20081231

On leave

Hari ini, genap seminggu aku bercuti. Ya, seminggu.
Menghabiskan cuti ganti. Memang indah.
Lagi-lagi tanpa gangguan panggilan telephone dari pejabat.
Aku bebas mengatur jadual ke sana dan ke sini.

Dan esok aku bakal ke Penang. Seperti biasa, last minute plan.
Solo trip.
2 hari tinggal di rumah, tak bekerja. Cukup buat aku rasa tepu.
Aku mula mengatur langkah mahu meninggalkan KL seketika.
Mahu melihat dunia luar yang jauh berbeza.
Sebab mata ini mahu sedikit variasi pandangan nya.

Aku harap esok masih ada last tiket bas untuk aku ke Penang.
Balance-balance tiket yang diborong umat manusia yang tak mahu melepaskan peluang pulang ke kampung sempena cuti awal tahun.

Terima kasih Zaki. Teman serumah semasa sama-sama study di politeknik dulu.
Sebab sudi menjemput aku dan seterusnya menjadi tourist guide secara tak langsung.
Terima kasih juga kerana mengatur pelbagai program walaupun semua nya baru di plan tadi.
Semoga semua ini berjalan lancar.

Ini destinasi bajet. Melihatkan tahap ketebalan dompet dan baki wang dalam account. Ditambah pula dengan bil-bil, sewa rumah yang belum dilunaskan.
Aku perlu berbelanja seminimum mungkin.

Nak kirim buah pala? Cold Storage ada jual. Beli sendiri.


Notakaki: Ini trip merajuk. Bawa diri sebab ditinggalkan Jibam dan kawan-kawan ke Penang tempoh hari.

10 comments:

reza! said...

zaki udin?
kim salam de..
hahaha..

Anonymous said...

jumpe di ipoh nanti,
ipoh mali, ipoh ipoh mali.. =p

Anonymous said...

jangan lupa gi umah urut..
terbaek..

Ikmal Ibrahim said...

huh, bestnye pegi penang!!! semoga bergumbira bro!!!

Anonymous said...

lu latang penang mesti cari saya..saya ade manyak amoi lu boley pilih....ade katalog tau..
mali ha..jgn lupa

Anonymous said...

jumpa mok di tepi lorong restoran line clear.. agak agak line clear tu jangan lupa goda mok.. ingat pesan ye nok..

Anonymous said...

kepada ibu ayam dan anak ayam...
aku bukan jenis yang macam itu...

Toad McFroggy said...

hahahah! mesti best kan? tgk perubahan kat sane..
dah lame dah aku x jejak kaki kat sane.hmm:)

delina said...

agak-agak balek penang nanti merajuk hilang tak?
heheheh
kasi hilang ok?

nasrolist said...

jauh btol ko merajuk
smpi ke penang
moga2 ko cpat sembuh