20091026

Nak Kena Baling Kerusi?

Semalam lepas gua balik dari Mamak Azwath Equine Park, handphone separa canggih gua tak berhenti-henti bunyi. Tanda ada sms masuk. Tenang gua baca 1 persatu. Sinis semuanya. Dari yang panjang lebar sampai la sependek-pendek ayat. Contoh ayat pendek; "Ehem..ehem...." Ok. Gua takde hal punya. Provoke. Biasa la. Tak kan gua nak baling kerusi macam fans Arsenal pula?

Sampai rumah gua on YM. Ramai pulak buzz gua. Dari sependek-sependek ayat membawa ke karangan kurang 360 patah perkataan. Ok. Gua takde hal punya. Provoke. Biasa la. Tak kan gua nak baling kerusi macam fans Arsenal pula?

Gua on facebook pula. Gua tengok semua kutu update status. Cilakak! Semua pakat kutuk kekalahan United. Tenang gua update status kat facebook. Ayat biasa-biasa. Tak ada nak maki-maki, marah-marah. Ok. Gua takde hal punya. Provoke. Biasa la. Tak kan gua nak baling kerusi macam fans Arsenal pula?

Tapi tadi pagi masa gua sampai office. On PC dan buka website company untuk buka email. Gua tengok dah ada yang gatal tangan post "binatang" ni? Menggelabah. Sampai ke website office pun nak up pasal mende ni? Jangan sampai gua baling kerusi ok!


(klik untuk paparan yang lebih jelas)

9 comments:

nuruz said...

kahkahkahkah! rileks la baiiii..

dewajiwa said...

takpe beb. chill..
kasi can lah kelab yang masih berangan tu merasa sikit dapat point. heheh.

Glory Glory MU..

Rambo said...

he he he, rileks dah. Biasa la tu. Kata dah banyak kali menang.

iyan said...

nuruz;
relax la nih...
kalah menang adat permainan...

dewajiwa;
gua sokong 100%...

rembo;
gua tengah relax la ni bo...
opismate gua yang menggelabah lebih!
papepun the reds deserve to win...
united main mcm gampang semlm...

Rambo said...

tau takpe. ferdinand tu lubuk gile!

Rajuna said...

apahal ni bola bola bola?


nggr.

Rambo said...

kaki bangku!

iyan said...

rem;
gua bc status juna kat fb nak angkat Naza GTR...
mentang2 moto GP br abes...
tp moto GP mana ade pakai moto belting...
ahaks!

Rambo said...

tau takpe. gua dah la menyampah moto tu. nanti gua sepak muka dia.