20090630

Setahun Yang Lalu

Pagi 30 Jun 2008, sebelum subuh aku pulang ke Johor Bahru untuk pertemuan terakhir dengan seorang sahabat. Dia sedang koma akibat kemalangan jalan raya. Dan doktor yang merawatnya menjangkakan degupan jantungnya akan terhenti pagi esoknya. Kecederaan pada otaknya sangat serius.

***

Sekujur tubuh bernyawa tidak sedarkan diri di atas katil. Sudah hampir 2 hari dia di situ. Berselirat hos-hos menjalar di serata tubuhnya. Aku diam. Begitu juga kawan-kawan lain. Aku tak dapat nafikan perasaan sedih melihatkan keadaannya. Lebih-lebih lagi bila mengetahui ramalan doktor terhadap dirinya.

***

Sebuah mesin di sisinya. Bersebelahan dengan katil. Tinggi rendah degupan jantungya terakam di situ. Hanya mesin itu menjadi petunjuk. Semua yang ada mengharapkan keajaiban. Keajaiban yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan normal seorang manusia. Dan kerana itu lah doktor berani menjangkakan semua ini.

***

Semua mata tertumpu pada mesin di sisinya. Semakin lama degupan jantungnya semakin perlahan. Bagai drama melayu dalam tv. Buat pertama kalinya, aku meratapi pemergian seorang sahabat di depan mata sendiri. Tangisan demi tangisan bersilih ganti.

30 Jun 2008, tepat jam 10.20 pagi, dia pergi untuk selamanya.

Al-Fatihah, Rohad Hidzir Samsudin....


Motor yang dipandu arwah...

20090624

Tip Top Hip Hop?

Kumpulan baru yang bakal menggegarkan arena seni muzik tanah air.
Gua tak nak cakap banyak. Lu orang klik sini.

20090622

Imbas kembali 2006 - Jinggo

Ini kucing bujang peliharaan gua dan rakan serumah masa menyewa kat Tanjong Malim. Nama dia Jinggo. Hobi dia tidur. Bila lapar, memekak satu rumah. Bila kenyang, tidur berdengkur. Banyak kali juga botol hinggap kat kepala dia sebab bising masa orang tidur.






Bila dia tidur, gua tak bagi can. Gua bising-bising sebelah dia.

Notakaki: Gua harap Kambing dan anak-anak, Bro, Kembang (list kucing-kucing gua masa menyewa kat sana dulu) tak kecil hati dengan gua. Lainkali gua up gambar lu orang pula ok?

20090618

Kayuhan Kesas



Setiap rabu malam gua pasti tak ketinggalan turut serta mengayuh di highway Kesas. Bukan runcit-runcit dia punya jarak, 35 km juga. Kayuh kalau reti slow-slow tak apa. Ini dah macam pelumba basikal negara. Semalam rekod terburuk gua sepanjang gua bergelar "Mat Basikal". Gua tak tahu apa yang tak ngam. Kaki rasa lenguh. Badan rasa letih. Basikal rasa berat. Haih... Nak kena upgrade basikal ke?

Notakaki: Untuk report kayuhan semalam, sila klik sini.

20090616

Mat Basikal


Lokasi: Teluk Kemang, Port Dickson (baru sampai dari Pengkalan Balak, Melaka).

Pantang nampak kamera. Nak beraksi saja. Sori brader, gua tak boleh handle gelak. Depan mata gua tu. Nasib baik lu keluar dari semak. Kalau tak keluar?

Notakaki: Amacam perangai brader-brader KL? Sporting tak? Orang muda JB ada perangai macam ni?

20090615

Next Trip



Macam biasa, trip "destinasi bajet" dari gua. Gua harap trip ni berjaya. Ada masa lebih kurang 2 bulan lagi untuk gua berjimat cermat. Sabah apa best?

20090610

Manchester United vs Malaysia XI

"Trutt..Trutt.."

Handphone separa canggih gua berbunyi. Gua tengok skrin. Apa saja kutu ni nak pagi-pagi buta ni. Tak tau ke orang tengah bersarapan pagi waktu berkerja.

"Hello.." cakap gua sopan.

"Weh, lu dah beli tiket MU?" kelam kabut kutu sorang ni.

"Dah... dah lama dah gua beli."

"Bila lu beli?"

"Ada lar 2 minggu lepas. Apa hal?"
tanya gua tenang.

"Lu agak-agak ada lagi tak? Gua terlupa nak beli. Baru teringat. Tiket paling murah berapa ringgit?"

"RM 58..." jawab gua.

"RM 58? Gila mahal??? Chelsea dulu datang tiket RM 30 je."

"Itu Chelsea. Team ayam. Sebab tu murah. Lu kena ingat tu..."

"Hahahaha...Betul juga tu. Nanti kita jumpa kat Old Jalil Trafford ok?"


"Ok......"
jawab gua meleret-leret sambil senyum-senyum.


Notakaki: Gua harap ada sentuhan kecundang dari Shukor Adan sebab gua nak tengok Edwin Van Der Sar terbang. Gua beli tiket paling murah. Belakang tiang gol. Janji dapat tengok MU. Dapat tengok Ryan Giggs angkat corner pun ok.

20090604

Blogger Boy


http://www.bloggerboy.com.my/blog/

Notakaki: Malam ni gua turun futsal lambat sikit. Gua nak tengok blogger boy dulu.

20090601

Imbas Kembali 2002 - Sekolah Menengah Teknik, Segamat


Gua jumpa gambar ni kat myspace member gua. Kalau hebat sangat, cari gua yang mana? Haha...