20101029

Untuk Hanis Zalikha

Saya minta maaf. Mungkin bukan jodoh kita. Semoga awak dipertemukan dengan orang yang lebih baik dari saya. Kalau sudi, jemput lah datang majlis saya esok ya... :(

20101021

Band Reza Ramli


Amacam? True tak Reza Ramli dengan Maikemikelromen? Kah..kah..kah..

Notakaki: Video 5tahun dulu. Gua perasan satu perkara. Vocal Mael tak ada perubahan. Kah..kah..

20101020

Separuh Akhir Pertama


Kalah menang itu nombor 2. Yang paling penting lawan tetap lawan. Jangan tunduk pada persatuan negeri! Jangan kuburkan Johor FC!

Notakaki: Gua tak mahu Kelantan ke final. Gua mahu tengok final bola dengan aman. So, harap sangat Kedah dapat pulun. Sekian.

20101015

Band Favourite Reza Ramli


Reza memang true Maikemikelromen. Pergi kelas siap pakai kemeja hitam sama tie merah. Kah..kah...

20101008

Badger Malaysia


Elok lah gua kerja TNB. Kalau tengok video ni, memang tak ada masa depan la kalau gua teruskan niat nak jadi model. Hahaha...

20101005

Oakley Jupiter Ducati Nicky Hayden


Gua harap Hayden tak marah gua sebab pakai spek dia naik EX5.

4-4-2

Masa gua tengah sibuk nak keluar dari Stadium of Light, Sunderland. Datang seorang tak dikenali menghampiri gua. Senyum dan salam. Dia cakap dia wartawan dari majalah empat-empat-dua. Nak interview gua ringkas-ringkas. Dia minta gua ulas sikit pasal game tadi. Game Manchester United dengan Sunderland. Gua pun cakap ok.

Wartawan: Apa pandangan saudara tentang perlawanan tadi.?

Gua: Boleh tahan kuat juga Sunderland.

Wartawan: MU sekarang ni asyik seri je. Bila nak menang? Dengan Sunderland pun tak boleh makan ke?

Gua: Lantak la sana. Janji point gua kat fantasy football ok. Ok la bye.


***

Balik rumah gua on laptop. Buka fantasy football. Laju-laju gua letak Darren Bent foward untuk team gua.