20091225

Monsoon Ride



Gua agak kurang bersedia untuk jamboree kali ni. Kesibukkan bekerja buatkan gua jarang mengayuh. Dulu masa nak pergi jamboree kat Melaka, boleh tahan dia punya preparation. 2-3 kali juga gua pergi KLCC naik basikal, kayuh malam kat Kota Warisan. Itu belum campur main futsal dengan budak rumah Piejan lagi. Memang ekselen orang puteh cakap.

Esok tengok lah macam mana. Gua harap gua dapat kekal kan prestasi. Strategi kena ada. Kalau tak, malu gua dengan Rider Jalan Duku Dua Puluh Sembilan.

Notakaki: Ini entry ke 100 gua.

Gunung Datuk


Gua jumpa apek ni masa on the way nak naik puncak. Boleh tahan dia punya laju.

Semalam pagi gua berjaya menambah koleksi gunung yang berjaya gua daki. Dah lama plan nak daki gunung. Tapi lepas dapat basikal bulan April hari tu, entah ke mana plan tu gua pun tak tahu. Kayuh basikal manjang.

Tiba-tiba gua ada rasa rindu nak mendaki itu hari. Dia punya rindu lain macam sikit. So, gua buat satu plan drastik ke Gunung Datuk kat Rembau. Gua ada lah search sikit-sikit kat internet. Tak berapa nak tinggi. Kira ok lah untuk gua yang dah lama tak mendaki.

Plan berjalan dengan lancar. 2 orang pun 2 orang la. Janji dapat lepas rindu.

Trail tak berapa nak panjang. Tapi dia punya trail mendaki boleh tahan juga. Single track pun pendek-pendek. Sebab Syimir punya degup jantung ada lari tune masa nak mendaki. Dekat 2 jam juga lah nak sampai atas. Tapi gua ingat kalau gua fit sikit, 1 jam da boleh sampai atas kot.

20091217

Ultrasonic Testing



Esok hari terakhir gua course. Apa bangang punya tempat training, hari cuti pun bantai bikin course. Esok pagi confirm jalan tak jem. Gua nak bawak kereta lawan arus.

Notakaki: Tak senang duduk gua tengok "mende" kat atas tu.

20091129

Plant Inspection Services

Lebih kurang 2 minggu gua di Paka untuk "kerja luar", akhirnya gua pulang semula ke Kuala Lumpur. Tapi esok gua akan pergi ke Paka semula menyambung semula tugasan yang masih belum selesai. Gua harap cuaca di Paka ok-ok hendaknya. Tercungap-cungap gua mandi pagi tahan sejuk air tangki sebab hujan tak berhenti-henti turun straight 4-5 hari. Itu belum cerita bab banjir lagi. Nasib baik ada van company. Boleh juga buat redah banjir paras betis.

Sepanjang balik ni, sempat juga lah bersosial dengan kawan-kawan dan bermesra dengan family dan makwe.

Hari Raya Haji

Gua tak balik JB macam tahun lepas. Malam raya hati gua jadi sebak bila dengar takbir raya. Gua buat tak tahu. Sambil mulut gua ikut takbir, sambil tangan gua sidai baju. Kalau ikut kan sangat perasaan ni, mahu meleleh air mata jantan gua. Rasa macam tengah belajar dekat UK. Jauh dari keluarga. Tapi buat apa air mata gua nak meleleh kalau mak dengan ayah gua ada dekat rumah Along gua dekat Damansara Damai sana? Mak dengan ayah datang KL sebab sehari lepas Raya Haji nak ke Sabah. Ada undangan perkahwinan. Tapi gua tetap berdegil nak beraya haji kat rumah sewa.

Lepas sembahyang raya, gua dengan Peijan tuju kedai mamak. Kecewa juga gua bila tengok banyak kedai mamak tutup. Tak ada strategi perniagaan langsung. Tapi lepas pusing seround jumpa juga gua kedai mamak yang buka. Lepas pekena teh tarik sama roti telur terus balik sambung tidur.

New Moon

Atas permintaan makwe gua, gua teman dia tengok New Moon walaupun seat kami baris ke-2 dari depan. Sebelah gua awek-awek sekolah yang gua syak tak paham jalan cerita tapi nak tengok Edward Cullen je lebih. Mana tak nya, setiap kali si Edward keluar nak bersorak sambil cakap; "handsomenya...." "comelnya..." Rasa nak pelempang sekor-sekor. Nasib baik dalam wayang gelap, kalau dia perasan ada orang iras-iras Edward Cullen sebelah dia macam mana?

Bertunang

Terkejut juga gua bila dapat invitation dari seorang kawan ke majlis pertunangannya di Selayang pagi tadi. Sempat juga gua datang melawat. Kepada Azri-fi dan pasangan gua ucapkan tahniah. Lainkali cari kasut senonoh sikit boleh? Ada ke nak bertunang pakai kasut Jack Purcell?

Lama tak hang out dengan kawan-kawan. Balik dari majlis tunang Azri-fi terus lepak mamak. Dekat 4 jam juga lah kat sana. Masa kat mamak ni Syimir ada beritahu gua tentang impian dia nak jadi pemain bola sepak. Nak buat "spiky hair" dan nak ada girlfriend artis macam Ayu Raudhah. Sejak dapat score masa ada lawan bola kat UIA hari itu macam-macam impian dia. Kata dia tak sengaja ter"score", nak ambil conner tapi terus goal pula. "Bola pisang" la kata kan...

Terima kasih kepada Jamaliah sebab menaja makan dan minum kami sepanjang keberadaan kami di mamak Kayu Nasi Kandar SS2 sempena meraikan kebebasan diri.

Notakaki: 8hb gua balik. Sudah dulu...

20091113

Kerja Luar

Dekat 5 jam gua drive dari KL. Akhirnya sampai jugak gua kat Paka, Terengganu. Sempat jugak singgah Kemaman pekena sata, otak-otak sama keropok lekor. Esok start kerja sampai raya haji nanti. Gua harap tak ada delay-delay lagi. Gua tak sanggup nak berhari raya haji dekat sini.

Notakaki: Nizam, tolong tengok-tengok kan basikal gua dalam bilik tu.

20091106

Hooligan Nogori

Esok den part time jadi hooligan Nogori. Eden dah stand by molotov cocktail ni. Jangan ingat dio ajo yang buleh main bakar-bakar. Kito pun buleh.


Nota kaki: "Sekali laie den koba an, jangan nak bertinju baling batu sumo. Kawal perasaan masing-masing. FRU dio tak kiro kau tigo line ko, gedebe ko, apo ko..dia main libeh yo cota eh tu..." - j or ji, sokernet

20091104

United 3 - 3 CSKA Moscow

Lebih kurang pukul 4 pagi gua bangun dari tidur. Itu pun lepas 3-4 kali alarm handphone gua berbunyi. Ini semua demi kecintaan gua terhadap team bola kegemaran gua. Tak lain tak bukan MANCHESTER UNITED.

Gua jadi terkejut bila siaran sukan yang gua langgan dari Astro tak siarkan game UNITED menentang CSKA Moscow. Apa bangang pergi ambil live Chelsea lawan Altletico Madrid? Kecewa betul gua.

Sudahnya pagi tadi, gua layan Real Madrid lawan AC Milan. Game agak slow. Ronaldo pun tak ada. Tapi Karim Benzema main cun juga. Sambil-sambil tu gua on www.livescore.com. Usyar-usyar game UNITED sama CSKA Moscow.

Gua leka tengok Real Madrid sama AC Milan. Sampai lupa nak tengok livescore.com. Celaka! Minit 79. Gua tengok UNITED sudah kena 3-1. Panas juga hati gua. Tak tahu nak maki siapa sebab tak dapat tengok game. Jangan-jangan Obertan buat hal lagi. Itu pun kalau dia main la.

Gua on facebook. Gua tengok dah ada kutu yang up status pasal game UNITED pagi-pagi ni. Game pun belum full time dah berani up status menjatuhkan UNITED. Ok, gua paham. Provoke. Takkan gua nak baling kerusi macam fans Arsenal? Lagipun yang up status ni pun memang fans Arsenal.

Pukul 5.30 am lebih kurang. Gua tengok livescore.com. Tersenyum gua sorang-sorang. Laju-laju gua on facebook. Kasi komen 1 kali kat status kutu Arsenal tu. Simple je ayat gua. - "Amacam?"

Notakaki: UNITED memang suka game yang dramatik.

Sekian.

20091101

ECC Nite Ride / 24102009

Minggu lepas gua ade join mountainbike (MTB) jamboree kat Melaka. Gua memang tak pernah ada pengalaman join MTB jamboree. Goyang juga gua nak join masa mula-mula. Lagi-lagi bila tau ini 1st MTB Jamboree kat Malaysia yang buat waktu malam. Tapi sebab gua ada sifat berani mencuba dalam diri, gua join la juga walaupun basikal gua ditahap ala kadar kalau nak dibandingkan dengan basikal orang kebanyakkan.


Muka teruja masa starting.

Gua meletakkan target untuk menjadi 100 pertama yang tiba di garisan penamat. Gua tahu ini adalah mustahil untuk seorang yang baru bergelar "Mat Basikal" macam gua. Tapi sebagai seorang yang berpandangan jauh, gua tetap dengan pendirian gua.

6km pertama nasib tak menyebelahi gua. Gua lupa buang angin pada tayar. Tayar terlalu keras dan melambung-lambung. Akibatnya gua dengan basikal gua masuk gaung masa enak melayan downhill. Nasib baik gua tak apa-apa. Kaki gua je calar balar. Dekat 5 minit gua jerit mintak tolong tapi haram tak ada orang berhenti nak tolong tarik gua dengan basikal gua kat dalam tu. Semua sibuk kejar target agaknya. Tapi nasib menyebelahi gua, bila ada 1 brader yang prihatin berhenti tolong gua. Itu pun takut-takut dia berdiri dekat tebing nak tarik gua dengan basikal gua.

Malam-malam kat kebun sawit mana gua nak cam muka. Gelap. Yang gua ingat brader tu pakai jersey Kedah Jamboree. Lepas ucap terima kasih gua terus tinggalkan brader tu. Kepala otak gua ingat nak capai target saja.

5 check point berjaya gua harung. Gua langsung tak berhenti selama berkayuh sejauh 48km. Berhenti pun masa masuk gaung tu la. Makan pisang pun gua bantai kayuh. Nasib baik urusetia yang jaga check point tu siap kopek kan kulit pisang. Kalau tak susah juga gua nak kayuh sambil kopek kulit pisang. Gua dengar Reza tak merasa nak makan pisang sebab pisang dah habis. Itu lar, siapa suruh kayuh belakang-belakang. Tak ada wawasan langsung.

3 jam meredah kebun sawit, kebun getah, dan juga highway. Akhirnya gua sampai juga di garisan penamat. Dikalungkan dengan medal kemenangan oleh urusetia bertugas kat situ. Masa kat garisan penamat gua tengok ramai juga rider yang dah sampai. Target gua terbarai. Gua dapat no 174 dari 785 peserta yang mendaftar. OK la untuk beginner macam gua. Basikal pun tahap ala kadar.


Kalau gua tahu si hye-hye-bye-bye ni pun ada malam tu, gua sanggup lupakan target gua semata-mata untuk teman kan dia

Notakaki: Penat juga gua tunggu Reza nak sampai finishing. Hahaha

20091026

Nak Kena Baling Kerusi?

Semalam lepas gua balik dari Mamak Azwath Equine Park, handphone separa canggih gua tak berhenti-henti bunyi. Tanda ada sms masuk. Tenang gua baca 1 persatu. Sinis semuanya. Dari yang panjang lebar sampai la sependek-pendek ayat. Contoh ayat pendek; "Ehem..ehem...." Ok. Gua takde hal punya. Provoke. Biasa la. Tak kan gua nak baling kerusi macam fans Arsenal pula?

Sampai rumah gua on YM. Ramai pulak buzz gua. Dari sependek-sependek ayat membawa ke karangan kurang 360 patah perkataan. Ok. Gua takde hal punya. Provoke. Biasa la. Tak kan gua nak baling kerusi macam fans Arsenal pula?

Gua on facebook pula. Gua tengok semua kutu update status. Cilakak! Semua pakat kutuk kekalahan United. Tenang gua update status kat facebook. Ayat biasa-biasa. Tak ada nak maki-maki, marah-marah. Ok. Gua takde hal punya. Provoke. Biasa la. Tak kan gua nak baling kerusi macam fans Arsenal pula?

Tapi tadi pagi masa gua sampai office. On PC dan buka website company untuk buka email. Gua tengok dah ada yang gatal tangan post "binatang" ni? Menggelabah. Sampai ke website office pun nak up pasal mende ni? Jangan sampai gua baling kerusi ok!


(klik untuk paparan yang lebih jelas)

20091022

Lock Stereng

On the way balik kerja. Dalam kereta. Gua layan Suis La Lune. Bukan main lagi gua. Tangan hentak-hentak stereng kereta. Tak cukup tangan hentak-hentak stereng, gua hayun kepala pula. Kaki pula dah macam orang pijak pedal drum. Sekejap lepas, sekejap tekan. Betul-betul emosi. Kalah Rembo. Lepas tu gua tekan hon ikut irama lagu. Ok, yang ini gua tipu.

Tengah sedap gua layan Suis La Lune, tiba-tiba gua da sampai bawah rumah. Memang potong stim. Rasanya macam nak pindah Kg. Chubadak kat Sentul. Baru boleh dengar Suis La Lune 2-3 album.

Masa gua nak kunci pintu kereta. Ada satu brader datang dekat gua. Bagi salam sambil hulur tangan. Entah dari mana muncul.

Tiba-tiba nak cerita pasal hal keselamatan kereta dengan gua. Nak suruh gua pasang alarm bla bla bla. Dia tak tahu ke gua tak ada banyak masa. Gua nak naik rumah cepat-cepat. Nak makan. Nak on laptop dan pasang Suis La Lune kuat-kuat sambil masak burger.

Tengah sedap dia bercerita. Gua potong cakap brader tu satu kali.

" Mintak maaf la bang, bukan saya tak berminat.... "
" Masalahnya ini bukan kereta saya, ni kereta company.... "

cakap gua sambil lock stereng.

Brader tu terus diam. Tengok macam tak puas hati. Macam ragu-ragu pun ada jugak. Mata dia tepat pada teddy bear yang tergantung kat cermin pandang belakang. Pas training masa tengok Manchester United dulu pun ada tergantung kat situ. Itu belum lagi dia tengok Minnie Mouse, Wall E, bla bla bla kat seat belakang.

Lepas lock stereng gua terus blah.

20091019

Hadiah Hari Jadi - Part 2



Ini gambar 2008, tahun 2009 gua terselamat dari "hadiah" yang satu ini. Alhamdulillah....

Notakaki: Jangan coba-coba, buruk padahnya. Haha...

20091012

Night Offroad Kota Warisan

Sabtu lepas gua meluangkan masa untuk night offroad kali ke-3 anjuran Puncak Jalil Mountainbike. Ini semua sebagai persediaan menghadapi ECC MTB Night Jamboree di Melaka pada 24/25 Oktober ini. Gua harap gua dapat kayuh sampai ke garisan penamat. Nombor berapa tak penting, yang penting kayuh sampai habis dan dapat medal. Ada ke target kayuh sampai check point 2 je? Tak ada masa depan langsung!



Notakaki: Amacam Reza? Kalau lah lu bawak basikal hari tu....

20091007

Seminggu Selepas

29.09.2009

"Beb, Ayant accident. Masuk ICU sekarang, koma..."

Gua terima sms ni dari Wan Londeh. Masa ni gua kat kedai siam, tengah tunggu nasi goreng ikan masin gua sampai. Terus hilang selera gua nak makan. Ayant, kawan rapat gua masa kat sekolah teknik dulu. Lepas SPM kami dah jarang jumpa. Lagi-lagi bila dia sambung study kat Perlis. Tapi gua selalu jugak call, sms dia, kontek-kontek kat friendster, myspace.

Gua reply sms, tanya lebih detail pada Wan Londeh.
Tengah sibuk ber"sms". Handphone gua padam. Bateri kong.

"...Kamal baru tengok dia, family dia cakap macam tak ada harapan. Kena langgar lori trailer..."

Sms last yang gua dapat dari Wan Londeh sebelum handphone gua padam. Lepas makan laju-laju gua terus balik rumah. On handphone. Ada banyak sms dan missed call. Gua bukak sms satu persatu. Tenang gua baca.

"Ayant dah tak ada. Baru tadi adik dia bagitau aku. Al-fatihah untuk Ayant...."


Gua diam seribu bahasa. Tak terkata apa-apa. Termenung sekejap. Baru 2 bulan lepas jumpa. Macam tak percaya. Gua betul-betul tak sangka arwah datang masa Moqh kahwin hari tu. Ingat lagi dia jalan nak ke rumah gua. Pertemuan selepas 5-6 tahun tak berjumpa. Tak sangka, itu pertemuan terakhir.

***

06.10.2009

Dah seminggu arwah pergi. Gua betul-betul rindukan dia. Rindukan waktu sekolah teknik dulu. Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Gua, Amirul Jaafar, Wan Londeh, Ayant, 2 orang kutu kat belakang gua lupa nama - 2002

20091005

Matryoshka


Gua dapat benda ni kat Lokin Ipoh semalam. Lepas search internat baru lah gua tahu nama benda ni "matryoshka". Matryoshka ni souvenir dari Russia. Ini matryoshka ke-2 gua, 1st matryoshka gua beli dengan Endy Player. Entah mana Endy dapat, itu pun sizing tak betul sebab ada yang dah hilang mungkin. Tapi gua belasah beli sebab excited nak sangat. Tapi yang gua dapat kat Lokin semalam memang best. Condition tip-top-hip-hop. Tinggi +-25 cm, besar dan ada 8 piece. Tak sia-sia gua melabur RM15 semalam.

Siapa-siapa nak pergi Russia tolong inform gua. Gua nak kirim matryoshka yang ini pula.

20090930

Hadiah Hari Jadi


Ilustrasi dari gambar sebenar.

Terima kasih Nuruz Zuhriah!

Notakaki: Boleh tahan teror gua melukis ye?

20090929

Al-Fatihah - Nur Azhar aka Ayant


Arwah, aku, Moqh - 11 Julai 2009, Ulu Tiram

Pertemuan dengan arwah selepas 5-6 tahun tak berjumpa. Tak sangka dia sudi datang majlis perkahwinan Moqh walau dalam kesibukkan berkerja. Dan paling aku tak sangka itu adalah pertemuan terakhir kami. Terasa kehilangan.

Al-Fatihah Muhammad Nur Azhar, 1985-2009
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

20090928

Kayuhan Pecah Lemak



Gua keluar mengayuh tadi petang. Itu pun sebab gua nak kasik balance badan gua selepas pertambahan kalori yang mendadak di musim perayaan ini. Lepas tu, gua nak test drive wheelset mavic cross ride sama cassette XT yang dah pun gua installed 2 hari sebelum raya pada basikal gua. Boleh tahan smooth jugak. Pelaburan yang tidak sia-sia orang cakap. Lagi pun gua nak prektis untuk jambori kat Melaka bulan depan. Gua nak pergi kedai basikal Sam kat Sri Serdang. Boleh betulkan sekali fork gua yang bergoyang-goyang ni. Dah lama gua hold niat nak repair benda tu. Kalau tak silap sejak awal puasa lagi. Tak sangka goyang-goyang fork gua pun boleh sampai KLCC, KL Tower, Dataran Merdeka, etc naik basikal. Banyak betul alasan gua nak kayuh petang tadi.

Ini kayuhan pertama selepas cuti raya. Boleh tahan jugak dia punya azab.

Total distance: 16.65km
Average: 22km/h

20090918

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Gua dah nak gerak balik kampung ni. Boleh tahan sedih nak tinggalkan basikal gua sorang-sorang kat rumah ni.

:(

20090915

Brader Rock



Gua: Lu pergi tengok Search hari tu?

Brader Rock:
Pergi....

Gua:
Best?

Brader Rock:
Macam sial!!!

20090913

KL Night Ride



Mula-mula gua macam malas nak join. Sebab yang confirm join cuma 4-5 orang. Tapi bila gua fikir tahap stamina gua yang cukup-cukup makan ni, at last gua join jugak. Ini jugak sebagai persediaan Night MTB Jamboree kat Melaka bulan depan.

Sampai KLCC jumpa 3 group bike area KL tengah get ready nak start kayuh. Kitorang decide untuk join the group pusing-pusing KL. Ada la dalam 22 orang riders termasuk kitorang.

Tak sangka malam tuh macam-macam tempat gua pergi. Yang paling gua tak sangka gua sampai KL Tower naik basikal. Boleh tahan tinggi bukit dia. Jalan kaki naik atas masa nak tengok konsert Dewa 19 dulu pun gua sumpah seranah bukit tuh. Apa lagi naik basikal.

***

Stadium Bukit Jalil - KLCC - Jln Ampang - Jln Sultan Ismail - Jln P.Ramlee - KL Tower - Turun Jln Sultan Ismail - Jln Doraisamy - Kg Baru - Chow Kit - Jln Raja Laut - Jln Tun Ismail - Bukit Tunku - Wisma Tani - Istana Selangor - Tugu Negara - KL Birds Park - Bukit Aman - Bukit Perdana - Masjid Negara - Dataran Merdeka - Stadium Bukit Jalil.


Total Distance: 48.53km
Average: 22km/h


Notakaki: Slumber Siddiq willy masa kat Chow Kit, bersorak kejap orang-orang kat sana.

20090909

19 Ramadhan 1430 / 09.09.09

Kenapa seluar kerja gua tiba-tiba longgar nih?
Tali pinggang gua dah tarik sampai lubang last...
Terlondeh-londeh...
Musykil gua...

20090901

Merdeka?

Jumaat lepas masa "Morning Talk", syarikat tempat gua bekerja dengan baik hati bagi bendera Malaysia. Boleh tahan dia punya besar. Panjang sedepa tangan, lebar membawa ke pinggang. Entah kat mana gua nak kibarkan bendera ni. Gua pun bukannya into merdeka-merdeka, kibar-kibar bendera masa bulan Ogos. Tapi sebagai pekerja yang berdedikasi, gua ambil juga lah bendera tu.

Selasa/01092009/10.00 am

Cuaca mendung. Hujan renyai-renyai. Gua kat bawah meja. Lengkap dengan bendera Malaysia buat selimut. Amacam gua? Berjiwa merdeka tak?

Notakaki: Terima kasih kerajaan atas hadiah yang tak ternilai sempena hari Merdeka ni.

20090827

Cerita Di Pejabat 2

Gua leka main game. Gua tengok jam dah pukul 5.00 petang. Maknanya gua dah tersasar 15 minit dari waktu balik. Gua bukak satu blog. Gua download 1 file lagu. Tutup monitor dan bersiap untuk balik. Esok pagi gua datang opis, tinggal stand by telinga nak dengar je. Amacam? Teror tak gua?

Gua start enjin kereta. Kasik panas enjin lebih kurang. Terus ke lobby untuk punch card.

Lepas gua punch. Kak Munah pula sampai. Gua senyum. Dia pun senyum.
Belakang kereta gua kereta Kak Munah. Gua bukak pintu kereta. Duduk macam biasa. Enjin kereta pun tak mati lagi. Memang sengaja gua tak matikan enjin kereta. Lagipun bukannya lama sangat nak berpunch card.

***

Kak Munah tengok gua pelik. Gua pun rasa pelik. Gua tengok stering kereta kat sebelah kanan. Cilakak! Gua buat-buat cari barang kat dashboard. Kak Munah senyum-senyum sampai dalam kereta. Lalu sebelah gua siap hon. Senyum pun tak habis lagi.

Ini semua salah kerajaan. Patutnya kereta Malaysia kena ikut UK spec. Left hand drive!

20090824

Sihat sudah

Pagi tadi gua rasa macam malas nak pergi jumpa dokter untuk buat blood test lagi. Suhu badan gua dah menurun sikit. Badan pun dah tak berapa nak lemah sangat. Lemah sikit-sikit. Itu pun gua syak sebab gua sahur roti cokelat sama neskepi o pagi tadi.

Tapi sebab nurse hari itu baik. Gua pergi jugak. Sampai turn gua jumpa dokter,lain pula dokter cakap.

"Esok datang lagi, cek darah lagi...."
"Kalau tak berubah jugak, esok awak kena tahan wad..."
"Hari ni drip air dulu...."


Hati gua gundah.



Kemaskini; 26.08.2009


Alhamdulillah, gua sekarang dah sihat sejahtera cuma batuk-batuk sikit. Hari ni gua dah kembali bekerja setelah seminggu bercuti (termasuk sabtu dan ahad). Terima kasih kepada kawan-kawan yang ambil berat pasal gua, tak lupa juga pada dokter-dokter dan nurse-nurse di Pusat Rawatan Az-Zahrah Bandar Baru Bangi. Macam haram dia punya susah nak bangun pagi pergi kerja!

20090821

Selamat Berpuasa

2 hari lepas gua ke dispensari opis gua. Itu pun lepas gua rasa suhu badan gua tak berapa stabil. Tekak pula sakit-sakit. Badan lemah-lemah. Dokter yang periksa gua cakap gua cuma demam biasa. Tapi dia bagi gua ubat punya lah banyak. Sempat jugak dia pesan kalau lagi 2 hari demam tak baik, dia mintak gua pergi cek darah. Bukan apa, takut-takut terkena jangkitan H1N1. Kata demam biasa, tapi dapat mc sampai 2 hari. Gua jadi musykil sikit.

Sebelum tengah hari gua da sampai rumah. Lepas makan ubat terus gua tidur sampai malam. Gua ulang, sampai malam. Bermulalah kehidupan gua yang maha bosan. Bangun, tido, bangun, tido. 2 hari ni gua cuma makan roti. Patutnya dekat-dekat nak puasa ni selera makan lain macam sikit.

.....................................................................................

Lepas 2 hari gua tengok suhu badan gua still tak stabil. Panas lain macam. Tapi gua slumber mandi air sejuk. Badan rasa sengal-sengal. Pening-pening. Lemah. Kayuh basikal 5km terus gua patah balik naik rumah. Konon-konon nak lawan rasa lemah lar.

Gua nekad untuk buat pemeriksaan darah. Semalam gua ada lar search internet. Cek simptom-simptom H1N1. Padahal gua dah tau da. Tapi gua nak double confirm. Cilakak betul. Lebih kurang sekarang je simptom dengan kondisi gua. Lagi lar buat gua risau.

Dekat pusat rawatan orang punya lah ramai. Tapi gua sabar tunggu turn. Nasib baik awek-awek nurse kat situ baik-baik. Sampai turn gua, gua terus request sama dokter nak buat pemeriksaan darah. Dokter akur dengan arahan gua. Itu pun lepas gua jegilkan mata gua sikit.

Ek eleh... Gua ingat sakit sangat kena ambil darah. Macam kena gigit nyamuk je. Buat penat gua je baca surah-surah lazim. Tak lama lepas tu, result darah gua siap. Berdebar juga jantung gua. Gua dalam kepala otak dah fikir bukan-bukan. Tengah fikir nak wasiat basikal gua dekat siapa. Sebab itu je la harta yang gua ada.

Dengan tenang dokter beritahu, gua bebas H1N1. Tapi condition darah gua tak berapa nak stabil sekarang. Mungkin ada jangkitan bakteria atau kuman. Dokter minta gua datang hari Isnin nanti. Buat pemeriksaan darah sekali lagi. Terus dia buat 1 appointment letter bagi kat gua.

Sekian.

20090818

Cerita Di Pejabat

Satu hari di pejabat gua.

"Amacam?" tanya Salim sambil senyum-senyum. Sinis senyumannya.

"Tak sempat la... Baru 2 kali da lampu merah." jawab Johari. Muka sedikit tak puas hati.

"Tak sempat? Cuti 2 hari pun tak sempat?" tanya Salim lagi.

"Tak. Sempat sampai rusa minum air, serigala buruan, bla bla bla bla bla.....

***

Gua makin tak paham apa yang dibualkan 2 orang ini. Semua binatang ada. Dari rusa, harimau sampailah ke serigala. Jangan kan binatang, lampu traffic light pun ada. Tapi semuanya terjawap bila gua nampak buku Permata Yang Hilang dipegang erat Johari.

Notakaki: Cilakak Salim tak kasi gua pinjam buku tu! Dia suruh gua bernikah dulu!

20090814

MTV World Stage



Kadar kematian akibat H1N1 di Malaysia semakin meningkat hari demi hari. Risau pula gua nak pergi tempat yang ramai-ramai orang ni. Tapi lagu swing-swing gua da hafal. Macam mana ni?

Notakaki: Ntah kat mana Ismi curi tiket MTV ni. Nasib baik gua jenis yang tak tolak rezeki.

20090807

Away 080809-120809

Takut-takut juga gua nak pergi KK esok. Wabak H1N1 dah makin menjadi-jadi. Budak-budak pejabat gua cakap H1N1 dah boleh tukar nama jadi H2N2 sebab dah makin teruk. Bahagian keselamatan pejabat gua dah mula edar topeng keselamatan. Aktiviti-aktiviti luar pejabat semua dah diberhentikan. Semalam tu kira last la gua main bola kat padang Uniten. Cilakak kalah! Tak pasal-pasal tournament futsal minggu depan pun batal. Uniten pun dah mula tutup hari ni. Gua dengar ada 2-3 orang student sana positif H1N1.

Gua harap tak ada apa-apa yang buruk jadi pada gua. Niat gua baik, ikhlas. Nak tengok keindahan ciptaan Tuhan. Bukan nak layan awek-awek Philiphines.

20090804

Hikayat Putera Shazlan


Gambar oleh Del.

Ini kalau anak buah gua tengok confirm jelous ni.

20090729

Sleeping Beauty



Hujan lebat turun mencurah-curah.
Berat rasa hati nak tinggalkan bilik pagi tadi.
Rasa macam nak half day masuk tengah hari je....

Notakaki: Gua malas nak kemas bilik.

20090726

Sepet

Minggu ni gua sedikit busy. 2 hari di kaki Gunung Nuang. Menjadi commitee untuk program team building company tempat gua bekerja. Macam-macam kerja gua buat. Dari kerja cuci periuk, driver, buang sampah, memasak, sampai lah kerja-kerja kopek durian.

Macam biasalah, kalau program team building ni ada lah game itu ini. Sebab sekarang ni musim durian. Semua game nak kena pakai durian. Kopek durian paling cepat, makan durian paling cepat, buang kulit durian paling cepat semua ada. Sedang gua sibuk perhati peserta susun buah durian buat menara paling tinggi. Handphone separa canggih gua berbunyi. Tanda ada message masuk. Sambil mata gua jeling-jeling menara durian, gua baca message.

Termenung sekejap.

Tiba-tiba muka Razak Mohaideen, Ahmad Idham, dan anak Yusof Haslam berlegar-legar di fikiran gua. Silih berganti satu persatu.

Sambil memikirkan kualiti filem Malaysia di masa mendatang gua kembali termenung.

Notakaki: Rest In Peace Yasmin Ahmad, Al-Fatihah. Terima kasih pada Ayep sebab inform gua tentang kehilangan ini.

20090723

The Storyteller



Get well soon.
Serius gua tak sanggup tengok Yusof Haslam anak beranak sama Razak Mohaideen conquere dunia perfileman Malaysia.

20090720

Second Malaysia Match


Gua, Moqh, Ismi - Perkarangan Old Jalil Trafford.


Ada siapa-siapa nak belanja tiket untuk malam ni? Frust betul gua.

Notakaki: Gua harap Anderson baling jersey lagi macam hari Sabtu lepas. Gua dah standby sauk ikan ni.

20090716

Berdebar

Dup Dap

Dup Dap

Dup Dap

Dup Dap

Notakaki: Berdebar juga gua nak tengok Park Jin Sung training esok. Hahaha...


Kemaskini 18/07/2009


Kecik hati gua Park Jin Sung tak turun Malaysia.

20090709

Envy



Ok. Jumpa Sabtu ni. Nasib baik gua dapat cari pengganti untuk jadi pengapit Moqh. Lega betul hati gua.

Notakaki: Nak kena terajang tak balik kampung time abang sendiri kahwin?

20090707

Jemputan Perkahwinan


Gambar oleh Faizal Rahim.

Alhamdulillah..... abang gua, Mukhriz Latif selamat bernikah dengan gadis pilihan hati. Dikesempatan ini, gua nak jemput semua ke majlis perkahwinan pihak lelaki bertempat di No 41, Jalan Gunung, Taman Gunung Emas, 81800 Ulu Tiram Hardcore, JB. Datang! Jangan tak datang!

Notakaki: Gua saja letak gambar paling buruk. Jangan ingat hensem sangat muka tu! Hahaha...

20090630

Setahun Yang Lalu

Pagi 30 Jun 2008, sebelum subuh aku pulang ke Johor Bahru untuk pertemuan terakhir dengan seorang sahabat. Dia sedang koma akibat kemalangan jalan raya. Dan doktor yang merawatnya menjangkakan degupan jantungnya akan terhenti pagi esoknya. Kecederaan pada otaknya sangat serius.

***

Sekujur tubuh bernyawa tidak sedarkan diri di atas katil. Sudah hampir 2 hari dia di situ. Berselirat hos-hos menjalar di serata tubuhnya. Aku diam. Begitu juga kawan-kawan lain. Aku tak dapat nafikan perasaan sedih melihatkan keadaannya. Lebih-lebih lagi bila mengetahui ramalan doktor terhadap dirinya.

***

Sebuah mesin di sisinya. Bersebelahan dengan katil. Tinggi rendah degupan jantungya terakam di situ. Hanya mesin itu menjadi petunjuk. Semua yang ada mengharapkan keajaiban. Keajaiban yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan normal seorang manusia. Dan kerana itu lah doktor berani menjangkakan semua ini.

***

Semua mata tertumpu pada mesin di sisinya. Semakin lama degupan jantungnya semakin perlahan. Bagai drama melayu dalam tv. Buat pertama kalinya, aku meratapi pemergian seorang sahabat di depan mata sendiri. Tangisan demi tangisan bersilih ganti.

30 Jun 2008, tepat jam 10.20 pagi, dia pergi untuk selamanya.

Al-Fatihah, Rohad Hidzir Samsudin....


Motor yang dipandu arwah...

20090624

Tip Top Hip Hop?

Kumpulan baru yang bakal menggegarkan arena seni muzik tanah air.
Gua tak nak cakap banyak. Lu orang klik sini.

20090622

Imbas kembali 2006 - Jinggo

Ini kucing bujang peliharaan gua dan rakan serumah masa menyewa kat Tanjong Malim. Nama dia Jinggo. Hobi dia tidur. Bila lapar, memekak satu rumah. Bila kenyang, tidur berdengkur. Banyak kali juga botol hinggap kat kepala dia sebab bising masa orang tidur.






Bila dia tidur, gua tak bagi can. Gua bising-bising sebelah dia.

Notakaki: Gua harap Kambing dan anak-anak, Bro, Kembang (list kucing-kucing gua masa menyewa kat sana dulu) tak kecil hati dengan gua. Lainkali gua up gambar lu orang pula ok?

20090618

Kayuhan Kesas



Setiap rabu malam gua pasti tak ketinggalan turut serta mengayuh di highway Kesas. Bukan runcit-runcit dia punya jarak, 35 km juga. Kayuh kalau reti slow-slow tak apa. Ini dah macam pelumba basikal negara. Semalam rekod terburuk gua sepanjang gua bergelar "Mat Basikal". Gua tak tahu apa yang tak ngam. Kaki rasa lenguh. Badan rasa letih. Basikal rasa berat. Haih... Nak kena upgrade basikal ke?

Notakaki: Untuk report kayuhan semalam, sila klik sini.

20090616

Mat Basikal

video
Lokasi: Teluk Kemang, Port Dickson (baru sampai dari Pengkalan Balak, Melaka).

Pantang nampak kamera. Nak beraksi saja. Sori brader, gua tak boleh handle gelak. Depan mata gua tu. Nasib baik lu keluar dari semak. Kalau tak keluar?

Notakaki: Amacam perangai brader-brader KL? Sporting tak? Orang muda JB ada perangai macam ni?

20090615

Next Trip



Macam biasa, trip "destinasi bajet" dari gua. Gua harap trip ni berjaya. Ada masa lebih kurang 2 bulan lagi untuk gua berjimat cermat. Sabah apa best?

20090610

Manchester United vs Malaysia XI

"Trutt..Trutt.."

Handphone separa canggih gua berbunyi. Gua tengok skrin. Apa saja kutu ni nak pagi-pagi buta ni. Tak tau ke orang tengah bersarapan pagi waktu berkerja.

"Hello.." cakap gua sopan.

"Weh, lu dah beli tiket MU?" kelam kabut kutu sorang ni.

"Dah... dah lama dah gua beli."

"Bila lu beli?"

"Ada lar 2 minggu lepas. Apa hal?"
tanya gua tenang.

"Lu agak-agak ada lagi tak? Gua terlupa nak beli. Baru teringat. Tiket paling murah berapa ringgit?"

"RM 58..." jawab gua.

"RM 58? Gila mahal??? Chelsea dulu datang tiket RM 30 je."

"Itu Chelsea. Team ayam. Sebab tu murah. Lu kena ingat tu..."

"Hahahaha...Betul juga tu. Nanti kita jumpa kat Old Jalil Trafford ok?"


"Ok......"
jawab gua meleret-leret sambil senyum-senyum.


Notakaki: Gua harap ada sentuhan kecundang dari Shukor Adan sebab gua nak tengok Edwin Van Der Sar terbang. Gua beli tiket paling murah. Belakang tiang gol. Janji dapat tengok MU. Dapat tengok Ryan Giggs angkat corner pun ok.

20090604

Blogger Boy


http://www.bloggerboy.com.my/blog/

Notakaki: Malam ni gua turun futsal lambat sikit. Gua nak tengok blogger boy dulu.

20090601

Imbas Kembali 2002 - Sekolah Menengah Teknik, Segamat


Gua jumpa gambar ni kat myspace member gua. Kalau hebat sangat, cari gua yang mana? Haha...

20090529

Lalang

Petikan sistem pesanan ringkas dari handphone gua malam semalam.

"Malam ni futsal. Lu turun tak?"

"Turun, gua datang bertiga"

"Lu bawak siapa? Mae?"

"Gua bawak Puyol dengan Pique..."

"Jangan sampai gua siku Puyol lu...."


***

Barcelona menang semua sibuk jadi lalang. Time ni la semua tiba-tiba jadi fans Barca. Padahal malam final tu baru tahu siapa Puyol, Pique, Messi etc. Entah-entah tak tahu langsung. Dan-dan time nih status kat YM nak tulis itu ini pasal Barca menang, kat blog nak up pasal Barca. Padahal sebelum ni tak into pun hal bola sepak. Yang bikin gua makin panas bila fans ChelSHIT, LiverFOOL, ArSEN(G)AL semua sibuk mengutuk. Semua nak jadi lalang. Cuma satu gua nak beritahu, at least MU ke final.

Notakaki: Gua still fans Manchester United sampai bila-bila. Bukan macam lu orang, LALANG!

20090528

Champion League 2009

"Siapa menang?"
"Hujan lebat kat Sri Kembangan ni..."
"Gua tido..."
"Yeke?"
"Oh..."

***

Gua sambung tido...

Notakaki: Jersey putih memang suwey!

20090525

Yeke?

Kuala Berang, Terengganu, 22-24052009

"Tu pokok apa tuh?"
"Tu pokok tembakau. Tapi orang KL panggil ganja."
"Hah? Yeke?"
"Hahahaha...."(1 van gelakkan gua)

"Jabik tu apa?"
"Jabik tu kuih tradisional orang Terengganu."
"Yeke?"
"Hahahaha...."(1 van gelakkan gua)

2 kali gua dipersenda budak-budak office. Masa on the way nak masuk Kampung Dusun. Gua nampak ladang tembikai.

"Tengok tu, ladang timun."
"Macam la gua tak tahu tu tembikai."
"Mung nih, orang ganu panggil tembikai tu timung cina..."
"Hahahaha..."

Kena lagi gua. Gua terus diam.

Stesen Janaelektrik TNB Sultan Mahmud Kenyir, Kuala Berang, Terengganu.

Notakaki: Jabik = Plastik sampah. Cilakak!

20090521

Balai Polis Bangi

Semalam pagi gua menyibukkan diri di Balai Polis Bangi. Mengalahkan pegawai polis bertugas waktu itu. Masa dalam perjalanan ke balai, gua pandang muka Naim Mokhtar. Bukan main senyum. Tapi muka berdebar juga. Kereta Wiravo (Wira+Evo) dia yang hilang seminggu lepas dah jumpa balik. Sampai balai, tak sempat jumpa pegawai polis terus pergi belek kereta.

***

Gua tengok muka Naim Mokhtar. Terus gua teringat masa dia senyum tadi.
Naim Mokhtar kembali termenung macam masa mula-mula hilang kereta seminggu lepas.


Gua mencangkung dalam Wiravo Naim Mokhtar. Habis semua kena sapu.

Notakaki: Kalau tak ada duit, jangan main kereta!

20090520

Nike Dunk Low




Barang baik. Condition tip-top hip-hop. Size 8.5. Kalau ada rasa nak beli or nak trade dengan Lubitel 166+ boleh la PM gua.

20090513

Report: Sarawak / Finale


Day 3 / 25042009



Jambatan apa tah. Berhenti sekejap, nak ambil gambar on the way ke Bako.

Bako National Park, Sarawak. Tempat yang paling excited aku nak pergi lepas tengok gambar geng-geng Lomokids di sana setahun yang lepas. Memang terbaik dan ajaib. Walaupun terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk bayar kos bot.

Kami sampai di Perkampungan Bako setelah 45 minit perjalanan dari bandar Kuching. Dari Perkampungan Bako kami perlu menaiki bot ke HQ Bako National Park untuk tujuan pendaftaran. Menunggu pengunjung lain untuk berkongsi bot ke sana atas tujuan penjimatan kos bot. Dan akhirnya ........


Jangan jelous ok?

30 minit perjalanan ke HQ Bako National Park sangat menyeronokkan. Masing-masing tak berani letak tangan kat tepi bot sebab takut disambar buaya. Sepanjang perjalanan berlatar belakangkan Gunung Santubung, menyusuri perkampungan nelayan (kuala sungai) sebelum bertemu dengan laut air masin. Sangat-sangat menyeronokkan.


Sampai HQ. Belakang tu Gunung Santubung.


Selepas register di HQ Bako National Park. Kami bertiga decide untuk ke Teluk Pandan Besar dengan tracking melalui trail yang panjangnya lebih kurang 2.6km. Sepanjang trail ini pengunjung didekatkan dengan kehidupan alam semula jadi seperti pokok periuk kera, monyet belanda, dan macam-macam lagi. Tapi nasib kami tak berapa baik sebab tak jumpa pun dengan monyet belanda. Mungkin diorang lambat bangun masa hari kami sampai di sana.

45 minit tracking memang berbaloi. Teluk Pandan Besar memang cantik. Ada sumber-sumber beritahu Reshmonu pernah buat video clip dekat situ.


Aku terpesona. Penat aku terbayar.


Tak lama lepas tu, ada orang putih sampai dengan berpakaian separuh bogel.

Pukul 2.30 petang kami bergerak pulang ke jetti Perkampungan Bako. Total kos bot untuk semua perjalanan ialah RM 109. Aku pun tak ingat macam mana kira. Kos nih boleh dijimatkan kalau datang dengan group yang besar. Sebab 1 bot boleh muat 6 orang. Bahagi 6 dah dapat jimat.


Pulang.

Lepas selesaikan payment. Brader bawak bot tu bawa keluar 1 album gambar. Tunjuk gambar buaya yang berjaya diorang tangkap 2 hari lepas sebab makan orang. Gila besar.

Lepak-lepak lebih kurang terus gerak ke Kuching untuk makan. Lapar tahap maksima. Syimir makan tak ingat dunia. Mana la perut tak ke depan. Lepas makan aku mintak Ququl bawa aku ke Pasar Satok. Mak aku kirim ikan terubuk. Banyak aku beli. Mak kata nak buat kenduri nanti. Aku da terfikir macam mana nak letak dalam bag bila balik esok.
Ikan terubuk da setel. Terus ke seberang sungai untuk beli Kek Lapis Dayang Salhah. Macam-macam warna. Pening aku. Sempat la beli 3 biji bebelum kedai tu kena serbu dengan 1 bas makcik-makcik. Aku syak diorang dari semenanjung juga.

Kek lapis Sarawak pun dah setel. Terus balik ke Singgahsana. Letak bag. Keluar balik. Pusing-pusing sekitar waterfront untuk beli souvenir.

Malam itu Ququl bawa kami lepak kat Ileq-Ileq Cafe. Cafe yang ada live peformance dari local band sekitar Kuching. Ala-ala mini gig. Tempat perkumpulan scenester Kuching juga. Ramai yang pakai t-shirt band, rambut mohawk etc. Lepak lebih kurang terus ke Kampung Boyan. Makan kat sana. Kali ini aku oder Mee Kolok. Ok, boleh telan sampai habis. Tak macam bihun belacan masa mula-mula datang hari tu.

Balik dorm ingatkan nak berkemas. Tapi tengok ada roomates yang dah tidur. Aku decide kemas bag esok pagi. Tak nak tidur diorang terganggu. Syimir sibuk snap keliling Singgahsana. Lepas tu menggelabah bila kena tegur dengan Minah Orang Putih.

Sebelum tidur, sempat luangkan masa layan game Man United dengan crew-crew Singgahsana dan 2-3 orang pengunjung. Man United menang. Yang peliknya semua yang tengok kat situ fans Man United walaupun ada yang pakai jersey Real Madrid.

Day 4 / 26042009

Bangun awal. Kemas bag.
Pagi ini Ququl ajak bersarapan pagi kat rumah dia sebelum kami pulang ke Semenanjung.
Pukul 11 kami dah bertolak ke Lapangan Terbang Kuching untuk pulang.
Dalam flight Syimir tidur nyenyak lagi-lagi bila perut da penuh diisi Laksa Sarawak, nasi lemak, kek lapis Cadbury, Cheese cake etc. Aku pula tak bole tidur. Damn!

Kepada Ququl and family terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih juga atas pemberian buah tangan.

END

Busy


Polaroid Supercolour 635CL / Expired October 2008

2 hari gua busy.
Gua ingat bila manager tak ada kat opis, gua boleh bersenang-senang.
Tapi jangkaan gua meleset.

Kapar, Semenyih, Shah Alam.
Angle iron, bolt and nut
Tensile test, shear test, proof load test.
Serabut kepala otak gua.

Hari ni gua ada senang sikit. Dapat la bersenang-senang sambil melayan mata yang berat ni. Berani datang opis bawak sleeping bag?

20090506

Arsenal 1-3 Manchester United (aggregate 1-4)



"Hello Tok Moh! Apa cerita ni? Tok kata dah jampi Arsenal menang malam ni? Ni da 3 biji saya kena. Mana saya nak letak muka Tok? Takkan saya nak berlakon cerita Mr. Bean balik?"

***

Wenger: The best team won.
Arsene Wenger admits United are deserved Champion League finalist.

06/05/2009 00:18, Report by Steve Bartram

20090430

Report: Sarawak / Part 2

Day 2 / 24042009


Seperti yang dirancang semalam, kami ke Jongs Crcodile Farm. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kuching. Sekitar tahun 1992, Malaysia pernah digemparkan dengan keganasan seekor buaya lagenda bernama Bujang Senang. Sekarang ni Bujang Senang hanya tinggal rangka dan menjadi sebahagian dari bahan pameran di Jong Crocodile Farm ini. Tiket masuk ke Jongs Crocodile Farm ini ialah RM 16 dan untuk Sarawakian cuma RM 10 sahaja (Rasict!).



Finally, buaya ini tewas di tangan kami. Gambar masa berlawan tak ada. Tak cukup tangan mana nak pegang kamera, mana nak pegang parang.

Nama pun crocodile farm, so memang banyak la buaya. Buaya putih, buaya tak ada ekor, buaya mulut senget, buaya umur 40 tahun, semua ada. Selain buaya, ada juga binatang-binatang lain kat sini macam monyet, babi hutan, ikan, kambing, ayam serama, arnab, dan angsa. Kira macam mini zoo lebih kurang.


Amacam? Ganas tak? First time aku tengok buaya melompat.


Tailless crocs.

Keluar dari crocodile farm dah tengah hari. Semalam Siddiq pesan untuk lunch di rumahnya. So, kami direct ke rumah Siddiq berhampiran dengan Stadium Sarawak untuk lunch.

Sementara tunggu Siddiq datang ambil.

Terima kasih pada Siddiq dan family sebab sediakan lunch untuk kami. Macam tahu-tahu je kami pergi Sarawak destinasi bajet. At least dapat kurangkan sikit kos kami.

Petang itu kami memang tak ada rancangan apa-apa. Kami call seorang kawan lama, Adib yang sekarang study di UITM Semarahan. Adib ni dulu study di UIA. Tapi lepas dapat offer UITM Semarahan terus berhenti UIA. Lama aku tak jumpa Adib. So petang tu kami cadang nak melawat Adib yang sedang sibuk bergelut dengan peperiksaan akhir. Lebih kurang pukul 3.30 petang kami bergerak ke UITM untuk melawat Adib. Lepak dekat cafe, minum dan borak-borak. Syimir ambil peluang berjumpa bekas kekasih hati masa dia sekolah menengah dulu.

Adib ikut kami balik dan jemput kami ke rumahnya. Petang lepas balik dari UITM terus ke rumah Adib. Lepak-lepak main guitar electric sebelum hujan turun dengan lebat selebatnya.

Malam tu, Adib ada plan untuk kami. Tapi plan cancel sebab Adib ada masalah transport. So, sekali lagi malam itu aku dan Syimir melakukan aktiviti bebas. Berjalan sekitar waterfront, tengok accident dan makan di sebuah restoran fast food paling grand di Kuching. Balik makan terus tido.

Bersambung...

***

Episod akan datang.



Ikuti episod berikutnya. Kami ke Bako National Park untuk berlawan dengan monyet belanda.