20081231

On leave

Hari ini, genap seminggu aku bercuti. Ya, seminggu.
Menghabiskan cuti ganti. Memang indah.
Lagi-lagi tanpa gangguan panggilan telephone dari pejabat.
Aku bebas mengatur jadual ke sana dan ke sini.

Dan esok aku bakal ke Penang. Seperti biasa, last minute plan.
Solo trip.
2 hari tinggal di rumah, tak bekerja. Cukup buat aku rasa tepu.
Aku mula mengatur langkah mahu meninggalkan KL seketika.
Mahu melihat dunia luar yang jauh berbeza.
Sebab mata ini mahu sedikit variasi pandangan nya.

Aku harap esok masih ada last tiket bas untuk aku ke Penang.
Balance-balance tiket yang diborong umat manusia yang tak mahu melepaskan peluang pulang ke kampung sempena cuti awal tahun.

Terima kasih Zaki. Teman serumah semasa sama-sama study di politeknik dulu.
Sebab sudi menjemput aku dan seterusnya menjadi tourist guide secara tak langsung.
Terima kasih juga kerana mengatur pelbagai program walaupun semua nya baru di plan tadi.
Semoga semua ini berjalan lancar.

Ini destinasi bajet. Melihatkan tahap ketebalan dompet dan baki wang dalam account. Ditambah pula dengan bil-bil, sewa rumah yang belum dilunaskan.
Aku perlu berbelanja seminimum mungkin.

Nak kirim buah pala? Cold Storage ada jual. Beli sendiri.


Notakaki: Ini trip merajuk. Bawa diri sebab ditinggalkan Jibam dan kawan-kawan ke Penang tempoh hari.

20081230

Lupakan 2008, kembalikan 88

2008 semakin hampir dengan penghujungnya.
Apa azam tahun baru? Aku pernah ada azam ke?
Oh lupa.. Azam tahun baru aku nak merealisasikan azam tahun 2007 yang tergendala.
2007? Apa azam 2007?
Nak merealisasikan azam tahun 2006.
Azam 2006? Samalah macam jawapan di atas. Senang cerita.

Tak perlu tunggu tahun baru, baru nak berazam-azam nih.
Bila-bila pun boleh berazam.

..............................................................................................................................................

Aku memang tak pernah terlibat dalam meraikan tahun baru atau hari-hari seangkatan nya.
Atau bahasa up to date nya celebrate.
Paling koman dulu aku pernah lepak kat kedai siam mengeteh, makan kuaci sambil tengok aksi-aksi mat rempit tunjuk skill masing-masing masa malam merdeka.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak berapa nak “into” dengan kegiatan seumpama ini.

2 hari lepas aku ada melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah.
Beriadah dengan kawan-kawan di kedai mamak sambil borak-borak kosong.
Macam-macam topik yang dibualkan.
Sampai lah ke topik tahun baru. Aku diam. Pasang telinga.

Baharom : Malam tahun baru nih lepak mana?
Borhan : Curve? Sana best. Ramai orang.

Baharom buat muka kelat sambil tunjuk isyarat jangan pada Borhan.
Berkali-kali isyarat dibuat. Tanda tidak setuju.

Borhan : Kenapa?
Baharom : Tak best. Kat sana ramai budak sekolah.

Borhan diam seribu bahasa. Tarik muka.
Mungkin sebab idea nya ditolak mentah-mentah.
Topik itu terhenti di situ. Tanpa konklusi yang tepat lokasi celebrate ditahun baru.
Baharom mahu pulang awal. Esok result PMR keluar.
Dia harus bangun pagi, ke sekolah dan ambil keputusan.

PMR???

Notakaki: Baharom dan Borhan adalah nama rekaan. Nama sebenar terpaksa aku rahsia kan untuk kebaikkan Baharom. Kepada Baharom, nama “otai” cuma gelaran.
Umur Baharom belum otai lagi. Masih lagi 15 tahun.
Dan yang paling penting masih lagi bersekolah.

20081229

Hitam putih kehidupan

Entah mengapa film black & white kini semakin kurang diminati. Aku pun kurang pasti.
Mungkin banyak lomographer tak tertarik dengan film black & white akibat terpedaya dengan propaganda lomography.com yang selalu menggembar-gemburkan penggunaan slide color film pada kamera lomo.

Tapi memang tak dapat dinafikan niat asal pembeli kamera lomo ialah inginkan “warna-warna ajaib” pada setiap gambar yang di snap.
Aku akui, aku sendiri tertarik dengan lomo kerana “warna-warna ajaib” itu.
Tapi akhir-akhir ini aku seperti ingin bereksperimentasi dengan film black & white.
Hampir 4tahun bergelumang dengan scene lomography, ini lah kali pertama aku load film black & white.

Ini percubaan pertama aku. Menggunakan camera LC-A. Film Agfa Scala Black & White 200.
Hasil foto black & white yang tidak seberapa.





Imbas kembali 2003

5 tahun dulu aku pernah menganggotai sebuah kugiran hardcore di JB.
Band kecil-kecilan. Tak sehebat mana. Masih mentah. Tak punya bakat.
Pie (*Ijtima) bermain drum dengan rujukan buku nota nya. Kalau tertinggal buku tuh, kacau bilau jamming.
Bigshow (*Oscar In The Middle) di posisi guitar. Tapi buta code-code guitar. Tak tau apa itu F, G, A, B etc.
“Apa yang penting ialah message...” kata Bigshow yang berusia 15tahun waktu itu.

Tapi cukup lah untuk aku mengisi masa lapang dengan meletakkan sedikit komitmen pada band.
Duit gaji bekerja part time dengan seorang wireman separuh mahir digunakan untuk membayar kos studio jamming.
Atau menanggung kos bermain di show-show sekitar JB dan KL.
Semangat hardcore punk meluap-luap dalam diri waktu itu.
Perform 3 pieces pun jadi...

Tak sempat meriliskan apa-apa material kecuali sebuah rakaman video percuma di Hello Studio, Larkin, JB.
Lalu dikomersialkan tanpa segan silu. Sampai sekarang aku segan sendiri nak tengok.

Beraksi kali terakhir di Hard Core Fest 2004 JB sebagai opening band untuk show hari ke-2.

.....................................................................................

Disember 2008

Malam itu lepas maghrib, aku pick-up Keng dan Ayep.
Aku plan nak pusing-pusing Jusco Tebrau. Perkara wajib setiap kali pulang ke JB.
Aku text Mael. Mael tak reply.
Dia sibuk karaoke kat Diva rupanya. Raya Haji pun sempat karaoke...

Masa lalu kat depan Body Shop. Aku terserempak dengan seorang yang aku sangat kenal.
Pie. Ya, Pie bersama isteri tercinta. Sibuk menolak seorang baby comel dalam stroller.
Alhamdulillah .....

Cepat betul masa berlalu...
Aku tersenyum mengenang kenangan dulu...
Tiada lagi buku nota Pie.....
Tiada lagi nota-nota lirik dengan tulisan tangan Bigshow....
Dan tiada lagi FLASHBACK.....


*Ijtima / Oscar In The Middle – zine diy hardcore punk yang diusahakan penama di atas waktu itu.

Notakaki: Aku masih lagi hardcore punk. Walaupun aku sekarang tidak se`hardcore dulu, tapi diy hardcore punk banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar supaya aku tidak menjadi seperti robot anarki yang telah diprogramkan....

Very-very first entry . . . . .

Selamat datang dan selamat membaca blog aku.


"Cukuplah hanya sekadar muntahan-muntahan emosi diri sendiri yang tidak terlalu berat untuk penerimaan minda...."

Ayat ni aku curi dari cover Roots isu-4 (October 2004)...
Aku tak punya idea hendak menulis....

p/s: "Nak buat blog ke nak main-main nih? Baru first entry dah tak de idea. Baik tak payah buat blog..."