20090630

Setahun Yang Lalu

Pagi 30 Jun 2008, sebelum subuh aku pulang ke Johor Bahru untuk pertemuan terakhir dengan seorang sahabat. Dia sedang koma akibat kemalangan jalan raya. Dan doktor yang merawatnya menjangkakan degupan jantungnya akan terhenti pagi esoknya. Kecederaan pada otaknya sangat serius.

***

Sekujur tubuh bernyawa tidak sedarkan diri di atas katil. Sudah hampir 2 hari dia di situ. Berselirat hos-hos menjalar di serata tubuhnya. Aku diam. Begitu juga kawan-kawan lain. Aku tak dapat nafikan perasaan sedih melihatkan keadaannya. Lebih-lebih lagi bila mengetahui ramalan doktor terhadap dirinya.

***

Sebuah mesin di sisinya. Bersebelahan dengan katil. Tinggi rendah degupan jantungya terakam di situ. Hanya mesin itu menjadi petunjuk. Semua yang ada mengharapkan keajaiban. Keajaiban yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan normal seorang manusia. Dan kerana itu lah doktor berani menjangkakan semua ini.

***

Semua mata tertumpu pada mesin di sisinya. Semakin lama degupan jantungnya semakin perlahan. Bagai drama melayu dalam tv. Buat pertama kalinya, aku meratapi pemergian seorang sahabat di depan mata sendiri. Tangisan demi tangisan bersilih ganti.

30 Jun 2008, tepat jam 10.20 pagi, dia pergi untuk selamanya.

Al-Fatihah, Rohad Hidzir Samsudin....


Motor yang dipandu arwah...

5 comments:

yanasaja said...

im sorry for your lost...

al-fatihah

c!k baBy said...

al-fatihah untuk arwah.

Bean Jinai said...

sangat tragik ...

Anonymous said...

Al-Fatihah

moqh

Yezzaaa19 said...

Al-Fatihah....