20100623

Nazril Irham

"Boleh tahan la..."
"Panjang jugak..."
"Ini kau cakap panjang???"
"Mana ada panjang, lebih kurang aku punya je..."
"Fuhh..."


Gua jadi berminat nak tahu tentang apa yang mereka borak kan. Bila gua datang dekat, gua nampak yang ramai-ramai tadi tertumpu pada skrin sebuah telefon bimbit. Pada skrin telefon bimbit, gua nampak Nazril Irham atau pun nama glamour nya Ariel Peterpan sedang beraksi. Ok, gua da paham.

Notakaki: Prestasi kayuhan gua menurun malam tadi dipercayai selepas menonton video tersebut.

20100604

Luka Di Tangan Siapa Yang Tahu...

Brader 1 ofis: Kenapa dengan tangan tu?

Gua: Jatuh bang....

Brader 1 ofis: Jatuh motor? Dekat mana?

Gua: Eh, tak lah. Jatuh basikal...

Brader 1 ofis:
Basikal??? (sambil buat muka terkejut)

Gua: Aah. Jatuh basikal.

Brader 1 ofis:
Macam budak kecik nak main-main basikal lagi. (sambil geleng-geleng kepala)

Gua:
(senyum...)

Notakaki: Tak pernah gua nampak budak kecik join Mountainbike Jambori. Nak kena luku kepala?

20100602

Lagenda Budak Setan



Ok, esok cerita ni masuk panggung. Gua ada pasang niat nak pergi tengok. Tapi gua dah lupa macam mana cerita dia. Banyak sangat novel Ahadiat Akashah masa tu. Tajuk Budak Setan saja gua ingat dah ada 1, 2, 3. Lagenda Budak Setan lain pula. Belum cerita Budak Rap lagi. Budak Momok etc, Budak Lomo (lomokids) lain cerita ok. Gua rasa cerita ni biasa-biasa saja, tak sebest macam baca novel. Gua kuat berimaginasi, gua expect yang bukan-bukan. Muka hero pun dah tak sama dengan imaginasi gua. Macam mana? Nasib baik muka heroin ada kena sikit-sikit :)

Notakaki: Lu orang memang tak true kalau tak baca novel ni masa sekolah-sekolah dulu.