20090901

Merdeka?

Jumaat lepas masa "Morning Talk", syarikat tempat gua bekerja dengan baik hati bagi bendera Malaysia. Boleh tahan dia punya besar. Panjang sedepa tangan, lebar membawa ke pinggang. Entah kat mana gua nak kibarkan bendera ni. Gua pun bukannya into merdeka-merdeka, kibar-kibar bendera masa bulan Ogos. Tapi sebagai pekerja yang berdedikasi, gua ambil juga lah bendera tu.

Selasa/01092009/10.00 am

Cuaca mendung. Hujan renyai-renyai. Gua kat bawah meja. Lengkap dengan bendera Malaysia buat selimut. Amacam gua? Berjiwa merdeka tak?

Notakaki: Terima kasih kerajaan atas hadiah yang tak ternilai sempena hari Merdeka ni.

4 comments:

Nyahmampat said...

Patriotik betul lu.. last org buat macam tue time darurat dulu... buat tutup keranda...

AMMOSHAM said...

terima kasih.

gua ucap bagi pihak kerajaan.

Rajuna said...

sebelum lelap mata kasi nyanyi memula moon.

Rajuna said...

betul. tak baik membazir. buat selimut boleh, alas makan(Saprah) pun boleh.