Ini adalah kesinambungan dari kisah Pengembaraan Dunia Luar Part 1. Maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk menyambung cerita ini. Kesabaran anda, kepuasan kami!
On the way balik dari Bukit Merah ke Penang. Aku request pada Zaki balik naik feri.
Rasa macam tak complete hidup kalau pergi Penang tak naik feri.
Zaki setuju. Kerol Mamu dan Mawi juga setuju. Aku tersenyum puas.
Kami sampai Butterworth lebih kurang pukul 6. Hujan renyai-renyai.
Cuaca agak gelap.
Dalam feri aku jadi sedikit jakun. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini.
Luar feri.
Dalam feri.
Sampai George Town kami terus ke Restoran Hameediyah. Kerol Mamu cakap nasi beriani kat situ champion. Aku tak berapa “in-to” sangat dengan nasi beriyani.
Aku tak tahu cemana nak nilai nasi beriyani kat sini.
Sebab aku makan semua nasi beriyani rasa sama je.
Mungkin sedap la kot nasi beriani kat sini.
Sebab Zaki cakap sedap. Mawi pun cakap sedap. Kerol Mamu tak payah cakap lar.
Semua oder beriani ayam. Aku pun oder beriani ayam.
Restoran Hameediyah.
Makan untuk 4 orang lebih kurang RM 40 harga dia.
RM 10 seorang. Ok lar. Agak berbaloi. Ayam dia boleh tahan besar.
Lepas makan diorang bawak aku pusing-pusing Penang.
Masuk George Town, Padang Kota, Gurney etc.
Love Lane kami tak pergi. (seperti yang dicadangkan Lelaki Misteri)
Ada apa kat sana pun aku tak tahu.
Pusing-pusing tak keluar kereta pun.
Aku tak mahu. Sebab aku tengok semua dah letih.Lepas pusing-pusing lebih kurang, kami pun balik.
Hantar Kerol Mamu dan Mawi balik, lepas tuh pergi beli charger handphone aku(tertinggal).
Lebih kurang pukul 9 lebih sampai rumah. Malas nak cakap banyak. Mandi terus tido.
Sebelum tido aku sempat pesan dengan Zaki.
Esok bawak aku pergi “road walk’’ eh?
Day 3 / 2 Januari 2009
Seawal jam 8 aku da kejut Zaki. Dalam hati aku asyik “road walk’’ saja.
Road walk ni flea market macam Lokin juga. Ini first time aku ke road walk.
Jakun!
Zaki ingat-ingat lupa jalan ke sana. Tapi Alhamdulillah kami sampai tanpa sesat.
Aku excited. Terus terjah.
Tapi nampak macam tak banyak barang.
Biasa-biasa je. Cari punya cari aku dapat flash.
RM 10. Cakap banyak tak guna. Terus bayar.
Hampir 2 jam kat situ flash je yang mampu aku bawa pulang.
Harapan nak bawak balik Polaroid sx-70, Seagull TLR, lenyap.
Tak ada rezeki mungkin.
Sebelum balik. Singgah makan tengah hari kat sebelah stadium tu.
Lepas makan terus balik sebab da pukul 12 lebih. Tak reti nak semayang jumaat?
Lepas semayang aku plan nak ke George Town. Nak beli buah pala dan jeruk.
Sambil tu bole la berlomo. Cari kedai gambar lama-lama atau singgah kedai-kedai antik yang banyak kat tepi jalan.
…………………………………………………………………………………
Boleh tahan sibuk jalan raya kat George Town ni.
Zaki parking belakang-belakang lorong. Kitorang plan nak jalan kaki pusing-pusing.
Tengok macam banyak kedai yang menarik. Sambil berlomo sikit-sikit.
Tapi cuaca agak gelap. Macam hari nak hujan.
Banyak jugak aku beli buah pala dan jeruk. Yang aku pelik Zaki pun beli juga.
Dia cakap kalau aku tak ada, memang tak jejak la dia kat gerai jual buah pala/jeruk ni.
Dah alang-alang ke situ, dia beli sekali.
Kakak dia pernah bising kat dia sebab tak pernah bawak buah pala balik. Kerja je kat Penang. He...
Lepas beli buah pala. Kami pusing-pusing jalan sekitar situ. Sempat juga singgah Padang Kota dan masuk Fort Cornwallis. Snap gambar lebih kurang.
Ada lar masuk 2-3 kedai jual barang-barang antik. Cukuplah sekadar melihat, cuci mata. Harga confirm champion.
Fort Cornwallis. Senyum sikit brader...
Hari yang gelap buat aku malas nak beraksi. Aku simpan LC A dalam kocek seluar.
Teruskan berjalan. Zaki ikutkan saja. Sampai satu tahap dah bosan dan tak tahu nak buat apa. Aku ajak Zaki balik.
On the way balik, aku singgah bus stand Sg. Nibong. Aku nak beli tiket ke Ipoh.
Aku ke Ipoh untuk menghadiri majlis perkahwinan ex-office mate aku, Kherwan Felani pada keesokkan harinya. Aku awal-awal dah plan dengan Nuruz nak datang majlis ni sebab Along, isteri Kherwan beria-ia suruh kami datang. So Nuruz akan pick-up aku masa aku sampai Ipoh nanti. Aku cari tiket seawal pagi yang mungkin. Nak sampai Ipoh area tengah hari. Tak mahu terlepas sesi bersanding pengantin.
Lepas beli tiket, Zaki ajak lepak layan angin depan Queensbay. Aku ikut saja.
Boleh juga snap-snap kat situ.
Lepas lepak-lepak. Pergi makan. Layan siakap 3 rasa.
Slumber aku bedal berdua dengan Zaki. Perut kenyang. Hati riang kami pun pulang.
Day 4 / 3 Januari 2009
Seawal jam 7.30 pagi aku dah kejutkan Zaki. Minta dia hantar aku ke bus stand.
Bus ekspress ke Ipoh cap Sri Maju yang aku beli pukul 8.00 pagi.
Aku bersiap sesimple mungkin. Kemas barang-barang pastikan tak ada yang tertinggal.
Sampai bus stand aku pergi ke kaunter untuk ambil no bas.
Zaki ajak minum. Tapi tak sempat. Bus dah ready ambil orang. Dia hantar aku sampai pintu bus. Kami berpelukan. Entah bila jumpa lagi aku pun tak tahu. Kepada Zaki, thanks sebab tolong aku sepanjang keberadaan aku di Penang. Jasamu akan ku kenang. Cewah!
Dalam bus aku sambung tidur. Sedar-sedar je dah sampai bus stand Medan Gopeng, Ipoh.
Nuruz pick up aku kat sana. Kami tak terus pergi majlis kahwin tu.
Balik rumah Mak Long Nuruz dulu. Aku dah selalu datang rumah Mak Long.
Dah biasa sangat. Tak ada lar malu-malu.
Nuruz datang Ipoh dengan emak dia. Sampai rumah Mak Long lepak-lepak, mengumpat dan mencarut lebih kurang terus siap-siap nak ke majlis kahwin Kherwan.
Punya lah payah nak cari parking kat dewan ni. Dah lar hujan lebat.
Tapi berkat kesabaran aku, jumpa juga parking. Hari hujan bikin gadis-gadis resah.
Habis make-up tebal, cair terkena air hujan. Terus sememeh muka sorang-sorang.
Deras langkah aku masuk dalam dewan. Ada orang tua berdiri sambut tetamu betul-betul depan pintu. Aku tak tahu siapa. Main pakai salam saja. Masuk-masuk tengok pengantin tengah makan beradab. Cis! Terlepas kompang. Baru nak bersilat.
Terus aku beratur ambil makan.
Sebelum balik sempat juga aku bergambar atas pelamin dengan pengantin. Dan sempat juga Kherwan membisikkan sesuatu pada aku. Apa dia? Rahsia...
Lepas balik majlis kahwin Kherwan dan Along. Kami terus pulang ke rumah.
Lagipun hujan lebat belum berhenti. So, aku lepak saja bersama makcik-makcik. Bergosip. Sampai la dah tak ada isu nak digosipkan, aku ajak Nuruz keluar. Bosan.
Kami keluar dengan alasan nak pergi kedai beli topap.
Tap..Tap.. Kereta Myvi nuruz dah parking depan Majestic Hotel, Ipoh.
Saja datang sini. Aku nak main lift old school kat hotel nih. Itu pun aku tau lepas tengok The Hoppers & Ahli Muzik episod 4.
Sepanjang aku ke Ipoh tak pernah aku singgah hotel nih. Hotel ini sangat cool.
Yang paling penting lift dia. Nak masuk kena buka dan tutup pintu sendiri.
Memang old school habis. Dalam lift ada satu tingkap bulat. Bole tengok lift nih bergerak.
Dalam lift...
Kami pusing-pusing sekitar hotel. Lepak-lepak kat atas. Boleh tahan dia punya seram.
Sempat ambil gambar guna camera handphone je. LCA tertinggal kat rumah.
Lepas snap lebih kurang terus balik rumah. Sampai rumah dah maghrib.
Mak Nuruz perli-perli. Aku buat pekak telinga. Hahaha...
Sekitar Majestic Hotel...
Malam itu Pak Long bawa kami semua makan di kedai Mee Rebus Ramli.
Katanya mee reebus champion kat Ipoh. Tapi bila aku rasa,biasa-biasa saja.
Tak boleh nak lawan mee rebus tulang ZZ or mee rebus Hj. Wahid kat JB.
Itu memang terbaik! Tak percaya cuba lah.
Lepas makan, jalan-jalan gerbang malam yang lebih kurang uptown, downtown.
Pusing-pusing lebih kurang terus balik rumah.
Day 5 / 4 Januari 2009
Pukul 7 aku kejut Nuruz. Ajak ke lokin.
Perkara wajib yang akan aku buat setiap kali ke Ipoh. Tapi dia malas.
Dia memang susah nak bangun pagi. Last-last aku gerak sorang.
Setakat jalan nak ke pekan Ipoh tu boleh lar sikit-sikit.
Kalau jalan lain memang sesat lar aku. Jawap nya memang aku call Kherwan minta dia ambil macam dulu.
Jalan-jalan di Ipoh kurang signboard. So, kena ikut gerak hati. He..
Tak ada rezeki aku kat lokin minggu ni.
Kalau ada pun harga melampau-lampau.
Aku jumpa TLR Lubitel condition tip top hip hop. Tak ada karat. Siap ada leather bag.
Tapi shutter pula jamn. Harga pun boleh tahan RM 250.
Macam mana nak beli kalau bawak RM 50?
Aku pulang hampa.
Balik rumah mandi-mandi (aku tak mandi masa pergi Lokin) kemas-kemas bag untuk balik. Tengah hari bertolak balik KL dengan Nuruz dan emaknya.
Balik awal sebab takut jem. Fuhh...
Finally sampai juga KL setelah 5 hari bercuti. Alhamdulillah...
THE END...
* Picture 1-7 taken by LCA, others picture taken by Nokia N70 handphone camera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
giler besh perjalanan kau ke penang tuh!
jelez!!!!!
apa p penang x habaq mai. ang x pekena pasemboq ka? haha..
*lca sux. from geng holga jahat
weh, amboi.. habih hang pi cita semua noo.. mengumpat la, mencarut la, cheq susah bgn tdoq la. hang neh memang la nak kena ngan cheq. hang mmg la bangkit awal, sbb hang tu hantu lokin. cheq da bosan pi lokin tu, da selalu sgt.
pergh TLR Lubitel siot!!!!
mcm best je lokin ni
hmmm
bila nak repeat lagi?best siot!demmm
gua nak follow kalau repeat..
baby:
kau mcm study kat perlis jek...
kat penang jugak...
ari2 bole tgk penang...
acit:
ang keja...
yg aku msg ang tanya harga tiket tuh menda?
masa tuh ar aku nk p penang...
aku pekena nasi beryani ja...
holga? kalut lar ang...
nuruz:
ang nak jadi apa?
pagi2 cek yg bgn dulu...
azlan dawai:
lubitel tuh...
agak goyang jugak lar...
tp xde dwet...
nak bwat cemn...
nizam:
lagi 3 tahun kot?
jom?
reza:
repeat?
mn?
penang?
dwet bnyk2 penang jek?
bali lar weh rabu nih...
hahahaha
yan sengaja mau tunjuk gambar hebat dari kamera mahal. benci yan sampai bila2.
haha
Hantu betul Kherwan tak jemput aku makan kenduri... ko pun sama Wan...
dah pegi dah..
tak heran..
*nada dengki*
i love penang! :D
rajuna:
mn ade camera mahal...
camera compact jek...
pki film mcm zaman tok kadok tuh...
nyahmampat:
nnti gua kawen gua jemput lu..
ira zaki:
jeles jugak dgn ira...
sbb x dpt lpk tempat2 mkn yg besh!
budak hijau:
i love penang too...
hahahahha...
memang dok cni tapi tak menyempat nak bejalan.
hampeh :D
cemerlang perjalanan ko...
mana nak beli n devolope slide film kat jb ea? tau x?
Gua tak turun maskara, ada org nak datang rumah. Sorry nak reply hp kene block. sengkek beb!!
meriah jek lu jalan2 penang
mau jln2 jg la nnti gua ingat
kt backpackers mn2 nk xyan?
bg gua kurus blk
hehehe
xtau la. hehe. leh bwk aku g sna?
okok, nnti aku tanya mmbe2 aku. tq beb
wah iayan... hang pi jalan ronda2 no.. Penang syyiok no..heheheh
pictre2 d ats..
sgt2 cantek!!
seyes cantek!!
awesome!!
=)
Post a Comment