20090408

Gunung Ledang / 28032009

Plan untuk mendaki Gunung Ledang dibuat kurang dari seminggu oleh aku dan Ismi. Kemudian disertai Ayep yang membatalkan niat asalnya untuk pulang ke JB menghadiri kenduri kahwin kawan sekelasnya dulu. Plan ke sana memang pakai belasah saja.
Ada lah aku search internet sikit-sikit dan tanya kawan-kawan yang pergi 5 tahun lepas. Oh lupa, Ayah aku ada kirim parang pendek sebagai persediaan menentang harimau kumbang dan beruang.

28032009 / Sabtu
Plan untuk bertolak pukul 4-5 pagi aku cepatkan kepada pukul 3 pagi sebab aku dan Ismi dah mula rasa bosan. Aku kejutkan Ayep suruh bersiap.

3.30 pagi- Kami mula menyusuri Lebuhraya Utara-Selatan. Aku mengambil tempat pemandu, Ismi sebagai kelindan dan Ayep sambung tidur di bahagian penumpang.
Kami sempat tidur di kawasan rehat Ayer Keroh selama 1 jam sebelum menyambung semula perjalanan dan sampai di pekan Tangkak kira-kira pukul 6.30 pagi.

7.30 pagi-Selepas sarapan kami terus bergerak menuju ke Gunung Ledang Resort.
Tetapi kami terpaksa berpatah balik ke Pintu B (Ledang Lagenda) kerana trek mendaki sudah di ubah dan pendaki dikehendaki mendaftar di Pintu B iaitu di Ledang Lagenda. Ini semua sebab kurang buat research dan tanya pada orang yang pergi sana 5 tahun dulu. Haih...

Kami sedikit terkejut bila dikenakan bayaran total RM 226 untuk sampai ke puncak.
Selain bayaran masuk, insuran, deposit sampah etc semua pendaki diwajibkan membayar RM140 untuk perkhidmatan guider bagi 1 kumpulan. Terus lari bajet. Peruntukan makan mewah-mewah di Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka terus berkurangan.

Kami akur dengan peraturan yang disediakan pihak berwajib walaupun terpaksa membayar dengan muka yang sedikit ketat.


Bergambar kenangan di kaki gunung.

9.00 pagi- Bersiap sedia untuk mendaki. Muka riang bukan main. Langsung tak ada stretching atau senam-senam ringan. Main belasah mendaki. Siap menyanyi lagu “Menuju Puncak” sebagai penaik semangat.

Tak sampai setengah jam mendaki, aku dan Ismi dah mula menunjukkan tanda-tanda orang sesak nafas. Aku syak anak tangga sejauh 300m di kaki gunung puncanya.
Penat lain macam. Macam nak tercabut lutut.


Checkpoint 5 - Sambil nyanyi lagu Cinta Tiga Segi.

Tapi lepas aku dan Ismi muntah “angin” perjalanan menjadi lancar kembali. Nak-nak lepas makan coki-coki. Macam setan semua mendaki. Siap potong team yang start mendaki pukul 7 pagi. Masing-masing mula tinggi hidung.



Ayep dah macam iron man. Tak reti penat. Kalau tak mintak berhenti rehat, memang dia straight jalan sampai puncak.



1.15 petang- Selepas lebih kurang 4 jam mendaki meredah ketebalan hutan Ledang. Akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Ledang. Rasa puas yang teramat sangat. Senyum sampai ke telinga. Cerita aku berlawan dengan harimau kumbang rasanya tak perlu dikomersilkan. Biarlah aku, Ismi, Ayep dan harimau kumbang itu saja yang tahu.


Aku senyum paksa, Ismi langsung dah tak larat nak senyum.

2.15 petang- Selepas menikmati alam ciptaan Tuhan dan makan segala bekalan yang dibawa dengan lahapnya. Kami mula bersiap untuk turun dari puncak. Ismi sudah bersiap sedia. Kelihatan seperti pelari pecut negara. Tetapi satu yang tak diduga terjadi bila lutut kiri aku bermasalah lepas 1 jam turun dari puncak. Sakit lain macam. Terpaksa turun perlahan, banyak berhenti (sapu minyak panas) dan turun secara reverse. Sepanjang perjalanan turun, Ayep menemani aku. Ismi dan Amin dah lama hilang. Main kejar-kejar.

6.00 petang- Kami semua selamat sampai ke kaki gunung. Aku dah rasa macam nak patah kaki. Mungkin sebab tak streching, tak cukup rehat atau tak makan nasik sebelum mendaki. Lepas mandi dan bersiap. Tak cakap banyak terus ke Umbai. Makan ikan bakar.
Makan runcit-runcit saja. Duit peruntukan ikan siakap, ketam, sotong, udang dah bagi kat guider. So malam itu kami cuma oder ikan pari, kerang dan nasi lemak. Telan liur tengok sotong goreng tepung sama ketam masak pedas table sebelah. Cilakak!

12.00 tengah malam- Sampai Sri Kembangan. Nak panjat tangga rumah pun dah tak larat. Jalan dah macam player bola negeri. Terkengkang-kengkang.

14 comments:

nuruz said...

nanti pg jb, nak mintak parang jugak la kat ayah u, nak uat belawan. hiah!

iwa xaqi said...

heheh..kalo tak stretching naik bukit mmg mengeletar lutut mase turun nnt...
rase cam nak tergeliat je kaki..

peijan said...

tak training.. huhu..
ko kim salam tak kat puri gunung ledang bagi pihak aku..

iwa xaqi said...

eh ade puri yeh kat gunung ledang?
ade kedai mamak ke kat puncak tu jual puri???
kekekeke...

reza! said...

gua ahad ni naik gunung panti,
tajaan MMHE sdn bhd.

runcit-runcit je,
mane nak cari kasut cap bowling tu eak?

iezah said...

peijan : PURI satuuuuuuuuuuuu..kasi bungkus..hahaha.. :))

addyaholix said...

aku panjat bukit je. haha!

lembuapat said...

Gua punya muntah lu crita..lu punya muntah apa cita??

nuruz said...

puri ape agaknye eh?? puri tomato ke.. huhuhuhu..

BudAk hijAu said...

perghhhh!!!gile best...

kupaslaroren said...

cargas ko pok..1 hari jer. :D

MOLY said...

aktifnya iyan !
;)

Rajuna said...

kau ni yan
asik merayau je
apa nak jadi?
esok nak sekolah
kerja rumah tak buat lagi!

Najwa_Nie said...

bestnya aktiviti korang...