Minggu lepas hari Jumaat. Aku turun padang. Perlawanan persahabatan menentang pasukan bola sepak dari Komuditi dan Pertanian. Berbekalkan but pinjam size 6 aku gagah kan juga.
But aku masih tersusun kemas di rak kasut tanpa tapak. Masih berkira-kira untuk tukar tapak atau beli but baru.
Mengambil posisi Gary Neville dalam pasukan Manchester United bukan mudah seperti yang disangka. Aku kerap kali dimarah last man pasukan sendiri sebab selalu tersasar dari kawasan “offside trap” seterusnya membolehkan pasukan lawan melakukan percubaan bahaya. Ketiadaan penjaga gol utama yang pulang ke kampung sempena cuti Maulidurrasul sedikit sebanyak membuatkan kami “goyang” kerana terpaksa mempertaruhkan penjaga gol kedua yang sebenarnya bermain untuk posisi lain.
Separuh masa pertama menyaksikan pasukan lawan gagal membolosi gawang pasukan kami dek kerana pertahanan yang kebal. Kami mendahului dengan jaringan 1-0.
***
Benar seperti yang dijangka, kesilapan penjaga gol menangkap kemas sepakan percuma dari pasukan lawan menghukum kami apabila bola “muntah” itu disambar mudah pasukan lawan.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Aku keluar padang dengan kaki kiri yang terhencut-hencut. Terseliuh ketika cuba “mencuri” bola dari kaki lawan.
Sampai di rumah kaki kiri aku mula membengkak. Buku lali dah tak kelihatan.
Kaki kanan pula melecet akibat pakai but yang tak sama size dengan kaki sendiri.
Aku urut kaki dengan minyak gamat.
***
Esok harinya aku sapu kaki kiri yang bengkak dengan minyak panas.
Kaki kanan sapu dengan minyak gamat.
Aku harap bengkak di pergelangan kaki kiri cepat pulih. Tak pulih sepenuhnya pun tak apa.
Asalkan aku boleh berjalan macam biasa. Penat jalan terhencut-hencut.
***
Pagi Ahad, awal subuh aku dah bangun. Aku cek handphone. Ada sms dari Keng.
Damn! Aku missed game MU awal pagi tadi. Aku tak hirau kan sms itu.
Aku ke bilik air, capai tuala dan mandi.
Pukul 2 petang aku sampai di Pantai Bagan Lalang bersama hampir 15 buah basikal yang lain.
Ya, basikal. Aku mengayuh dari Pantai Morib, Banting. Hampir 40km.
Aku tak hiraukan kesakitan pada kaki yang bengkak.
Dah lama aku tinggalkan aktiviti berbasikal ini. Aku rindu. Kaki yang bengkak bukan halangan.
Kelajuan konsisten 20-25 km/J mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke destinasi.
Kadang-kadang aku pecut juga sampai 35 km/J sebab tak boleh handle mengayuh basikal Tuan Penasihat
Kelab Kaki Kayuh yang cukup sempurna itu.
***
Petang Isnin aku kembali ke rumah. Selepas semalaman aku tidur di Pantai Bagan Lalang. Lenguh kaki mengayuh masih terasa. Kelengkang usah cerita. Jalan pun dah macam Man Belon. Aku masuk bilik. Letak bag.
10 minit lepas tuh aku keluar dari bilik sambil tumbuk pintu bilik.
Cilakak punya mesin timbang! Jumaat main bola. Ahad kayuh basikal 40km.
Isnin timbang berat naik 2 kg. Akai ada ka???