Aku mengintai dari tingkap luar pejabat. Hujan lebat menampakkan diri.
Kilat sambar menyambar. Guruh berbunyi.
Niat untuk pulang aku tangguhkan walau jarum jam sudah 15 minit melebihi waktu pulang.
Tak sanggup berdepan dengan hujan.
Biarlah baju hujan cap “Givi“ aku tersimpan kemas dalam kotak motor. Aku tak sanggup.
* * *
Hujan lebat berhenti 45 minit kemudian. Aku kemaskan ruang meja pejabat.
Kunci pintu bilik. Perlahan melangkah ke parking. Mendapatkan motorsikal berkuasa rendah.
Angin sejuk bertiup. Tepat ke muka. Rasa sejuk sampai ke tengkorak. Fuhh....
Perlahan aku tinggalkan pejabat. Tahap kelajuan seperti biasa. Sepoi-sepoi bahasa anginnya.
Tak ada apa yang nak dikejarkan. Lagi pun tak ada siapa-siapa di rumah. Aku seorang.
Mula memasuki lebuhraya Putrajaya – Puchong. Jalan tegak seperti tak berpenghujung.
Bosan ....
Mana lar tau jumpa duit seribu dua kat tepi jalan ni.
Mula memasang angan-angan. Perkara biasa.
Dapat la buat tambah beli barang-barang basikal…
Atau beli ‘Klippan‘ sofa di IKEA…
Atau buat down payment untuk beli moto baru…
Atau buat beli tiket flight untuk travelling….
Atau beli bag Deuter yang baru…
Atau beli record player...
Atau beli kasut cap Onitsuka Tiger...
Bestnya kalau betul-betul berlaku. Ini tidak.
Buka Maybank2u baki RM 5.31. Buka dompet tinggal belas ringgit.
Balance duit rupiah pergi Bali hari tuh pun nak ditukar atas kesempitan hidup yang memaksa sekarang.
Sampai depan rumah bunyi R2D2 kedengaran. Datang dari handphone usang aku.
Tanda ada message masuk. Tenang aku baca message itu.
Cilakak! Aku sepak pintu rumah.
Senja-senja macam-macam nih mainkan perasaan aku. Mentang-mentang aku tengah miskin.
Ingat aku nak percaya?
+60178604329
TAHNIAH! Simcard anda memenangi undian bertuah wang RM 15, 000 dari Power Root Sdn Bhd, sila hubungi office di talian ; 017-832-6850
p/s: Jom “tembak” nombor tuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
kesimpatan atau kesempitan?? konpius sekejap.. thehehehehe..
apa nih?
xpaham lar...
wahhh.. dah edit balik nampakkk.. ish3... hebat2.. xpe lah, kalau x paham lupekan ajeee.. sbb u bernasib baekkk =p
hahahaha...no sape 2 weh...?
ke ko btl2 menang...hak3..
yan..jom main bola...team jehan miskin..
kesimpatan satuuuuuuuuuuu!
gua dh print screen semalam..
hahaha...
wahhh!
rezeki datang bergolek.
tapi tu sume tipu belaka!
tahniah. hahaha
gua da pernah kene,
gua call balik,
de cam kalis2 pastu letak..
cialakak
msg ni pun selalu masok kt hp aku..aku selalu balas kesat2 punyer.. :p
tahniah
datang ofis dan gores dulu. ye?
Anonymous reza said...
gua da pernah kene,
gua call balik,
de cam kalis2 pastu letak..
cialakak
cilakak ke CIALAKAK?
wakakakaka
gle arr lu, angan2 jd nyata...
tahniah
leh masuk minang pasni...
Try jerkk laa dowh... ko sekarang dah minum power root plak ker..
Jom weii trip pergi "Rain Forest World Music Festival"
gua nak tolak onizuka..
injector dx..
ade bran?
Post a Comment