Equine Park, Sri Kembangan-Putrajaya
Ride Time: 7.00 am
Distance: 32 km (sepatutnya 42 km)
Ride Speed: 25-40 km/h
12km pertama menyaksikan Ayep terpaksa berputih mata. Tapak RD basikalnya patah kerana rantai yang rosak. Kayuhan terhenti di situ. Terpaksa minta Mas Jibek datang menghulurkan bantuan. Mas datang dengan muka ketat kerana tidur paginya diganggu. Maka pulanglah Ayep bersama Mas dengan muka yang agak kelat kerana tersingkir awal.
Basikal rosak, tunggu bantuan tiba.
Aku dan Moqh meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Putrajaya sebelum ke Mamak Double-Trouble precint 9.
Amacam? Ada gaya pelumba basikal negara?
Kayuhan pulang ke Sri Kembangan memang mencabar minda. Matahari dah mula menampakkan diri. Aku kuatkan diri meredah jalan berbukit. Sementara Moqh gigih mengejar di belakang. Perjalanan berbaki 10km. Aku ambil keputusan berehat di bawah fly-over sementara menunggu Moqh sampai.
Suatu tak terduga berlaku. Tayar belakang basikal Moqh pancit. Terpaksa call Ayep pula untuk datang membantu. Tak lama Ayep pun sampai.
***
Moqh bawak kereta lengkap dengan helmet, aku jadi kelindan yang space tempat duduknya dilimitkan dan Ayep terselit di celahan 2 buah basikal bersaiz 16" dan 17” di bahagian penumpang.
Notakaki: Gila apa aku nak sambung kayuh sorang-sorang tengah panas?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
hurmm moqh tak citer pulak tayar pancit hahahah
tabah kan hati mu yan
tunggu gua punye KHS Alite 500.
hehehe
dah keluar baru cerita..
Kasut "New Balen" baru ker
bagus2...
ada gak geng lu nak mengayuh..
teruskan!
semangat kesukanan.
yeay!
blm aper2 tayar dh pancit ker incek buncit aka moqh oi..hahaha..
trip yg best.cool!
cool lah bro!
Post a Comment