20090329

Jangan Banyak Tanya, Gua Penat!


Amin (guider Taman Negara Johor), Ayep, Gua - Puncak Gunung Ledang / 28-03-2009

Jangan banyak tanya, gua penat. Sengal lutut pun tak hilang lagi.
Masuk AF 7 pun tak susah macam ini gua rasa. Itu belum cerita gua berlawan dengan harimau kumbang. Apa-apa pun tunggu full report dari gua.

20090325

Tepung dan Telur

Video ini adalah lanjutan dari entry "Tepung dan Telur" dari blog Reza. Dirakam kurang dari 6 jam selepas birthday boy (berbaju hitam) "diraikan" kawan-kawan tercinta.


Sedeli, Kota Tinggi / 21.03.09 / 7:33 am

Notakaki: Kepada birthday boy, tak baik berdendam.

Interview

"This scene had teaches me to talk, think and write. This is my university where I learn everyday of my life loving humans, animals and this earth. There’s no longer compassion outside there, people are logging for money and a better positions in their workplace, step on everyone that holds on their way. This is a place where reputations don’t count as we are equal to every living thing. This is where I wanted to be for another 30-40 years to come."
- EIN, Second Combat


Petikan jawapan interview dari Ein, Second Combat untuk Times Still Here (Saha Embrace). Terasa seperti dipenghujung tahun 1990. Zaman kegemilangan hardcore di Johor Bahru ketika itu. Masa ini, patches Boy Set Fire pun diorang bikin. Untuk baca interview, sila klik; http://timesstillherezine.wordpress.com

Notakaki: Dah lama tak baca HEARTATTACK. Entah dah isu ke berapa?

20090324

Nak Panjat Gunung? Bila?


Mael Katak, Faizul, Aku, Ayep - Kaki Gunung Muntahak / 2001

Selepas kejayaan menakluk puncak Gunung Nuang yang berketinggian 1493m (gunung tertinggi negeri Selangor) hujung tahun lalu. Kini aku mula merancang untuk menakluk puncak Gunung Ledang yang berketinggian 1276m bersama-sama dengan 2 orang kawan.

Kalau mengikut planning, trip mendaki ini sepatutnya berlaku pada 28 Mac 2009 ini. Tetapi tadi pagi aku dikejutkan dengan satu email dari syarikat tempat aku bekerja.

"Kami menjangkakan bayaran pelarasan dan gaji bulan Mac 2009 dibuat selewat-lewatnya 31 Mac 2009."
Sedikit petikan ayat dari email tersebut.

Berjayakah penulis merealisasikan impiannya menawan Gunung Ledang 28 Mac ini? Sama-sama kita saksikan...

Notakaki: Korang tahu nombor phone along Bukit Beruntung? Cilakak!

20090323

Boboy Part 2



Di negeri Johor, pantun dan "tol" memang menjadi adat setiap kali pengantin lelaki datang untuk bersanding di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan dikenakan "tol" sebelum dapat duduk di atas pelamin. Pengapit memainkan peranan yang sangat penting ketika ini. Otak pengapit harus pantas membeli pantun dan membayar tol dengan tawar menawar. Apa-apa pun pengapit Boboy memang terbaik. Bersahaja membeli pantun dari wakil pengantin perempuan.

"Anak Pak Imam bermain rakit,
Duit tak ada..."

Sambil hulur "smart tag" pada wakil pengantin perempuan....

Amacam? Rock tak pengapit Boboy?

Notakaki: Ini mungkin kali terakhir Ijal Parang jadi pengapit pengantin.

20090319

Boboy


Aku, Ghazi, Boboy - Sungai Pelepah, Kota Tinggi / 2001

Minggu ini aku harus pulang ke kampung halaman di Ulu Tiram bagi menghadiri perkahwinan Boboy. Seorang teman yang aku kenal sejak aku di sekolah rendah lagi.
Boboy akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih pilihan hatinya Suzie yang senang dengan gelaran “mak cik” oleh kawan-kawan Boboy.
Perkahwinan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 21 Mac ini di Sedeli, Kota Tinggi.
Kepada Boboy dan “Mak Cik” aku ucapkan selamat pengantin baru. Semoga bahagia ke anak cucu. Dan ini pesanan khas untuk Boboy personally dari aku. Semoga lepas kahwin nanti Boboy berjaya untuk menternak “babat” dengan lebih hebat lagi. Jangan tertipu dengan gambar di atas.

Notakaki: Boboy sekarang 2 kali ganda besar dari gamba di atas.

20090317

Embrace the Blur

We photographers spend our whole lives avoiding blur. But blur can draw eye, create a sense of motion and show how life feels more than how it looks. -jpgmag #8












Sedikit koleksi gambar blur simpanan aku.
Ada baik aku publish daripada ia menjadi "rubbish".

20090315

Roslan Ramli (bukan nama sebenar)




Gambar di atas dirakam 4 tahun yang lalu. Ketika itu Roslan Ramli (bukan nama sebenar) masih lagi menuntut di sebuah IPTA di Kong Kong (sebuah mukim di Johor Bahru).
Minat Roslan terhadap muzik memang mendalam. Roslan pernah menganggotai beberapa kugiran hardcore di Johor Bahru. Pernah beberapa kali bermain bersama kugiran hardcore dari negara Jepun dan Korea. Betapa hebatnya Roslan ketika itu.
Tapi status “student” yang dipegang Roslan ketika itu membataskan minatnya terhadap muzik sehinggakan Roslan bertindak seperti gambar di atas.

Sekarang kehidupan Roslan sudah jauh berbeza. Roslan sudah memiliki kereta kompak terbaik Malaysia. Lengkap dengan rim “sukan” dan bingkai nombor plate ala-ala Singaporean.
Membuatkan Roslan rasa penuh bergaya ketika menyusur jalan raya dengan Ray Ban nya.
Minat Roslan yang mendalam dalam bidang fotografi membuatkan Roslan melaburkan sedikit duitnya untuk membeli kamera yang berharga ribuan ringgit. Roslan gah bersama kamera yang tergantung di leher. Belum cerita lagi bab penampilan. Memang semuanya sempurna sekarang. Yang penting sekarang kehidupan Roslan sekarang sudah jauh berbeza. Apa sahaja yang dihajati pasti dimiliki.

Persoalannya sekarang, sudahkah Roslan memiliki “effect” yang sebenar-benarnya? Atau masih dengan “effect alam maya” nya? Roslan saja yang tahu jawapannya.

Notakaki: Gua rindu rumah sewa Pasir Gudang.

20090310

Waktu Kecederaan

Minggu lepas hari Jumaat. Aku turun padang. Perlawanan persahabatan menentang pasukan bola sepak dari Komuditi dan Pertanian. Berbekalkan but pinjam size 6 aku gagah kan juga.
But aku masih tersusun kemas di rak kasut tanpa tapak. Masih berkira-kira untuk tukar tapak atau beli but baru.

Mengambil posisi Gary Neville dalam pasukan Manchester United bukan mudah seperti yang disangka. Aku kerap kali dimarah last man pasukan sendiri sebab selalu tersasar dari kawasan “offside trap” seterusnya membolehkan pasukan lawan melakukan percubaan bahaya. Ketiadaan penjaga gol utama yang pulang ke kampung sempena cuti Maulidurrasul sedikit sebanyak membuatkan kami “goyang” kerana terpaksa mempertaruhkan penjaga gol kedua yang sebenarnya bermain untuk posisi lain.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan lawan gagal membolosi gawang pasukan kami dek kerana pertahanan yang kebal. Kami mendahului dengan jaringan 1-0.

***
Benar seperti yang dijangka, kesilapan penjaga gol menangkap kemas sepakan percuma dari pasukan lawan menghukum kami apabila bola “muntah” itu disambar mudah pasukan lawan.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Aku keluar padang dengan kaki kiri yang terhencut-hencut. Terseliuh ketika cuba “mencuri” bola dari kaki lawan.

Sampai di rumah kaki kiri aku mula membengkak. Buku lali dah tak kelihatan.
Kaki kanan pula melecet akibat pakai but yang tak sama size dengan kaki sendiri.
Aku urut kaki dengan minyak gamat.

***
Esok harinya aku sapu kaki kiri yang bengkak dengan minyak panas.
Kaki kanan sapu dengan minyak gamat.
Aku harap bengkak di pergelangan kaki kiri cepat pulih. Tak pulih sepenuhnya pun tak apa.
Asalkan aku boleh berjalan macam biasa. Penat jalan terhencut-hencut.

***
Pagi Ahad, awal subuh aku dah bangun. Aku cek handphone. Ada sms dari Keng.
Damn! Aku missed game MU awal pagi tadi. Aku tak hirau kan sms itu.
Aku ke bilik air, capai tuala dan mandi.

Pukul 2 petang aku sampai di Pantai Bagan Lalang bersama hampir 15 buah basikal yang lain.
Ya, basikal. Aku mengayuh dari Pantai Morib, Banting. Hampir 40km.
Aku tak hiraukan kesakitan pada kaki yang bengkak.
Dah lama aku tinggalkan aktiviti berbasikal ini. Aku rindu. Kaki yang bengkak bukan halangan.
Kelajuan konsisten 20-25 km/J mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke destinasi.
Kadang-kadang aku pecut juga sampai 35 km/J sebab tak boleh handle mengayuh basikal Tuan Penasihat Kelab Kaki Kayuh yang cukup sempurna itu.

***
Petang Isnin aku kembali ke rumah. Selepas semalaman aku tidur di Pantai Bagan Lalang. Lenguh kaki mengayuh masih terasa. Kelengkang usah cerita. Jalan pun dah macam Man Belon. Aku masuk bilik. Letak bag.

10 minit lepas tuh aku keluar dari bilik sambil tumbuk pintu bilik.
Cilakak punya mesin timbang! Jumaat main bola. Ahad kayuh basikal 40km.
Isnin timbang berat naik 2 kg. Akai ada ka???

20090303

Launch Party(?) UTAS Art Showcase

Sekitar Launch Party(?) Ulu Tiram All Star (UTAS) Art Showcase di Roost Cafe, Jalan Dhobi, JB.


Berdiri: Iyan Loser, Shamsul Kadet, Mael Katak, Jimbo
Duduk: Abang Bangunan, Super Selamat, Syed Sireh





Gambar oleh Din KTM

p/s: Banyak lar kau punya party Syed!