20110505

Koh Phi Phi (Pulau Phi Phi)

Day 5: February 2, 2011

Bangun seawal jam 8pagi sebab pukul 9pagi dah book untuk aktiviti snorkeling half day. Naik speed boat pergi Maya Beach yaw!
So, untuk hari ini tak ada langsung aktiviti berbasikal untuk jarak yang jauh. Kalau ada pun kayuh sekitar-sekitar pulau.


Ini chalet kami. Basic chalet je. Boleh lah sebab nak jimat.


Ini speed boat yang gua naik. Masa ni baru sampai Maya Beach.



Kirstina from Finland. Kenal kat dalam boat. datang Thailand sorang-sorang.



Punya lah ramai manusia.


Ada la 2-3 orang puteh mandi top less. Aku ambil la gambar sebagai kenang-kenangan. Hahaha...


Selain Kirstina, 3 orang mamat Perancis ni satu boat dengan kami. Slumber hisap ganja dalam boat. Siap bagi driver boat sepam dua. Elak semua ke laut je.


Aku sorang je yang snorkeling pakai life jaket. Hahaha...

Dalam pukul 12 tengah hari, aktiviti snorkeling kami tamat. Kirstina pun sama. Kami cuma ambil half day trip. Mamat Perancis 3 orang tu sambung lagi snorkeling tempat lain. Kirstina join kami lunch. Bila dah lepak sembang-sembang tukar card, baru kami tahu dia wartawan TV Finland. Dia datang ke Thailand sorang-sorang. Banyak yang kami ceritakan. Dia tunjukkan gambar family, rumah, anjing dia pada kami. Cerita itu, cerita ini. Bro Lob yang banyak cakap sebenarnya. Aku celah mana yang patut. Hehe... Lunch hari tu kami ajar Kirstina makan tom yam. Merah padam muka dia cari air :)

Lepas lunch kami cari tiket ferry untuk esok. Phi Phi Island ke Phuket. Cari tiket awal pagi supaya cepat sampai Phuket. Tiket ferry 200 bath + 100 bath untuk basikal. Lebih kurang RM 30. Esok nak pergi Phuket woiiii!!!!

TBC.

20110504

Cycling in Southern Thai – RV Garden Resort, Klong Phorn to Koh Lanta to Koh Phi Phi

Aku minta maaf sebab ambil masa terlalu lama untuk sambung cerita touring Southern Thai. Mungkin dah boleh dianggap basi. Hampir sebulan tak berusik langsung. Kesibukkan bekerja (+malas) buatkan kerja-kerja mengupdate blog agak terbatas. Sebab lambat sangat update, aku belanja sekeping dua gambar berahi ok!

***

Day 4: February 1, 2011

Kami meninggalkan RV Garden Resort pada pukul 10 pagi selepas bersarapan. Thanks pada Pick kerana menyediakan sarapan pagi untuk kami. Pick seorang yang memahami dan menghormati. Semalam sebelum kami balik bilik untuk tidur, Pick tanya menu sarapan pagi kami. Apa yang kami nak makan? Ok tak kalau dia sediakan roti dengan tuna? Dia tanya sebab dia tahu kami muslim. Aku dengan Bro Lob ok saja. Pick memang banyak membantu. Sebelum bertolak kami bergambar kenangan dengan Pick.


Gua dengan Pick.

Plan kayuhan hari ini direct ke Phi Phi Island dengan melalui Koh Lanta seperti yang Pick suggest. 10km lepas kayuh di jalan besar ada signboard belok kiri untuk ke Koh Lanta. Koh Lanta lebih kurang 30km dari persimpangan tadi. Cuaca panas sekitar 31 degree celcius tak mematahkan semangat kami. Lagi-lagi bila dah dekat nak sampai Phi Phi Island. Lain macam dia punya semangat. Teringin aku nak sampai Maya Beach. Pantai cantik yang banyak orang review di internet. Lokasi penggambaran filem The Beach, lakonan Leonardo Dicaprio.

Koh Lanta belok kiri.

Dari jalan besar nak masuk ke Koh Lanta banyak perkampungan Islam di kiri dan kanan jalan. Banyak signboard masjid, banyak perempuan bertudung dan yang paling penting tak ada masalah dengan anjing. Jalan pun ok. Balance. Tak lah flat road all the way. Bukit-bukau pun ada.

Fruit seller. Dia bagi buah limau sorang satu buat bekal. Hehe

2jam 30minit berkayuh. Lepas climb bukit last, turun-turun terus ada jetty. Kami tanya pada orang dekat-dekat situ mana jalan nak ke Koh Lanta. Diorang tunjuk arah jetty. Lepas bayar duit tiket 56 bath untuk 2 orang. Kami terus ke penghujung jalan. Banyak kereta beratur untuk masuk dalam ferry. Ada pekerja yang jaga untuk tugas susun-susun kereta. Lebih kurang macam ferry kat Penang la cuma ferry ni kecik. Macam tongkang pun ada. Tak ada tempat duduk penumpang. Kami tak lepaskan peluang bergambar atas tongkang. Rasa macam tak percaya basikal aku boleh naik tongkang. Naik tongkang lebih kurang 5minit je. Sampai je seberang terus kami sambung kayuh. Ikut signboard nak ke jetty.

Naik tongkang! haha

Kami terkejut bila sampai jetty sebab kena naik tongkang lagi sekali. Patut lah masa bayar tadi orang kaunter bagi 2keping tiket. Nasib baik kami tak buang yang satu lagi. Kalau tak nak kena beli lagi. Lepas sampai seberang sekali lagi kami kayuh follow signboard jetty. Sampai lah satu pekan kecil yang boleh tahan sibuk ramai orang. Ramai orang putih. Banyak kedai-kedai. Signboard PADI sana sini. Memang port divers agaknya. Kami lunch di sini. Menu macam biasa. Nasi putih, tom yam dan telur dadar.

Baru sampai Koh Lanta.

Lepas makan terus beli tiket untuk ke Phi Phi Island. Naik ferry. Extra 100 bath untuk basikal. Dari Koh Lanta ambil masa lebih kurang 1jam untuk sampai ke Phi Phi Island. Orang putih kat atas ferry berjemur topless. Memang gila!

Topless! Curi-curi ambil gambar! haha

Atas ferry.

Phi phi island memang pulau yang cantik. Selama ini dengar kawan-kawan cerita. Sampai juga aku akhirnya. Dengan basikal pula tu. Sampai Phi Phi Island pusing-pusing cari hotel murah. At last jumpa juga. Lepak chalet tanpa air cond and water heater. Terus check in untuk 2 hari. Malam tu pusing-pusing Phi Phi dengan basikal. Ramai gila orang putih. Nak kayuh basikal pun susah. Basikal Bro Lob ada loceng, so senang la sikit nak suruh orang ke tepi. Cari aktiviti untuk esok. Sebelum datang memang aku dah research pasal pulau ni. Aktiviti air macam diving, snorkeling, kayak, etc memang banyak kat sini. Wall climbing pun ada. Rata-rata kedai diving kat sini memang orang putih punya. Pusing punya pusing, last-last kami ambil pakej half day snorkeling 5 pulau include Maya Beach. Teruja gila nak pergi! Masa pusing-pusing tu jumpa orang KL, kami borak biasa. Terkejut dia bila dengar kami datang dengan basikal. Malam kasi tidur puas-puas. Esok nak pergi Maya Beach woiiii!!!!

20110304

Cycling in Southern Thai – Trang to Khlong Phorn


Thumrin Hotel, Trang

Day 3: January 31, 2011

Perjalanan untuk hari ke-3 ini bermula agak lewat. Lepas makan tengah hari baru nak bertolak sebab semalam dah kepenatan. Hampir 11jam atas basikal mana la tak penat. Plan hari ini kayuh sejauh mungkin. Selagi belum malam teruskan berkayuh. Tak mahu ambil risiko macam semalam sebab kami tak tahu route yang akan kami lalui. Kalau ikut planning memang target nak sampai Krabi pada hari ke-3. Tapi kalau dah bertolak pukul 1 memang mustahil boleh sampai Krabi sebelum malam. Kalau kayuh malam pun mungkin tengah malam baru sampai Krabi.


Trang Railway Station.

Pukul 12.30 tengah hari kami mulakan perjalanan. Cuaca agak panas. Suhu sekitar 33 degree celcius. Kami maintain pada kelajuan 20-25 km/h. Masih lagi dalam mode “easy ride”. Flat road all the way. Tapi belum sejam berkayuh tayar belakang Bro Lob puntured. Kerja-kerja tukar tiub jadi mudah bila ada kedai runcit dekat-dekat situ ada compressor untuk pam tayar. Kami tanya tokey dia kalau-kalau ada pam kaki. Bukan kami tak bawa pam. Tapi kalau ada pam yang besar tu cepat sikit nak pam. Sekali dia bawak keluar compressor. Pelik juga kedai runcit ada compressor kan? Pengajaran untuk hari ini; Jangan malu bertanya walaupun macam itik dengan ayam :) Tokey kedai sepatah haram tak tahu english. So kami guna bahasa badan dan isyarat tangan. Lepas selesai tukar tube. Lepak kedai tu minum air. Bro Lob makan epal. Masa nak bayar dia tunjuk nilai yang perlu kami bayar pada calculator sebab tak tahu nak sebut sambil tangan dia tunjukkan pada basikal Bro Lob dengan isyarat tak perlu bayar sebab guna compressor dia. Walauapa pun Bro Lob tetap bagi duit lebih pada tokey kedai sebab pinjamkan compressor. Itu pun dia tolak tak mahu tapi last-last dia ambil juga.


Owner kedai runcit yang ada compressor.

Masih lagi flat road. Melalui kawasan perkampungan. 2-3kali juga lalu jambatan seberang sungai. 2-3 kali juga berhenti tanya orang sebab macam confuse. Jalan kampung kurang signboard tapi best banyak pokok. Kurang sikit panas. Last-last jumpa juga signboard Krabi.


Krabi, 93km. Duhhhh....

Pekan kecil sekitar selatan Thailand jarang-jarang ada tempat penginapan. So bila dah petang kami dah mula risau takut tak sempat sampai pekan yang ada hotel, motel, chalet. Tak ada lah risau sangat sebenarnya. Bro Lob memang dah stand by tent untuk kes-kes macam ni. Aku pun memang bawak sleeping bag. Agak-agak tak ada hotel pacak la kemah tepi jalan.

Sai Khao pekan kecil yang aku rasa majoritinya Islam. Aku nampak banyak signboard masjid kiri kanan jalan selain ramai perempuan bertudung. Hati jadi senang bila kayuh dekat pekan muslim sebab tak ada anjing :) Masa dekat Sai Khao kami ada berhenti dekat warong muslim yang majoritinya makcik tengah melepak. Tanya dia pasal hotel area dekat-dekat Sai Khao. Makcik tu tak berapa pasti. Tapi dia cakap mungkin ada hotel dekat Huai Nam, kira-kira 20km dari situ. Masa ni jam dah pukul 6lebih. 20km mungkin ambil masa lebih kurang sejam lagi berkayuh. Tapi masa lalu dekat Khlong Phon, pekan antara Sai Khao dengan Huai Nam. Aku nampak signboard chalet. Terus kami pergi survey. Alhamdulillah jumpa chalet. FV Garden Resort. Resort cantik dan owner yang baik, Pick. Pick offer untuk sediakan makanan muslim untuk kami. Dia cakap nenek dia akan masakkan itupun kalau kami tak kesah sebab nenek dia bukan muslim. Sebab nak keluar ke pekan Khlong Phorn jalan agak gelap. Tapi kami tolak. Lepas check in, mandi terus siap-siap pergi makan sebelum hari terus gelap.


FV Garden Resort, Khlong Phorn.

Tempat kami makan malam.

Malam lepas makan kami lepak dengan Pick dan uncle dia. Surf internet dan sembang-sembang. Masa ini lah Pick cadangkan kami pergi ke Phi Phi Island lalu Koh Lanta (Pulau Lanta). Ao Nang, Krabi sangat pack dengan tourist. So dia cakap better ikut Koh Lanta. Naik ferry dari Koh Lanta. Kira-kira 30km dari pekan Khlong Phorn. Sebab Pick orang tempatan, aku rasa dia lebih tahu. So kami terima cadangan Pick.

Total Distance Cycled Day 3: 69 km

20110225

Cycling in Southern Thai - Hatyai to Trang



Day 2: January 30, 2011

Kami bangun sekitar jam 8 pagi waktu Malaysia. Bersiap-siap untuk keluar mencari sarapan. Di Hat Yai memang tak ada masalah nak mencari kedai muslim. Pusing-pusing memang akan jumpa punya. Siap ada roti canai lagi. Lepas sarapan, balik semula ke hotel. Packed our stuff dan bersiap-siap untuk teruskan perjalanan. Target kayuhan hari ini ialah Phattalung. Lebih kurang 102km dari Hat Yai. Kami meninggalkan pekan Hat Yai pukul 10 pagi waktu Malaysia. Pukul 9 pagi waktu Thailand. Cuaca pagi ini agak bagus. Tidak terlalu panas dan tiada pula tanda-tanda hendak hujan. Suhu pula sekitar 29 degree celcius.

Masa dalam perjalanan aku disapa oleh seorang mountainbiker siam. Tiba-tiba dia ada sebelah aku. Tegur aku dengan bahasa siam. Aku cakap dengan dia yang aku dari Malaysia. Aku cakap english. Nasib baik dia boleh cakap english sikit-sikit. Dari apa yang aku paham, dia nak kayuh ke pekan sekitar situ. Saja kayuh pagi-pagi. Dia tengok component-component pada basikal aku. Aku senyum pada dia. Aku lupa nak tanya nama dia. Dia terkejut bila aku beritahu yang aku on the way nak ke Phuket. Dia cakap Phuket jauh dari sini. Dia ada bagi aku website address cycling club dia. Tapi aku lupa :( Sebab kami cuma berbual atas basikal sambil berkayuh.


Mountainbiker Siam yang tegur aku.

Sejam selepas berkayuh, perjalanan kami mula dihidangkan dengan bukit-bukit tinggi. Di tepi jalan tertera sign board penggunaan gear rendah untuk kenderaan yang melalui kawasan itu. Agak memenatkan. Tapi bukit-bukit ini aku aggarkan lebih kurang 7-8 km sahaja. Lepas tu jalan kembali seperti biasa. Flat road :) but very dusty and too many honking from busses. Banyak kampung di tepi-tepi jalan sepanjang jalan nak ke Phattalung. So, orang kampung kat sini yang bawak motor suka cross jalan dengan slumber nak ke jalan sebelah. Itu mungkin salah satu sebab orang kat sini suka hon-hon. Setakat bawa moto lawan arus memang dah perkara biasa kat sini. Helmet pun tak pakai. Aku yang kayuh basikal pun pakai helmet.



We pedalled slowly, maintaining the speed of 20-25km/h.

Kami berhenti untuk makan tengah hari di pekan kecil antara Rataphum dan Phattalung. Aku lupa nama pekan dia. Nampak ada kedai muslim seberang jalan. Terus cross pergi seberang. Makan nasi putih, telur dadar, dan tom yam seafood. Makanan dekat Thailand ni boleh tahan mahal. Harga untuk semangkuk tom yam seafood boleh cecah 80 – 100 bath. Lebih kurang RM 8-10.

Selepas itu, perjalanan ke Phattalung boleh dikategorikan sebagai “easy ride”. Selain permukaan jalan yang flat 80%. Lorong kecemasan yang disediakan untuk penunggang motor dan basikal memudahkan lagi perjalanan kami. Banyak pondok-pondok kecil tepi jalan disediakan. Senang nak berehat. Boleh lah baring or tidur sekejap untuk recharge energy. Kedai-kedai pun banyak kat tepi-tepi jalan so senang la nak beli air, makanan etc. Gelanggang tomoi pun ada, kalau rasa nak bertomoi boleh berhenti kejap :)


Lane untuk motor dan basikal disediakan dikebanyakkan jalan.


Stopped for a short break.

Kami berhenti disebuah cafe dipersimpangan antara Phattalung dan Trang untuk berehat minum, toilet dan search internet. Phattalung lebih kurang 2 km ke kanan, manakala simpang ke kiri untuk ke Trang. Lebih kurang 56km. Lepas minum dan surf internet, kami decide untuk teruskan perjalanan ke Trang. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang waktu Malaysia. Mungkin pukul 8.30 malam boleh sampai Trang. Lebih kurang 3jam berkayuh. So esoknya boleh direct terus ke Krabi. Takut kalau tidur Phattalung, esoknya tak ada tempat nak tidur diantara pekan Trang dengan Krabi. Pekan kecil sekitar selatan Thailand ni jarang-jarang ada hotel, motel, chalet etc. So memang nak kena plan perjalanan betul-betul.

Kami meninggalkan Phattalung pukul 5.30petang menuju ke Trang. 20km pertama memang enjoy. Scenery memang cantik. Ada kampung tepi-tepi gunung. Ada orang berniaga roti canai naik motor, bila ada orang nak beli, berhenti jap tebar roti. Rare bukan? Tapi lepas 18km semuanya berubah. Route tiba-tiba berubah. Tak ada kampung-kampung, tak ada lampu jalan, tak ada laluan untuk basikal,motosikal dan yang paling best the route is similar like jalan Ulu Yam nak ke Batang Kali. Berbukit-bukit! Masa tu jam dah hampir pukul 7.15malam. Hari dah mula gelap. Bukit pertama dekat jalan “Ulu Yam” ada banyak gerai buah tepi-tepi jalan. Tengah climb tiba-tiba keluar anjing kejar aku. Bayangkan lah tengah climb bukit tinggi dengan luggage belas kilogram kena kejar anjing. Separuh mati aku kayuh.


Macam jalan Ulu Yam tak?

Sepanjang perjalanan aku banyak berada kat depan. Masa kat depan ni, aku perasan Bro Lob jauh tertinggal belakang aku. Aku kayuh perlahan-lahan tunggu dia. Aku jadi pelik juga bila aku kayuh 16km/j pun dia still tak ada belakang aku. So, aku berhenti tunggu dia. Tak lama lepas tu dia sampai. Dia cakap basikal dia berat. Kami berhenti check apa yang patut. Bila check tengok rotor sangkut dengan brek pad belakang. Sudahnya dekat tepi jalan yang sempit dan berbukit tu la kitorang repair basikal. Remove pannier bag dan terbalikkan basikal. Masa ni hari memang dah gelap. Dah pukul 8malam. Tengok rotor tak bengkok tapi still sangkut dengan brek. Nak remove rotor, rotor Bro Lob center lock pulak (XTR). Opener tak ada. Sebab hari dah gelap, kami pasang tayar balik. Pasang pannier bag. Nak tolak cari tempat terang and repair kat sana. Sebab tak boleh nak repair dengan keadaan gelap lepas tu jalan pula sempit. Kereta yang lalu terpaksa ambil space jalan sebelah sana bila nak overtake kami. Kereta dari jalan sana pula dah hon-hon.


It was getting dark.

So menolak la kami berdua dalam keadaan gelap tu. Bila turun bukit baru naik basikal. Dengan keadaan gelap tak ada lampu jalan, tak ada lorong kecemasan. Masa tengah menolak ni tiba-tiba ada motor datang dekat dengan kami. Berhenti lebih kurang 10m depan kami lepas tu pusing balik sambil tengok kami. Aku tengok Bro Lob, Bro Lob suruh aku stand by pisau. Takut apa-apa yang tak dijangka terjadi. Pisau lipat memang aku simpan dalam handle bar bag. Senang nak ambil kalau apa-apa berlaku. Tapi dalam masa yang sama juga aku fikir, tak guna juga kalau aku melawan dengan pisau. Sebab orang cakap orang siam ni selalunya ada pistol. So, we had no choice and left matters in the hands of Allah. Kami teruskan menolak buat macam biasa. 2kali motor tu pusing-pusing dekat area kami. Last yang aku ingat dia berhenti semula depan kami. Tapi tak lama lepas tu dia terus jalan. Mungkin dia tahu yang aku ni Hooligan MU. Selalu bergaduh lepas tengok bola kat Old Trafford dulu :) Lega hati kami. Tapi basikal tetap kena tolak walaupun basikal aku tak rosak. Aku temankan Bro Lob. Sampai mana nak menolak aku pun tak tahu. Kiri kanan hutan. Gelap. Cengkerik bukan main lagi bernyanyi. Ada lah sekali tu tahan pick up untuk tumpang. Dia berhenti. Bila kami cakap nak tumpang. Dia pula tak faham english. Terus jalan. Damn! Lama juga menolak. Sampai air pun dah habis. Penat bukan main. Dahaga usah cerita lah. Bila turun bukit naik balik basikal. Jumpa bukit menolak balik. Macam tu la 3-4kali.

Tolak punya tolak sampai la kami terjumpa sebuah restoran kat dalam hutan tu. Pelik juga aku boleh ada restoran kat tengah-tengah hutan macam ni. Tak cakap banyak terus minta tolong hantar kami ke Trang. Kalau nak repair basikal and kayuh semula dah lewat sangat. Masa nih jam dah pukul 9.15malam. Nasib baik ada yang boleh cakap broken english. Dia minta kami 1000bath. Deal punya deal, last-last jadi 500bath (RM50). Aku hembus nafas lega. Perut lapar bukan main. Sementara tunggu pick up datang aku sempat bantai 2botol coke.

Kami duduk belakang dengan basikal. Masa kat atas pick up ni kami berdua gelak bukan main. Macam tak percaya sampai macam ni. Keluar kamera ambil gambar, record video,etc. Haha. Dari restoran tu nak ke pekan Trang lebih kurang 40minit naik pick up la. Kalau kayuh mahu tambah lagi 2jam. Dengan keadaan jalan yang berbukit-bukit macam tu mahu lebih sampai 3jam kot? Pukul berapa nak sampai Trang?


Penat. Haha...

Pukul 10malam kami diberhentikan depan sebuah hotel. Kakak yang hantar kami tunjuk tempat nak makan. Sebelum dia pergi sempat juga kami bergambar kenangan. Walaupun dia charge kami 500bath, tapi aku tahu dia orang baik. Pekan Trang ni agak besar dan ramai juga tourist. Sana sini orang putih. Ada railway station.


Orang yang bertanggungjawab bawa aku ke Pekan Trang. TYVM!

Hotel yang kami check in tak benarkan kami bawa basikal naik ke bilik. Basikal kena letak dekat store belakang reception. Lepas masuk bilik terus mandi. Aku mandi dengan keadaan baring dalam bath tab sambil pegang shower. Tak larat nak berdiri dah rasanya. Malam tu kami makan dekat area hotel dekat depan Railway Station Trang. Ada macam uptown + gerai-gerai makan. Ada gerai muslim.



Lepas makan kami sambung kerja-kerja repair basikal Bro Lob. Belasah repair dekat lobby hotel je. Bila aku check, aku rasa hydraulic oil tak cukup or ada leaking sebab piston yang tolak brake pad tak balik pada kedudukan asal sepenuhnya. Kebetulan Bro Lob ada bawa brake pad lama yang dah haus. Nipis sikit. Remove brake pad yang tebal dan installed brake pad lama yang nipis. And ternyata berjaya :) Naik bilik laju-laju terus tidur. Gila penat!

Total Distance cycled day 2: 129 km (Sepatutnya 159km tapi 30km lagi naik pick up)

20110217

Cycling In Southern Thai – Pengembaraan bermula

January 28, 2011

Aku hampir-hampir cancel trip ni bila abang aku, Moqh call aku hari Jumaat petang beritahu yang Pak Ngah aku sakit tenat di Hospital Besar Melaka. Aku jadi serba salah nak pergi. Masa Moqh call aku ada kat Mid Valley dengan Nuruz nak cari rain cover untuk pannier bag aku. Bro Lob pula dah call aku confirm bertolak malam ni pukul 10. Kalau ikut plan asal nak bertolak pagi Sabtu tapi entah macam mana dia tukar plan nak pergi hari Jumaat malam. So, aku call cousin aku yang ada kat hospital masa tu. Tanya condition Pak Ngah aku. Dia nangis-nangis cakap itu ini. Lagi buat aku serba salah kalau tak balik Melaka. Fikir punya fikir, last-last aku buat keputusan drastik nak pergi ke hospital Melaka petang tu juga. Aku takut tak “sempat” jumpa Pak Ngah :( Aku call Bro Lob minta bertolak lewat sikit. Kalau tak jadi ke apa ke aku akan call. Its depends on my uncle condition. Kalau Pak Ngah tak stable aku akan stay kat Melaka and cancel trip ini. Macam tu la sebaliknya. So aku terus ke Hospital Melaka. Lebih kurang pukul 9malam aku sampai hospital. Mak dengan ayah aku pun ada. Cousin-cousin pun ada. Waktu melawat dah lama habis. Aku jumpa dengan guard minta belas ihsan dia nak tengok Pak Ngah aku. Guard bagi masa 5minit untuk aku pergi melawat. Thank God. Kalau tak memang sia-sia lah aku datang. Aku tengok Pak Ngah dah stabil cuma tak sedarkan diri. Koma. Nak tanya condition Pak Ngah dekat nurse-nurse kat tepi-tepi tu tapi semua macam sibuk. Ke sana-sini. Maklumlah ICU. Tapi aku rasa Pak Ngah dah stabil. Cuma tak sedarkan diri je. Aku keluar lepak dengan cousin-cousin aku. 45minit lepas tu aku terus minta diri nak balik KL. Aku decide nak pergi juga. Awal-awal lagi barang-barang semua aku dah letak kat bonet kereta. Tinggal singgah rumah ambil basikal je nanti. Aku call Bro Lob minta tunggu aku. Dia cakap ok. Jangan rushing-rushing.

Day 1: January 29, 2011

Pukul 1230am aku sampai depan rumah Bro Lob dekat belakang zoo. Tak cakap banyak terus sangkut basikal kat belakang kereta Bro Lob. Kereta aku parking dekat rumah dia. Lepas masukkan barang-barang semua terus pergi ambil Shahrin Amir dekat Ampang. Shahrin nak tumpang sampai Jitra untuk Darul Aman Jamboree. On the way nak pergi Ampang ada police road block. Road tax kereta Bro Lob dah mati 3bulan lepas. Buat-buat muka cool and kitorang lepas. Suka bukan main. Lepas pick up Shahrin Amir terus direct naik highway utara-selatan. Isi minyak dekat Rawang then aku sambung drive sampai Taiping. Aku memang dah tak larat nak drive. KL - Melaka – KL – Taiping memang memenatkan. Bro Lob pun dah mengantuk. So kami exit Changkat Jering dan check in hotel area situ untuk 3jam. Lebih kurang RM50. Tak cakap banyak terus tidur. Check out pukul 9pagi terus ke Kulim ikut jalan dalam. Bro Lob tunjuk route-route yang dia lalu masa dia buat solo touring dulu. Sampai Kulim dah tengah hari. Jumpa cousin Bro Lob, Kak Wati Sarjan Balai Polis Kulim. Dia bawak kami lunch area Kulim. Lepas lunch terus bergerak ke Bukit Kayu Hitam. Kak Wati ikut sekali sebab nanti dia nak bawak kereta Bro Lob balik ke Kulim. On the way ke Bukit Kayu Hitam kami singgah di Jitra untuk hantar Shahrin Amir. Lepas tu kami direct ke Bukit Kayu Hitam. Pukul 3petang sampai boader. Set up basikal lebih kurang pukul 3.30petang kami mulakan perjalanan. Target untuk kayuhan hari ini ialah Hatyai. 60km dari Bukit Kayu Hitam.


Depan Hotel Darul Aman. Drop Shahrin dekat sini.

**********


Sadao Imigration. Bukan main lagi gua senyum.

Bila basikal aku melepasi Sadao Imigration je hati aku dah mula berbunga-bunga. First time basikal aku keluar dari Malaysia. First time juga aku touring secara proper. Dah tercapai impian aku nak touring dengan basikal. Memang historic moment sebab ianya permulaan untuk ratusan kilometer untuk hari-hari yang akan datang. Dalam hati aku tekad yang aku boleh sampai Phuket dengan basikal aku :)

Walaupun kurang rehat. Perjalanan sepanjang 60km+ kami lalui dengan tanpa ada sebarang masalah. Aku cuma tidur 3jam malam sebelumnya. 10km pertama selepas melepasi pekan Danok, jalan agak berbukit-bukit. Memang sesuatu yang memenatkan bila berkayuh dengan beban luggage hampir 10kg+ terikat di belakang basikal. Tapi selepas 10km semuanya menjadi mudah. It was flat road.


Hat Yai 44km lagi brader!
1st pit stop after 30km+ cycled.

We rode at around 20-25km per hour. Kalau ada bukit pun tak lah setinggi mana. Masih mampu berkayuh. Cuaca agak panas, around 30-34 celcius. Tapi tak ada masalah, aku dah biasa berpanas. Cuma keadaan jalan di sekitar selatan Thailand agak berhabuk. So aku akan sentiasa tutup mulut, hidung dan telinga dengan buff. Prevent dust from entering.


Time ni la gunanya pisau lipat. Buat layan tembikai tepi jalan. Kah..kah...

3jam+ berkayuh akhirnya kami sampai di pekan Hatyai. Kira-kira pukul 7.30malam waktu Malaysia. Pusing-pusing juga nak cari hotel. I used to visit Hatyai last year tapi memang dah tak ingat jalan. Tanya orang sana sini and finally kami jumpa jalan yang betul. Jalan kebenaran :) Kami check in di Hatyai Central Hotel dengan bayaran 600bath semalam. Dan yang paling best basikal dibenarkan dibawa masuk dalam bilik.


Bicycle were brought into accomodation rooms.


Hatyai

Malam tu kami ronda-ronda pekan Hat Yai. Pergi makan dekat depan Pink Lady Complex. Ada banyak gerai-gerai muslim. Malam tu kami makan bihun sup dengan ketam. Lepas makan terus balik tidur sebab esok nak teruskan lagi perjalanan yang masih jauh. Target untuk esok nak kayuh sampai Phattalung. Jarak kayuhan lebih kurang 100km+.

Total Distance cycled day 1: 61km

TBC.

20110213

WAYNE ROONEY: MY BEST GOAL EVER


Rooney bicycle kick goal vs Manchester City is one of the best goals ever!

20110210

Cycling In Southern Thai – Preparation


"Compared with travelling by bus or car, such movements are limited by the glass window. I want to be in touch with nature as I am a nature lover. I love the fact that I can feel the wind and smell the fresh air as I cycle..." - Zahariz Khuzaimah

Masa mula-mula beli basikal dulu, pernah terlintas dalam kepala nak buat touring. Tapi tak pernah pula terlintas nak touring secara proper. Maksud aku complete dengan pannier bag, handle bar bag dan kelengkapan touring yang lain. Zaman sekolah menengah dulu, rajin juga kayuh dengan kawan-kawan ke Air Terjun Kota Tinggi dari Ulu Tiram. Jarak perjalanan cuma 70-80km pergi dan balik. Buat one day trip saja. Bag baju galas dekat belakang bahu. Tools langsung tak bawak. Memang pergi koboi. Tapi alhamdulillah selamat pergi balik.

Touring by bike. Semuanya bermula bila aku terbaca blog Zahariz. Mamat ni memang betul beri aku semangat untuk buat touring. Walaupun target sebenar dia tak tercapai tapi aku cukup bangga dengan kemampuan dan apa yang dah dia berjaya buat. 9 bulan atas basikal memang kerja gila. Aku sendiri pun akan fikir banyak kali untuk buat yang dia dah berjaya buat. Dia tinggalkan segalanya untuk impian dia. Kerja, family etc. Kalau nak dibandingkan touring aku dengan apa yang dah dia buat, memang macam langit dengan bumi. 8 hari dengan 9 bulan memang jauh berbeza. 400km dengan 7000km bukan sedikit jarak perbezaannya.

Bro Lob antara orang yang buat aku bersemangat nak touring dengan basikal lepas kejayaan dia buat solo touring ke Betong, Thailand dari Kuala Lumpur dengan jarak kayuhan 1200km. Walaupun usianya sekali ganda tua dari aku, tapi dia berjaya melakukan semua ini. Aku memang betul-betul rasa terpanggil untuk buat touring. Lagi lah dengan usia muda, status bujang dan kurang komitmen buat aku rasa ini lah masa yang paling sesuai untuk aku touring dengan basikal. Sebab tu bila Bro Lob ajak touring ke Phuket aku terus on walaupun masa tu aku dah ada plan aku sendiri. Aku nak touring balik JB, tapi nasib baik aku tak teruskan niat nak balik JB naik basikal. Johor banjir teruk. Kalau tak mesti aku sangkut entah kat mana.

Buat masa sekarang aku cuma ada mountainbike yang biasa aku gunakan untuk aktiviti berbasikal aku. So aku convert mountainbike aku kepada touring bike sebagai langkah berjimat cermat untuk menuju gerbang perkahwinan nanti :) Tengoklah lepas kahwin nanti kalau-kalau ada rezeki lebih, boleh lah setup touring bike pula.

Ada beberapa faktor yang perlu kita lihat untuk kerja-kerja men"convert" mountainbike kepada touring bike. Moden frame mountainbike sekarang jarang-jarang ada rack mounting point untuk ikat rear rack/carrier pada frame. Termasuklah frame yang aku pakai sekarang ni, cuma ada mounting point pada bahagian bawah (disk mount). So aku ikat rack/carrier bahagian atas pada seat post clamp. Seat post clamp kena cari bolt yang panjang at least 2 inchi suku. Baru lah sampai nak ikat rack/carrier. Bahagian bawah aku ikat macam biasa pada disk mount yang disediakan. Kalau susah sangat drill je lubang kat frame. Diameter 15mm je. Tak besar mana pun. Ada bran? Kah..kah.. Ada juga rear rack/carrier yang jenis ikat pada seat post. Tapi maximum weight capacity cuma 9kg sahaja. Lepas tu make sure seat post material bukan scandium, carbon etc. Takut seat post patah. So banyak faktor nak kena kaji bila guna rear rack/carrier jenis ini. Takut bila touring nanti nak beli macam-macam sampai muatan bertambah. Rack/carrier tak boleh nak carry pulak.

Pannier bag aku guna brand Deuter. Capacity 38L. Mula-mula ingat nak beli dry bag (waterproof) Topeak brand. Ada orang review dah rendam bag tu sehari semalam, barang-barang kat dalam bag langsung tak basah. Lepas tu, terbaca pulak orang review cakap pakai tak sampai 2tahun tapi dah koyak. So, aku decide untuk guna Deuter Rack Pack Uni. Murah pun murah. Half price dari Topeak dry bag tak include rain cover. Kalau koyak pun tak sakit hati sangat. Kalau hujan pakailah rain cover, kalau lebat sangat berhenti cari tempat teduh. Macam lah kalau aku pakai Topeak waterproof bag tu aku nak redah heavy rain kan? :)


Topeak Super Tourist DX (Disc Mounts), Deuter Rack Pack Uni 38L, CST Traveller 26x1.5, sarung gel untuk seat.

Lagi satu masalah frame basikal aku cuma ada mounting screws untuk 1 bottle cage dekat down tube. So aku terpaksa install handle bar bottle cage holder. Brand Minoura. Bagus juga sebenarnya, senang nak capai bila nak minum air. Tapi bila dah beli, balik aku search internet sebenarnya mounting screws untuk bottle cage ni bukan masalah besar mana pun. Orang Putih modified ikat bottle cage dengan zip ties je kat frame diorang. Ceh! Tapi takpe, kat handle senang sikit nak capai botol. Ayat nak sedapkan hati.


Minoura handlebar bottle cage holder. Topeak compact handlebar bag.

Pemilihan tayar juga memainkan peranan penting. Jangan guna tayar yang terlalu kecil sebab takut nanti tayar tak dapat nak menampung berat muatan, basikal dan berat badan tuan punya basikal. Aku guna tayar size 1.5 x 26. Brand CST (Traveller), China made. Murah dan good traction juga. Tapi bunga tayar cepat habis. Aku bawa 1 tayar spare Maxxis Detanator. Tayar lembut mudah nak simpan untuk back up takut apa-apa yang tak diingini berlaku. Jangan lupa bawa tool kits sebagai persediaan. Aku bawa 2 pcs spare tube, pump, tyre levers, patch kit, chain link, playar muncung tirus, plus multi tools yang ada pemotong rantai. Pisau lipat pun benda yang agak penting aku rasa. Selain untuk mempertahankan diri, boleh lah buat potong buah masa berhenti kat kedai-kedai buah tepi jalan masa dalam perjalanan nanti. Pakai yang China made pun ok. Bukan nak buat potong tangan macam Aron Ralston pun :)

Sehari sebelum bertolak untuk touring aku singgah Orbit Cycle lepak dengan Bro Naim untuk final setup. Ternampak pula handle bar bag brand Topeak. Tak berapa besar. Cukuplah untuk letak wallet, ipod, camera, pasport. Siap ada rain cover dan yang paling penting mudah nak remove dari handle dan boleh buat bag pinggang. So kalau berhenti untuk makan or pergi toilet boleh la remove dari basikal kalau takut kena curi. Tak cakap banyak terus aku beli :)

Ingat nak tukar pakai adjustable stem. Tapi fork aku panjang. Takut nanti makin tinggi pula handle so aku just tambah spacer untuk tinggikan handle. Stem still pakai yang lama. Alhamdulillah masa bawa kat sana tak ada pula rasa sakit pinggang. Means setting memang ngam. Tanduk pula aku tak sempat nak pasang. Last minute punya plan, terkejar-kejar aku nak siapkan basikal. So, aku siapkan benda-benda yang pada aku penting. Seat aku just balut dengan sarung gel. Ini pun pinjam Bro Lob punya yang lama. Dia dah beli seat baru. Pedal aku pinjam Shahrin Amir punya. Platform pedal tapi ada clipset macam track pedal. Alah yang budak fixie selalu pakai tu. Lain-lain benda macam blinker, lampu depan, meter memang dah ada pada basikal. Aku just maintain. So, my bike is 100% ready for touring!

TBC.