20091129

Plant Inspection Services

Lebih kurang 2 minggu gua di Paka untuk "kerja luar", akhirnya gua pulang semula ke Kuala Lumpur. Tapi esok gua akan pergi ke Paka semula menyambung semula tugasan yang masih belum selesai. Gua harap cuaca di Paka ok-ok hendaknya. Tercungap-cungap gua mandi pagi tahan sejuk air tangki sebab hujan tak berhenti-henti turun straight 4-5 hari. Itu belum cerita bab banjir lagi. Nasib baik ada van company. Boleh juga buat redah banjir paras betis.

Sepanjang balik ni, sempat juga lah bersosial dengan kawan-kawan dan bermesra dengan family dan makwe.

Hari Raya Haji

Gua tak balik JB macam tahun lepas. Malam raya hati gua jadi sebak bila dengar takbir raya. Gua buat tak tahu. Sambil mulut gua ikut takbir, sambil tangan gua sidai baju. Kalau ikut kan sangat perasaan ni, mahu meleleh air mata jantan gua. Rasa macam tengah belajar dekat UK. Jauh dari keluarga. Tapi buat apa air mata gua nak meleleh kalau mak dengan ayah gua ada dekat rumah Along gua dekat Damansara Damai sana? Mak dengan ayah datang KL sebab sehari lepas Raya Haji nak ke Sabah. Ada undangan perkahwinan. Tapi gua tetap berdegil nak beraya haji kat rumah sewa.

Lepas sembahyang raya, gua dengan Peijan tuju kedai mamak. Kecewa juga gua bila tengok banyak kedai mamak tutup. Tak ada strategi perniagaan langsung. Tapi lepas pusing seround jumpa juga gua kedai mamak yang buka. Lepas pekena teh tarik sama roti telur terus balik sambung tidur.

New Moon

Atas permintaan makwe gua, gua teman dia tengok New Moon walaupun seat kami baris ke-2 dari depan. Sebelah gua awek-awek sekolah yang gua syak tak paham jalan cerita tapi nak tengok Edward Cullen je lebih. Mana tak nya, setiap kali si Edward keluar nak bersorak sambil cakap; "handsomenya...." "comelnya..." Rasa nak pelempang sekor-sekor. Nasib baik dalam wayang gelap, kalau dia perasan ada orang iras-iras Edward Cullen sebelah dia macam mana?

Bertunang

Terkejut juga gua bila dapat invitation dari seorang kawan ke majlis pertunangannya di Selayang pagi tadi. Sempat juga gua datang melawat. Kepada Azri-fi dan pasangan gua ucapkan tahniah. Lainkali cari kasut senonoh sikit boleh? Ada ke nak bertunang pakai kasut Jack Purcell?

Lama tak hang out dengan kawan-kawan. Balik dari majlis tunang Azri-fi terus lepak mamak. Dekat 4 jam juga lah kat sana. Masa kat mamak ni Syimir ada beritahu gua tentang impian dia nak jadi pemain bola sepak. Nak buat "spiky hair" dan nak ada girlfriend artis macam Ayu Raudhah. Sejak dapat score masa ada lawan bola kat UIA hari itu macam-macam impian dia. Kata dia tak sengaja ter"score", nak ambil conner tapi terus goal pula. "Bola pisang" la kata kan...

Terima kasih kepada Jamaliah sebab menaja makan dan minum kami sepanjang keberadaan kami di mamak Kayu Nasi Kandar SS2 sempena meraikan kebebasan diri.

Notakaki: 8hb gua balik. Sudah dulu...

20091113

Kerja Luar

Dekat 5 jam gua drive dari KL. Akhirnya sampai jugak gua kat Paka, Terengganu. Sempat jugak singgah Kemaman pekena sata, otak-otak sama keropok lekor. Esok start kerja sampai raya haji nanti. Gua harap tak ada delay-delay lagi. Gua tak sanggup nak berhari raya haji dekat sini.

Notakaki: Nizam, tolong tengok-tengok kan basikal gua dalam bilik tu.

20091106

Hooligan Nogori

Esok den part time jadi hooligan Nogori. Eden dah stand by molotov cocktail ni. Jangan ingat dio ajo yang buleh main bakar-bakar. Kito pun buleh.


Nota kaki: "Sekali laie den koba an, jangan nak bertinju baling batu sumo. Kawal perasaan masing-masing. FRU dio tak kiro kau tigo line ko, gedebe ko, apo ko..dia main libeh yo cota eh tu..." - j or ji, sokernet

20091104

United 3 - 3 CSKA Moscow

Lebih kurang pukul 4 pagi gua bangun dari tidur. Itu pun lepas 3-4 kali alarm handphone gua berbunyi. Ini semua demi kecintaan gua terhadap team bola kegemaran gua. Tak lain tak bukan MANCHESTER UNITED.

Gua jadi terkejut bila siaran sukan yang gua langgan dari Astro tak siarkan game UNITED menentang CSKA Moscow. Apa bangang pergi ambil live Chelsea lawan Altletico Madrid? Kecewa betul gua.

Sudahnya pagi tadi, gua layan Real Madrid lawan AC Milan. Game agak slow. Ronaldo pun tak ada. Tapi Karim Benzema main cun juga. Sambil-sambil tu gua on www.livescore.com. Usyar-usyar game UNITED sama CSKA Moscow.

Gua leka tengok Real Madrid sama AC Milan. Sampai lupa nak tengok livescore.com. Celaka! Minit 79. Gua tengok UNITED sudah kena 3-1. Panas juga hati gua. Tak tahu nak maki siapa sebab tak dapat tengok game. Jangan-jangan Obertan buat hal lagi. Itu pun kalau dia main la.

Gua on facebook. Gua tengok dah ada kutu yang up status pasal game UNITED pagi-pagi ni. Game pun belum full time dah berani up status menjatuhkan UNITED. Ok, gua paham. Provoke. Takkan gua nak baling kerusi macam fans Arsenal? Lagipun yang up status ni pun memang fans Arsenal.

Pukul 5.30 am lebih kurang. Gua tengok livescore.com. Tersenyum gua sorang-sorang. Laju-laju gua on facebook. Kasi komen 1 kali kat status kutu Arsenal tu. Simple je ayat gua. - "Amacam?"

Notakaki: UNITED memang suka game yang dramatik.

Sekian.

20091101

ECC Nite Ride / 24102009

Minggu lepas gua ade join mountainbike (MTB) jamboree kat Melaka. Gua memang tak pernah ada pengalaman join MTB jamboree. Goyang juga gua nak join masa mula-mula. Lagi-lagi bila tau ini 1st MTB Jamboree kat Malaysia yang buat waktu malam. Tapi sebab gua ada sifat berani mencuba dalam diri, gua join la juga walaupun basikal gua ditahap ala kadar kalau nak dibandingkan dengan basikal orang kebanyakkan.


Muka teruja masa starting.

Gua meletakkan target untuk menjadi 100 pertama yang tiba di garisan penamat. Gua tahu ini adalah mustahil untuk seorang yang baru bergelar "Mat Basikal" macam gua. Tapi sebagai seorang yang berpandangan jauh, gua tetap dengan pendirian gua.

6km pertama nasib tak menyebelahi gua. Gua lupa buang angin pada tayar. Tayar terlalu keras dan melambung-lambung. Akibatnya gua dengan basikal gua masuk gaung masa enak melayan downhill. Nasib baik gua tak apa-apa. Kaki gua je calar balar. Dekat 5 minit gua jerit mintak tolong tapi haram tak ada orang berhenti nak tolong tarik gua dengan basikal gua kat dalam tu. Semua sibuk kejar target agaknya. Tapi nasib menyebelahi gua, bila ada 1 brader yang prihatin berhenti tolong gua. Itu pun takut-takut dia berdiri dekat tebing nak tarik gua dengan basikal gua.

Malam-malam kat kebun sawit mana gua nak cam muka. Gelap. Yang gua ingat brader tu pakai jersey Kedah Jamboree. Lepas ucap terima kasih gua terus tinggalkan brader tu. Kepala otak gua ingat nak capai target saja.

5 check point berjaya gua harung. Gua langsung tak berhenti selama berkayuh sejauh 48km. Berhenti pun masa masuk gaung tu la. Makan pisang pun gua bantai kayuh. Nasib baik urusetia yang jaga check point tu siap kopek kan kulit pisang. Kalau tak susah juga gua nak kayuh sambil kopek kulit pisang. Gua dengar Reza tak merasa nak makan pisang sebab pisang dah habis. Itu lar, siapa suruh kayuh belakang-belakang. Tak ada wawasan langsung.

3 jam meredah kebun sawit, kebun getah, dan juga highway. Akhirnya gua sampai juga di garisan penamat. Dikalungkan dengan medal kemenangan oleh urusetia bertugas kat situ. Masa kat garisan penamat gua tengok ramai juga rider yang dah sampai. Target gua terbarai. Gua dapat no 174 dari 785 peserta yang mendaftar. OK la untuk beginner macam gua. Basikal pun tahap ala kadar.


Kalau gua tahu si hye-hye-bye-bye ni pun ada malam tu, gua sanggup lupakan target gua semata-mata untuk teman kan dia

Notakaki: Penat juga gua tunggu Reza nak sampai finishing. Hahaha