20100623

Nazril Irham

"Boleh tahan la..."
"Panjang jugak..."
"Ini kau cakap panjang???"
"Mana ada panjang, lebih kurang aku punya je..."
"Fuhh..."


Gua jadi berminat nak tahu tentang apa yang mereka borak kan. Bila gua datang dekat, gua nampak yang ramai-ramai tadi tertumpu pada skrin sebuah telefon bimbit. Pada skrin telefon bimbit, gua nampak Nazril Irham atau pun nama glamour nya Ariel Peterpan sedang beraksi. Ok, gua da paham.

Notakaki: Prestasi kayuhan gua menurun malam tadi dipercayai selepas menonton video tersebut.

20100604

Luka Di Tangan Siapa Yang Tahu...

Brader 1 ofis: Kenapa dengan tangan tu?

Gua: Jatuh bang....

Brader 1 ofis: Jatuh motor? Dekat mana?

Gua: Eh, tak lah. Jatuh basikal...

Brader 1 ofis:
Basikal??? (sambil buat muka terkejut)

Gua: Aah. Jatuh basikal.

Brader 1 ofis:
Macam budak kecik nak main-main basikal lagi. (sambil geleng-geleng kepala)

Gua:
(senyum...)

Notakaki: Tak pernah gua nampak budak kecik join Mountainbike Jambori. Nak kena luku kepala?

20100602

Lagenda Budak Setan



Ok, esok cerita ni masuk panggung. Gua ada pasang niat nak pergi tengok. Tapi gua dah lupa macam mana cerita dia. Banyak sangat novel Ahadiat Akashah masa tu. Tajuk Budak Setan saja gua ingat dah ada 1, 2, 3. Lagenda Budak Setan lain pula. Belum cerita Budak Rap lagi. Budak Momok etc, Budak Lomo (lomokids) lain cerita ok. Gua rasa cerita ni biasa-biasa saja, tak sebest macam baca novel. Gua kuat berimaginasi, gua expect yang bukan-bukan. Muka hero pun dah tak sama dengan imaginasi gua. Macam mana? Nasib baik muka heroin ada kena sikit-sikit :)

Notakaki: Lu orang memang tak true kalau tak baca novel ni masa sekolah-sekolah dulu.

20100520

Condition Assessment of HRB 3, GT 3 and ST 4

Hari ni bertolak ke JB. Ada kerja. Seminggu. Cadang nak drive and bawak basikal balik sekali. Tapi bila tengok schedule kerja yang agak pack. Gua batalkan niat. Takut tak ada masa nak kayuh. Balik semula ke KL mungkin Jumaat pagi minggu depan. Sabtu terus ke Ipoh untuk Ipoh MTB Jambori hari ahad. Maknanya seminggu ni gua tak training kayuh, balik KL terus sibuk nak ke Ipoh. Kalau ada masa pun Jumaat malam, itu pun kalau gua rajin. Sebab itu last week gua pulun kayuh tak kaw-kaw. Tak bagi can. Seminggu sampai 4kali keluar mengayuh. Harapnya gua berjaya di Ipoh nanti. Cuba untuk dapat ranking below 100. Tapi kalau seminggu before Jambori tak keluar mengayuh macam mana nak sukses ni?


Jumaat / 14052010 - Join geng Keliwoon Nite Ride, berteduh bawah jambatan sebab hari hujan.


Sabtu / 15052010 - Panjat Gunung Nuang dengan Shahrin.


Ahad / 16052010 - FRIM, Kepong

Gambar minggu lepas, 3 hari straight pulun kayuh. Gila!

20100513

Imbas Kembali 2004 - Flashback On Action


xpiex, xyanx, xbigshitx - main 3 orang je, tak de bassist. Belasah!

Venue: Plaza Seni, JB - sempena festival Thai
Featuring: Din Kambing (guitar solo), Flashxback, Plague of Happiness

Notakaki: Uniform hardcore mak gua basuh. Terpaksa pakai baju kemeja kotak-kotak.

20100510

Juara Liga Perdana Inggeris


1 mata je? tak de hal lar... - Edwin Van de Sar

Semua orang sudah tahu. Chelsea juara liga inggeris tahun ini. Mendahului Manchester United dengan "1 mata" di hadapan. Gua ulang, hanya "1 mata". Sebagai penyokong Manchester United, gua mengaku gua merasa sedikit kecewa. Apatah lagi kekalahan hanya dengan 1 mata. Apa-apa pun, tahniah Chelsea. Tabik hormat kepada Manchester United kerana memberi tentangan, saingan dan cabaran sehingga perlawanan yang terakhir. Glory! Glory! Gua tetap menyokong Manchester United sampai bila-bila walaupun Manchester United berada di tangga terakhir liga.

UNITED!!!