20101129

After five....


Kalau lah lu ada dalam list player-player gua. Haih...

20101122

Where are you riding this weekend?

Tajuk di atas adalah merujuk kepada weekend minggu lepas.

Seminggu selepas participate PCP Race (4 laps) di Putrajaya. Gua jadi malas semacam. Bukan sebab kecewa tak menang race itu hari. Tapi konon-konon nya nak rehat lama sikit lepas terseksa masa race tu. Sudahnya dekat seminggu juga basikal gua tersadai dekat rumah.



Gua letak lah sekeping gambar masa race itu hari. Masa ni gua baru complete lap yang pertama. Macam nak give up rasanya. Pengalaman pertama race pukul 2 petang. Matahari tegak atas kepala. Pengalaman pertama juga race bersama champion Malaysia, Shahrin Amir selain Effendy Rosli bekas pelumba basikal negara.

***
Semalam gua ride tempat baru. Ladang sawit Bangi. Itu pun lepas Pak Din up status dekat fb ajak ride. Sebab dah dekat seminggu tak ride, gua rajin kan diri. Tak sangka pula ramai yang join.


Kiri sekali = Pak Din. Sebaya ayah gua rasanya. Kuat juga mengayuh.

Sebelum kayuh Pak Din kata kayuh santai-santai je. 20 km. Bukit pun landai-landai. Semua pun senyum. Pak Din pun senyum. Tapi lepas 7-8km gua dah tak rasa santai lagi.



Complete Pak Din bagi. Bukit, single trail, sungai etc. Macam masuk jambori pulak. Sebab gua tengok Pak Din steady, gua pun buat-buat steady. Senyum. Memang orgasm trail nih. Sabtu ni ada yang nak repeat lagi katanya. Gua on!

Notakaki: Masa tengah berhenti rehat kat dalam sawit ni, topik perut boroi tekong skuad takraw Malaysia tak terkecuali dari perbualan.