trust each other.


Ini dorm aku. Cubaan melelapkan mata, tapi gagal.

Lepas check in dan berkemas. Ququl bawa kami pergi makan. Aku try oder Bihun Belacan. Nak rasa masakan Sarawak. Tapi, aku tak boleh makan. Tak tertelan. Bihun Belacan nih macam bihun sup lebih kurang bentuk dia. Ada kuah macam sup tapi kuah dia rasa aneh. Lepas tuh ada sambal belacan dan yang paling tak best ada telur warna hitam dengan bau yang sangat tidak best. Aku langsung tak sentuh telur hitam tuh. Telan bihun tuh pun paksa-paksa. Tapi aku tengok table sebelah makan selamba macam tak ada apa-apa. Walau apa pun, Sotong Kangkung kat kedai tuh memang terbaik.

Lepas makan, Ququl bawa kami pusing-pusing sekitar Kuching (port bapok tak terkecuali). Kami bertiga decide untuk memulakan pengembaraan esok harinya. Memandangkan kami yang tak cukup rehat dan mengantuk. Ququl hantar kami bertiga pulang semula ke Singgahsana. Kononnya nak rehat-rehat, tapi tak sampai setengah jam kami dah keluar semula. Kedudukan Singgahsana Lodge yang berada di tengah-tengah bandar Kuching memudahkan kami untuk berjalan-jalan. Petang itu, aku dan Syimir berjalan ke deretan kedai belakang Singgahsana, ke Kuching Waterfront, dan shopping complex terdekat untuk beli towel (aku tertinggal) dan barang keperluan lain.


Sekitar Kuching Waterfront.


Amacam? Berani? Kepala dalam mulut buaya tuh.

Malam itu, Siddiq (kawan Syimir) bawa kami makan di Raja Ayam Penyet. Aku tak tahu kat mana. Tapi kedai ini memang top kat Kuching. Hari pertama yang sangat santai. Aku suka. Esok kami plan nak ke Jongs Crocodile Farm melawat Bujang Senang yang dah tinggal rangka.


Raja Ayam Penyet. Ramai bapok jadi waiter kat sini.

Bersambung...

20090427

Pulang



Gua selamat mendarat di LCCT lebih kurang pukul 3 petang semalam. Melihatkan kepadatan beg galas gua, agak-agak berapa kilogram gambir gua bawak balik KL? Yang dah oder jangan malu segan untuk tuntut oder anda.

***

Malam terakhir di Khucing buat gua tersenyum sampai ke hari ini. Gua, Syimir, beberapa orang backpackers dan crew Singgahsana Lodge (tempat gua menginap) menyaksikan kemenangan Manchester United di roof top Singgahsana. 5-2 beb. Bukan sikit-sikit. Gua harap sorakan keriangan gua tak mengganggu backpackers lain yang sedang nyenyak tidur.

Notakaki: Macam biasa, tunggu full report gua berlawan dengan buaya Sarawak pula.

20090422

Bumi Kenyalang

Kurang 12 jam dari sekarang gua akan terbang ke Bumi Kenyalang. Berbekalkan 3-4 keping not RM 50 dalam dompet, gua yakin trip ini akan sukses walaupun tempoh lamanya gua di sana adalah 4 hari dan 3 malam. Gua cuba berbelanja seminima mungkin. Cari tempat tidur murah-murah, makan dekat gerai-gerai, tumpang lori, basuh pinggan atau apa saja yang boleh meminimakan perbelanjaan gua kat sana nanti. Destinasi Bajet pun tak "bajet" macam trip ini gua rasa.

Notakaki: Gambir Sarawak? Boleh adjust punya. Kasi PM sama gua.

UNITEN (Harta) 2 - 1 TNB Research

Ketinggalan 1-0 membuatkan semua pemain TNB Research bersungguh-sungguh cuba membuat jaringan. Banyak percubaan bahaya dilakukan tapi dapat dipatahkan penjaga gol pihak lawan. Kurang 10 minit sebelum permainan tamat, TNB Research dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran dari pertahanan pihak lawan. Mungkin tekanan dari percubaan yang bertubi-tubi dari pasukan TNB Research. Ini sahaja peluang untuk menyamakan kedudukan.

Semua berdiri di luar kotak penalti dengan penuh berdebar. Borhan pusing-pusing bola tiru gaya pemain amatur Liga Inggeris bila hendak ambil sepakan penalti. Muka Borhan penuh keyakinan. Wisel berbunyi. Deras Borhan berlari membuat rembatan dengan kaki kanannya. Dan.....

***

Borhan pusing belakang tengok kawan sepasukan. Semua mata tepat memandang ke arahnya.

"Relax lah, Berbatov pun sepak penalti tak masuk....
Inikan pulak aku, Borhan....."

Setengah padang gua berlari mendapatkan Borhan. Gua terajang perut Borhan 2 kali. Gua siku muka dia sekali. Borhan terus pengsan. Gua tak marah Borhan sebab tak dapat score penalti. Tapi kenapa mesti dia kaitkan dengan pasukan kegemaran gua? Dia tak tahu ke dada kiri gua ade permanent tattoo lambang Manchester United?

20090419

Hantu



Aku ingatkan, jangan ajak aku mengeteh kat kedai siam bawah rumah seperti waktu tertera pada poster kalau tak nak kena tendang!

Notakaki: I love you Cheryl Samad!

20090416

Misi Gagal Part 2

Ramai yang mempertikaikan tentang trip berbasikal gua yang gagal itu. Ada yang cakap, kami yang pancit sebenarnya, bukan tayar basikal Moqh seperti yang aku beritahu. Sinis sungguh. Sekali aku tendang baru tahu. Aku memang dah stand by dengan bukti-bukti kukuh untuk kes-kes macam ini.

Kejadian 1


Kejadian 2


So, macam mana? Percaya? Tak percaya jugak? Memang nak kena tendang!!!

Nak Kena Tendang?



Team gua menang lu cakap nasib. Tak fight la, itu la, ini la.
Team lu kalah, lu cakap kalah bermaruah, melawan bla bla bla....
Lu nampak tak brader hooligan kat atas tu?
Lu nak kena tendang???