20100329

Earth Hour

Lepas gantung basikal belakang kereta. Gua start enjin. Panas enjin lebih kurang. Terus jalan. Tak cakap banyak. Gua dah lambat. Malam ni gua nak masuk hutan sawit Kota Warisan, Sepang. Nak climb bukit 360'. Antara bukit wajib climb setiap kali gua datang situ.

Lepas 50 meter kereta meluncur gua perasan radio kereta senyap. Tak berbunyi. Gua jadi pelik sebab gua tak pernah off radio. Lepas parking, gua terus mati enjin. Senang. Gua off kan player, gua on kan balik. Tak berubah. Tetap sama. Gua syak radio kereta gua rosak.

Suku perjalanan baru gua teringat. Malam ni ada kempen Earth Hour. Patut la radio gua senyap. Cepat-cepat gua matikan lampu kereta sebagai menyokong kempen Earth Hour.

Notakaki: Ok. Gua tipu.

3 comments:

nuruz said...

entry ni sbb nk bgtau u dh ade kereta ke? ahaks

Nyahmampat said...

Tahu lepas pun kita celebrate earth hour dalam kereta jugak..lu tutup lampu jugak.. otw balik dari gunung ledang..

iyan said...

nyahmampat;
nasib baik tak kena langgar lori...
kalau tak tak merasa la lu pergi amerika...