Aku hampir-hampir cancel trip ni bila abang aku, Moqh call aku hari Jumaat petang beritahu yang Pak Ngah aku sakit tenat di Hospital Besar Melaka. Aku jadi serba salah nak pergi. Masa Moqh call aku ada kat Mid Valley dengan Nuruz nak cari rain cover untuk pannier bag aku. Bro Lob pula dah call aku confirm bertolak malam ni pukul 10. Kalau ikut plan asal nak bertolak pagi Sabtu tapi entah macam mana dia tukar plan nak pergi hari Jumaat malam. So, aku call cousin aku yang ada kat hospital masa tu. Tanya condition Pak Ngah aku. Dia nangis-nangis cakap itu ini. Lagi buat aku serba salah kalau tak balik Melaka. Fikir punya fikir, last-last aku buat keputusan drastik nak pergi ke hospital Melaka petang tu juga. Aku takut tak “sempat” jumpa Pak Ngah :( Aku call Bro Lob minta bertolak lewat sikit. Kalau tak jadi ke apa ke aku akan call. Its depends on my uncle condition. Kalau Pak Ngah tak stable aku akan stay kat Melaka and cancel trip ini. Macam tu la sebaliknya. So aku terus ke Hospital Melaka. Lebih kurang pukul 9malam aku sampai hospital. Mak dengan ayah aku pun ada. Cousin-cousin pun ada. Waktu melawat dah lama habis. Aku jumpa dengan guard minta belas ihsan dia nak tengok Pak Ngah aku. Guard bagi masa 5minit untuk aku pergi melawat. Thank God. Kalau tak memang sia-sia lah aku datang. Aku tengok Pak Ngah dah stabil cuma tak sedarkan diri. Koma. Nak tanya condition Pak Ngah dekat nurse-nurse kat tepi-tepi tu tapi semua macam sibuk. Ke sana-sini. Maklumlah ICU. Tapi aku rasa Pak Ngah dah stabil. Cuma tak sedarkan diri je. Aku keluar lepak dengan cousin-cousin aku. 45minit lepas tu aku terus minta diri nak balik KL. Aku decide nak pergi juga. Awal-awal lagi barang-barang semua aku dah letak kat bonet kereta. Tinggal singgah rumah ambil basikal je nanti. Aku call Bro Lob minta tunggu aku. Dia cakap ok. Jangan rushing-rushing.
Day 1: January 29, 2011
Pukul 1230am aku sampai depan rumah Bro Lob dekat belakang zoo. Tak cakap banyak terus sangkut basikal kat belakang kereta Bro Lob. Kereta aku parking dekat rumah dia. Lepas masukkan barang-barang semua terus pergi ambil Shahrin Amir dekat Ampang. Shahrin nak tumpang sampai Jitra untuk Darul Aman Jamboree. On the way nak pergi Ampang ada police road block. Road tax kereta Bro Lob dah mati 3bulan lepas. Buat-buat muka cool and kitorang lepas. Suka bukan main. Lepas pick up Shahrin Amir terus direct naik highway utara-selatan. Isi minyak dekat Rawang then aku sambung drive sampai Taiping. Aku memang dah tak larat nak drive. KL - Melaka – KL – Taiping memang memenatkan. Bro Lob pun dah mengantuk. So kami exit Changkat Jering dan check in hotel area situ untuk 3jam. Lebih kurang RM50. Tak cakap banyak terus tidur. Check out pukul 9pagi terus ke Kulim ikut jalan dalam. Bro Lob tunjuk route-route yang dia lalu masa dia buat solo touring dulu. Sampai Kulim dah tengah hari. Jumpa cousin Bro Lob, Kak Wati Sarjan Balai Polis Kulim. Dia bawak kami lunch area Kulim. Lepas lunch terus bergerak ke Bukit Kayu Hitam. Kak Wati ikut sekali sebab nanti dia nak bawak kereta Bro Lob balik ke Kulim. On the way ke Bukit Kayu Hitam kami singgah di Jitra untuk hantar Shahrin Amir. Lepas tu kami direct ke Bukit Kayu Hitam. Pukul 3petang sampai boader. Set up basikal lebih kurang pukul 3.30petang kami mulakan perjalanan. Target untuk kayuhan hari ini ialah Hatyai. 60km dari Bukit Kayu Hitam.
Depan Hotel Darul Aman. Drop Shahrin dekat sini.
**********
Bila basikal aku melepasi Sadao Imigration je hati aku dah mula berbunga-bunga. First time basikal aku keluar dari Malaysia. First time juga aku touring secara proper. Dah tercapai impian aku nak touring dengan basikal. Memang historic moment sebab ianya permulaan untuk ratusan kilometer untuk hari-hari yang akan datang. Dalam hati aku tekad yang aku boleh sampai Phuket dengan basikal aku :)
Walaupun kurang rehat. Perjalanan sepanjang 60km+ kami lalui dengan tanpa ada sebarang masalah. Aku cuma tidur 3jam malam sebelumnya. 10km pertama selepas melepasi pekan Danok, jalan agak berbukit-bukit. Memang sesuatu yang memenatkan bila berkayuh dengan beban luggage hampir 10kg+ terikat di belakang basikal. Tapi selepas 10km semuanya menjadi mudah. It was flat road.
1st pit stop after 30km+ cycled.
We rode at around 20-25km per hour. Kalau ada bukit pun tak lah setinggi mana. Masih mampu berkayuh. Cuaca agak panas, around 30-34 celcius. Tapi tak ada masalah, aku dah biasa berpanas. Cuma keadaan jalan di sekitar selatan Thailand agak berhabuk. So aku akan sentiasa tutup mulut, hidung dan telinga dengan buff. Prevent dust from entering.Time ni la gunanya pisau lipat. Buat layan tembikai tepi jalan. Kah..kah...
3jam+ berkayuh akhirnya kami sampai di pekan Hatyai. Kira-kira pukul 7.30malam waktu Malaysia. Pusing-pusing juga nak cari hotel. I used to visit Hatyai last year tapi memang dah tak ingat jalan. Tanya orang sana sini and finally kami jumpa jalan yang betul. Jalan kebenaran :) Kami check in di Hatyai Central Hotel dengan bayaran 600bath semalam. Dan yang paling best basikal dibenarkan dibawa masuk dalam bilik.Bicycle were brought into accomodation rooms.
Malam tu kami ronda-ronda pekan Hat Yai. Pergi makan dekat depan Pink Lady Complex. Ada banyak gerai-gerai muslim. Malam tu kami makan bihun sup dengan ketam. Lepas makan terus balik tidur sebab esok nak teruskan lagi perjalanan yang masih jauh. Target untuk esok nak kayuh sampai Phattalung. Jarak kayuhan lebih kurang 100km+.
Total Distance cycled day 1: 61km
TBC.
4 comments:
come on yan.cepat skit update!
lincah der....teruja nih nak baca kisah touring ko ni.....lond
hahaha...
ada juga org baca blog gua nih...
relax lond gua tgh karang ayat nih...
lond pembaca tegar semua blog basikal secara rahsia, keh3.
kamon iyan, gua tak sabar nk tunggu part kat phuket tu,hahaha.
Post a Comment