20090315

Roslan Ramli (bukan nama sebenar)




Gambar di atas dirakam 4 tahun yang lalu. Ketika itu Roslan Ramli (bukan nama sebenar) masih lagi menuntut di sebuah IPTA di Kong Kong (sebuah mukim di Johor Bahru).
Minat Roslan terhadap muzik memang mendalam. Roslan pernah menganggotai beberapa kugiran hardcore di Johor Bahru. Pernah beberapa kali bermain bersama kugiran hardcore dari negara Jepun dan Korea. Betapa hebatnya Roslan ketika itu.
Tapi status “student” yang dipegang Roslan ketika itu membataskan minatnya terhadap muzik sehinggakan Roslan bertindak seperti gambar di atas.

Sekarang kehidupan Roslan sudah jauh berbeza. Roslan sudah memiliki kereta kompak terbaik Malaysia. Lengkap dengan rim “sukan” dan bingkai nombor plate ala-ala Singaporean.
Membuatkan Roslan rasa penuh bergaya ketika menyusur jalan raya dengan Ray Ban nya.
Minat Roslan yang mendalam dalam bidang fotografi membuatkan Roslan melaburkan sedikit duitnya untuk membeli kamera yang berharga ribuan ringgit. Roslan gah bersama kamera yang tergantung di leher. Belum cerita lagi bab penampilan. Memang semuanya sempurna sekarang. Yang penting sekarang kehidupan Roslan sekarang sudah jauh berbeza. Apa sahaja yang dihajati pasti dimiliki.

Persoalannya sekarang, sudahkah Roslan memiliki “effect” yang sebenar-benarnya? Atau masih dengan “effect alam maya” nya? Roslan saja yang tahu jawapannya.

Notakaki: Gua rindu rumah sewa Pasir Gudang.

9 comments:

reza! said...

bile lu last kene pukul?

Anonymous said...

hahaha!! ayat tak leh blah.. =p

addyaholix said...

aku mahu jadi roslan. cuma sebab dia punya kamera. haha!

delina said...

efek alam maya hebat ni. wakakaka

jenjibam said...

aku dulu ada benda macam tu. tapi aku dah submit kat cikgu pendidikan seni sekolah aku. dia kata "apajadah ni".

roslan jugak terbaik.

iyan said...

reza;
apsal tanya gua mcm nih?
lu bikin gua rasa x best pula...

addy;
roslan hebat juga dalam fotografi...

delina;
aik?
mcm mn tau hebat?
dah pernah dengar sentuhan hebat effect ini?

jibam;
Roslan Ramli memang terbaik...
so vote for roslan ramli...

Anonymous said...

AFUNDI ROSLAN RAMLI..!

Anonymous said...

aku igt lagi masa neh...
roslan betul2 khusyuk mengadap efek alam maya de...
aku pon melayankan de jek...
hehe..
gua pon rindu siak rumah sewa p.gdg...
ngan housemate flat scientax skali....

lidah said...

haha. babik. hahahah