20091129

Plant Inspection Services

Lebih kurang 2 minggu gua di Paka untuk "kerja luar", akhirnya gua pulang semula ke Kuala Lumpur. Tapi esok gua akan pergi ke Paka semula menyambung semula tugasan yang masih belum selesai. Gua harap cuaca di Paka ok-ok hendaknya. Tercungap-cungap gua mandi pagi tahan sejuk air tangki sebab hujan tak berhenti-henti turun straight 4-5 hari. Itu belum cerita bab banjir lagi. Nasib baik ada van company. Boleh juga buat redah banjir paras betis.

Sepanjang balik ni, sempat juga lah bersosial dengan kawan-kawan dan bermesra dengan family dan makwe.

Hari Raya Haji

Gua tak balik JB macam tahun lepas. Malam raya hati gua jadi sebak bila dengar takbir raya. Gua buat tak tahu. Sambil mulut gua ikut takbir, sambil tangan gua sidai baju. Kalau ikut kan sangat perasaan ni, mahu meleleh air mata jantan gua. Rasa macam tengah belajar dekat UK. Jauh dari keluarga. Tapi buat apa air mata gua nak meleleh kalau mak dengan ayah gua ada dekat rumah Along gua dekat Damansara Damai sana? Mak dengan ayah datang KL sebab sehari lepas Raya Haji nak ke Sabah. Ada undangan perkahwinan. Tapi gua tetap berdegil nak beraya haji kat rumah sewa.

Lepas sembahyang raya, gua dengan Peijan tuju kedai mamak. Kecewa juga gua bila tengok banyak kedai mamak tutup. Tak ada strategi perniagaan langsung. Tapi lepas pusing seround jumpa juga gua kedai mamak yang buka. Lepas pekena teh tarik sama roti telur terus balik sambung tidur.

New Moon

Atas permintaan makwe gua, gua teman dia tengok New Moon walaupun seat kami baris ke-2 dari depan. Sebelah gua awek-awek sekolah yang gua syak tak paham jalan cerita tapi nak tengok Edward Cullen je lebih. Mana tak nya, setiap kali si Edward keluar nak bersorak sambil cakap; "handsomenya...." "comelnya..." Rasa nak pelempang sekor-sekor. Nasib baik dalam wayang gelap, kalau dia perasan ada orang iras-iras Edward Cullen sebelah dia macam mana?

Bertunang

Terkejut juga gua bila dapat invitation dari seorang kawan ke majlis pertunangannya di Selayang pagi tadi. Sempat juga gua datang melawat. Kepada Azri-fi dan pasangan gua ucapkan tahniah. Lainkali cari kasut senonoh sikit boleh? Ada ke nak bertunang pakai kasut Jack Purcell?

Lama tak hang out dengan kawan-kawan. Balik dari majlis tunang Azri-fi terus lepak mamak. Dekat 4 jam juga lah kat sana. Masa kat mamak ni Syimir ada beritahu gua tentang impian dia nak jadi pemain bola sepak. Nak buat "spiky hair" dan nak ada girlfriend artis macam Ayu Raudhah. Sejak dapat score masa ada lawan bola kat UIA hari itu macam-macam impian dia. Kata dia tak sengaja ter"score", nak ambil conner tapi terus goal pula. "Bola pisang" la kata kan...

Terima kasih kepada Jamaliah sebab menaja makan dan minum kami sepanjang keberadaan kami di mamak Kayu Nasi Kandar SS2 sempena meraikan kebebasan diri.

Notakaki: 8hb gua balik. Sudah dulu...

7 comments:

Nyahmampat said...

Gua kena paksa dengan Big..big bos gua pakai baju Team Edward pergi tengok premier show..apa citer... dah lah badan gua tough macam Jacob si Serigala Jadian...

nuruz said...

ismi.. jgn nak berangannnnnnn...

takpe lah, baris ke2 dari depan pun syok jugak. huhuhu. cume yg x syok bile duduk sebaris ngan budak2 sekolah. xbes betul! memekak je.

dewajiwa said...

ada orang iras-iras Edward Cullen sebelah dia?

keh keh keh.
ah..kesian awek lu kena petik yang dia yang nak pegi sangat kan? lain macam je?

Rajuna said...

gua nak buat perangai bersanding pakai Supra.

jenjibam said...

Jamaliah heran kat resit ada order ABC. kah kah kah....

Nizam said...

jamaliah belanja mkn?demmm...bisnes jual tuhan dia sgt kencang musim2 korban.

syimir said...

gua dah mula pergi training dengan team bola negeri sembilan...pelakon-pelakon wanita cantik,tunggu!!! dengar cite natasha hudson dah single balik..cantek!!