20100103

Memories of 2009


FEBRUARY
Berbekalkan sedikit duit simpan. Finally gua berjaya menjejakkan kaki ke Bali dengan kawan-kawan. Trip terbaik sepanjang hidup gua. Dunia luar yang jauh berbeza.


MARCH
Gua berjaya menawan puncak tertinggi negeri Johor iaitu Gunung Ledang yang berketinggian 1276 meter. Kaki krem masa nak turun. Terpaksa kasi Ismi can menang lawan lumba lari dengan gua.

APRIL
Ini trip berduet gua dengan Syimir Lonely ke Sarawak Bumi Kenyalang. Ini pun trip terbaik. Memang backpackers. Ini gambar masa gua dekat Bako National Park. Sikit lagi Syimir nak hilang teruna masa kat Sarawak ni. Hahaha...

APRIL
Nak mendapatkan binatang kat atas ni antara wishlist gua yang tersusah. Lama juga gua kumpul barang nak siapkan dia. Nasib baik turn kutu gua timing memang ngam. Dapat juga gua siapkan cepat. Tapi basikal ni banyak dah berubah, dah senonoh sikit la rupanya. Tak segan la kalau nak bawak jalan-jalan.

JUNE
Gua dan kawan-kawan dari LOMOKIDS diinvite untuk satu slot dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9. Alah, slot 15 minit je. Tapi haram sampai sekarang gua tak dapat tengok lagi rakaman ni. Missed gua nak tengok Jibam gagap-gagap masa tengah shooting.

JULY
Buat pertama kalinya dalam hidup gua, gua diminta untuk jadi pengapit untuk majlis kahwin abang gua. Boleh tahan dia punya berdebar. Gua harap lepas ni tak ada orang mintak gua jadi pengapit lagi.


AUGUST
Seminggu sebelum puasa, gua dengan abang kereta sport ke Kota Kinabalu, Sabah. Saja ikut Blood On Wedding Dress sama Daighila show dekat sana. Sambil tu jalan-jalan usyar kot-kot boleh bisnes gelang kristal dekat semenanjung.


SEPTEMBER
Seminggu sebelum raya, gua dengan kawan-kawan ke Elephant Sanctuary di Kuala Gandah, Pahang. Boleh tahan bangga dapat naik gajah. Rasa macam dalam cerita Ong Bak pula. Boleh la buat kalau nak buat modal nak cerita pada cucu masa hari tua nanti.


OCTOBER
ECC Nite Ride di Ayer Keroh, Melaka adalah mountainbike jamboree yang pertama gua join. Berdebar juga jantung. Basikal pun ala kadar. Tapi berkat training yang cukup dapat juga gua habiskan trail walaupun tercampak masuk gaung masa 6km pertama. Gua dapat no 174 dari 800++ peserta. Kira ok la tuh.


NOVEMBER
Ok, ini hal kerjaya. Akhirnya, dapat juga gua bertukar section kat office tempat gua bekerja. Lepas tukar lab. manager setahun lepas, gua rasa macam lost. Gua keliru dengan scope kerja gua. Itu yang gua rajin ke bawah meja, berselimut dengan bendera Malaysia. Cuma sekarang ni, dah tak ada masa nak ke bawah meja. Kerja banyak.


DECEMBER
Gua curi-curi sedikit masa yang ada untuk kembali ke hobi lama. Kali ini, gua dengan Syimir Lonely ke Gunung Datuk, Negeri Sembilan. Gunung ni tak berapa nak tinggi. Sekitar 880 m je. Tapi boleh tahan dia punya penat. Mungkin sebab dah lama tak mendaki.

....................................................................................

Dah 3 hari 2009 meninggalkan kita. Tapi gua still macam biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Masih seperti dulu.

7 comments:

Nurul Huda Rahim said...

heh. panjat gunung datuk dpt tgk tapak kaki hang tuah tak? :p

iyan said...

yeke ade tapak kaki hang tuah?

Dewajiwa said...

gila cool lu punya 2009.
jeles melangit siut.

jadi pengapit memang thrill. terutama bab nak langgar pagar tol (kalau ada). gua kena langgar 6 tol siap berpantun masa 2nd tol. cilakak betol.

Nurul Huda Rahim said...

tataw la. org ckp ada. dulu time aku panjat takpat nak tgk sbb baru lps ujan. so licin kt bhgn tapak kaki tu. org kata besar tapak kaki dia. tp aku rasa mitos ja la. haha.

Anonymous said...

mcm sial syimir lonely...ahahaha...nih 2010 yogja?

Anonymous said...

mcm sial syimir lonely...ahahaha...nih 2010 yogja?

Pisey said...

agh.
seronok gila lu punya 2009.