20100223

JFK 7904

Pagi tadi adalah pagi yang menguji kesabaran. Gua bangun agak lewat. Lepas siap-siap lebih kurang. Terus turun bawah tuju motosikal berkuasa rendah gua. Enjin pulak susah nak hidup sebab dah 3-4 hari tak naik moto pergi mana-mana. Lepas 5 minit buat "senaman kaki", moto pun hidup. Perah-perah lebih kurang, masuk gear 1. Baru nak jalan, raba-raba poket baru sedar handphone pulak tertinggal. Sabar. Slumber tinggal moto enjin hidup. Lari naik atas ambil handphone. Lepas semua da setel, terus pulas minyak tak bagi can. Jam tangan dah tunjuk lagi 15 minit nak pukul 8 pagi.

Sampai Petronas motosikal berkuasa rendah gua jadi semput. Minyak macam tak sampai. Bila pulas minyak tak boleh nak pergi. Gua syak karburetor bikin hal. Sabar. Tak cakap banyak terus tolak moto menghala ke rumah. Separuh jalan gua tinggalkan moto berkuasa rendah gua dekat deretan kedai. Tak larat nak menolak moto sampai rumah. Sengal-sengal kaki mengayuh basikal 50km di Sri Iskandar masih lagi terasa. Sabar. Lepas parking motor, terus jalan kaki balik rumah untuk ambil kereta. On the way ke office dalam kereta, dah terbayang motor kat bawah. Yang ini memang tak boleh sabar.



Notakaki: Amacam?

9 comments:

Mim Jamil said...

angkut ksr weh!

Dewajiwa said...

Demak Demak. wakaka.
sempoi weih. layan trail kat Kota Tinggi sana. gua tunjuk trail

paranoid of death said...

yan..terbaik ni..aku pun plan nak angkat gak..kekeke..ko nak angkat 125 ke 250?hehehehe

M.Farid Lee said...

cool!

iyan said...

mim;
lu anak org kaya bole la...
gua KLX da cukup kot...

dewajiwa;
demak?
keh..keh..keh...

azmal;
150 cukup la mal...
ko pun nak beli jgk ke?
kang x jadik kawen kang...
hehehe...

ahleng;
apa barang EX5?

nuruz said...

cpt la beli.. org x sabar nk carik jeket ni.. :p

dellia said...

dh bole join faiz ni.. ehe.

Mim Jamil said...

ksr 7k lebih je..kot
berbanding klx selalunya 9k lebih

lembuapat said...

aku ingat nak angkat jugak sebijik.. buat halau lembu abah aku.. letih weii halau pakai kaki..