20090202

Rasa itu ...

Pagi Isnin datang lagi. Macam biasa setiap pagi Isnin aku ada masalah untuk bangun dari tidur. Ini semua sebab cuti hujung minggu yang padat dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti meneman sang kekasih bershopping, layan EPL sampai lewat pagi dan macam-macam lagi.

Bila dah terjaga pukul 7 suku mula lah menggelabah. Mandi dan bersiap lebih kurang. Terus ke tempat kerja. Dengan kelajuan maksima motosikal berkuasa rendah iaitu 80-90 km/j, menambahkan lagi tahap kelewatan aku ke tempat kerja.

Sepanjang perjalanan, jarum meter statik pada angka 80 ataupun kurang. Bukan tak boleh nak laju lagi.
Tapi lebihan perahan pada throtlle akan mengundang bunyi yang tak enak didengar. Cukup lah kawan-kawan pejabat gelar motor berkuasa rendah ini “EX5 mengamuk” dek kerana bunyi enjin yang bising. Aku ulang, bunyi enjin ya, bukan bunyi ekzos. Sangat bahaya.

Sampai diperkarangan pejabat, aku berlari-lari anak mahu scan card. Tertera dimesin perakam waktu. Pukul 8:00 tepat. Lega rasa hati. Aku parking motor berkuasa rendah di tempat biasa.
Ada 2-3 orang kutu tengah melepak atas moto. Tak mahu digelar kera sumbang, aku join melepak. Lega rasa hati tak berpanjangan. Timbul satu rasa yang buat aku tak selesa.
Duduk salah. Berdiri pun salah. Aku biarkan rasa itu menggelodak dalam diri.
Buat-buat tak tahu. Biar ia hilang pergi bersama derai ketawa kutu-kutu yang sedang bergelak.

Kutu-kutu ajak sarapan. Rutin harian setiap pagi. Aku tak punya selera untuk makan. Nak berborak pun malas. Rasa itu betul-betul buat aku tak selesa. Aku pegang perut yang tak sakit. Tak tau kenapa. Walaupun rasa itu masih menghantui.
Aku turutkan jua kehendak kutu-kutu.

“Kak, nescafe 1....” aku oder pada akak indon yang sudah agak fasih berbahasa melayu itu.

Aku bukanlah seorang peminat kopi. Tindakan aku pagi ini agak rare.
Kutu-kutu lain pun perasan yang aku oder air mahal hari ni. Lepas bayar, aku terus ke meja bulat. Satu-satunya meja berbentuk bulat kat cafeteria tu. Tempat kutu-kutu melepak berborak, mengutuk, berbincang, hisap rokok dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang ada jugak Dr datang lepak situ sebab tak ada geng. Terus kutu-kutu jadi keras. Tak ngam dengan topik yang dibuka Dr. Buka cerita saham, ekonomi, etc. Ada jugak yang angkat gelas pindah tempat lain. Betul-betul buat terasa hati.

Rasa tak selesa semakin memucak. Habiskan air. Minta diri.
Kutu-kutu mula berbunyi. Ada jugak yang bersuara sumbang. Pergi mati!
Aku berlalu meninggalkan mereka. Ada juga yang tanya. Aku jawap ringkas.

“Tak sihat. Nak pergi dispensari....”

***

15minit kemudian, aku keluar dari tandas lelaki bersebelahan lab. Muka puas usah cerita. Senyum aku sampai ke telinga. Terima kasih Nescafe.

P/s: Tahu apa rasa itu? Aku tak boleh minum Nescafe pagi-pagi.

10 comments:

reza! said...

gua alah teh susu beb pagi2..

nes dah sebati dengan jiwa yard..

hahahaha..

Nizam said...

haha.ni stok brape hari ko simpan?

Anonymous said...

hahaha lu kt umah sewa byk sgt mnum tea o ngan dadih zam..hahah

ejatosan

BudAk hijAu said...

sungguh berfaedah aktvti kamu di ujung minggu...ehek!

Anonymous said...

yee.. sgt berfaedah =) nex wik kite sambung lagi ektibiti yep. huhu..

iyan said...

rasa itu = rasa nak berak tp xnk berak...
minum nescafe sebagai solusi...
:)

Anonymous said...

ish! ape la u nih.. cite2 psl berak pulak.. euwwwwwww!!!! geli la..

lembuapat said...

Steady laaa... Ex5 mengamuk... banyak kenangan aku dengan motor tue... sekarang kita dah jadik geng Honda dah beb..

paranoid of death said...

Chait..mau berak rupanya..kekekeke..aku panggil Panggilan Puaka tu beb..hehehe

iwa xaqi said...

same arh..
kalo minum nescafe je..
terus jalan..
kekeke..