Balik dari Kulim, esoknya gua terus ke Pasir Gudang. Ada kerja. 3 hari juga dekat JB. Kerja tak kerja sangat la, sempat juga tengok wayang 2 cerita. Keh..keh.. Semalam gua sampai KL. Hari ni masuk kerja macam biasa. So, ada la sikit masa nak update blog.
01052010
Lepas setup basikal kat bumbung. Tuju Petronas Puncak Jalil. Isi minyak, beli air, buang air. - Awek cashier Petronas sini boleh tahan cun, tapi lengan banyak bulu sikit.
Gua plan nak tidur dalam kereta, tapi tak jadi sebab sibuk main walkie talkie. Gua request Poey Stings nyayi lagu "Dalam Diam Aku Menyintaimu" versi live guna walkie talkie. Tapi dia tolak dengan alasan tak ada bayaran.
Chief, gua, Dato Lob. R&R Bukit Gantang. Dah deal untuk tunggu Arash dekat sini. Sebab dia lambat sampai, kitorang bergambar dulu. Sebelum sampai sini, berhenti makan dekat R&R Sg, Perak. Area pukul 2 petang. Makan sampai penuh perut. Sebab malam dah nak start kayuh. Petang dah tak boleh nak makan yang heavy. Biar semua makanan dalam perut dah digest.
Lebih kurang puluk 5.30 petang sampai di tempat kejadian. Hujan lebat. Gua dah mula terbayang track malam nanti. Confirm licin dan berlecak. Collect goodies, terus bergerak ke homestay.
Lepas collect goodies. Bergambar lagi.
Berdiri; Orang kebanyakkan. Duduk; Celebrity. Keh..keh...
Sampai homestay semua kucar kacir setting basikal. Paling cilake pun letak lubricant kat rantai. Tapi mamat t-shirt putih relax duduk tengok orang. Sekali malam dapat no. 2. Next jamboree memang gua buat tak tahu dengan basikal gua.
Starting point. Gua gaya penoreh getah. Pakai head lamp pinjam dari Dato Lob. Sampai sekarang tak pulang lagi. Keh..keh.. Pengajaran dari ECC Night Ride October 2009. Head lamp sangat penting. Bertindak sebagai mata. Tak kira la letak kat helmet ke, sangkut kat kepala ke. Janji bila toleh, nampak apa yang nak dilihat. Tak lah gelap.
Tepat jam 8.30 malam, peserta dilepaskan. Gua gaya ghairah bawak laju-laju on road. Strategi. Tak nak jammed masa nak masuk offroad. Memang tak bagi can. Rasanya gua dalam kelompok 100 ke bawah dari 700 orang yang register. Masuk offroad pun ok. Tak kena beratur. Tapi yang buat tak ok. Masuk-masuk offroad terus kena climb. Dah lah tinggi, panjang pulak. Mula-mula gua steady juga. Pakai pulak cleat, memang best climb. Tapi suku bukit gua dah berhenti. Bukan tak larat kayuh. Tapi lumpur dah penuh tayar. Tayar "stuck". Tak boleh nak pusing. Masa ni la gua banyak buang masa berhenti kat tepi. Buang lumpur pada tayar. Tolak, stuck lagi. Buang lumpur lagi. Masa ni juga lah gua tengok ramai rider yang dah over take gua. Gua redha. Memang tak boleh nak buat apa-apa. Konon-konon target nak dapat nombor bawah 100. Tayar Maxxis Cross Mark memang barai time hujan, lumpur, basah etc. Nak tukar, bunga lebat lagi. Biar la dulu.
Macam ni la lebih kurang rupa tayar basikal gua. Macam mana nak tolak?
Kalau layankan tolak, memang sampai subuh raya cina tahun depan pun belum tentu sampai. Last-last gua pikul basikal. Itu pun dah nak sampai peak baru dapat idea. Dah terlambat. Dah ramai rider kat depan. Dah jammed.
Sampai check point 1, orang dah ramai. Gua ingat nak minum air. Sekali air dalam balang besar. Yang bawak botol senang la nak refill. Yang pakai hydration bag macam gua memang malas nak bukak bag. Sebab gua marah gua jalan terus. Lagipun gua tengok depan dah downhill. Memang layan. Tapi 10 saat sahaja. Ya, 10 saat. Lepas tuh uphill balik. Macam setan! Masa ni gua dah mula terfikir kan best kalau gua baring depan tv layan Akademi Fantasia. Tapi keturunan Hang Tuah macam gua susah nak mengaku kalah. Gua layan kan kayuh. Lepas satu check point ke satu check point. Nasib baik ada satu check point tu kasi minum 100+. Boleh buat recover penat.
Ini masa kat check point 4. Kakak urusetia kasik minum pakai bekas apa tah. Macam gayung pun ada juga. Belasah! Air dalam bladder dah makin kurang. Lepas makan pisang, sambung kayuh. Lepas 3kali jatuh akibat tayar cross mark yang kurang mencengkam. Gua sampai juga di finishing. Corner last sebelum sampai tempat finishing gua tanya urusetia yang jaga jalan.
"Ramai dah sampai?"
"Ada la 2-3 ratus...."
"2-3 ratus? Cibxx!!!!....."(dalam hati)
Sampai finishing. Gua dikalungkan medal. Gua tanya nombor ranking. Urusetia cakap nombor ranking disediakan sampai 100 je. Dia anggarkan ranking gua dalam 200++. Ok lah. Janji habis kayuh. Gua tolak basikal cari geng lain. Tengah mata gua meliar cari geng, gua nampak Dato Lob tengah duduk sambil makan bubur. Mampos gua. Macam mana dia boleh sampai dulu? Terus gua kena bahan sampai hari nih...
Walaupun gua tak berapa gembira dengan kedudukan gua di Kulim Jamboree. Tapi gua gembira dengan kedudukan team gua.
Tahniah Farhoud & Rostan for the 1st and 2nd place at Kulim Jamboree 2010.
02052010
Esoknya on the way balik KL bini Dato Lob call.Bini dia tanya dia menang ke tak? Perlahan dia jawab.
"Menang tu tak lah, tapi dapat lah kalahkan orang muda...." sambil pegang-pegang bahu gua.
"Cibxx"Sekali lagi gua menyebutnya dalam hati....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
abg poey, ku sapu air mata perpisahan satukkk, keh keh keh.
ku ku ku
kau kau kau
Makan bubur tu dah dikategorikan disert, sebelum tu dah basuh tangan,makan sop, makan nasi last baru makan bubur.
Post a Comment