Finally, plan ke Sarawak berjalan dengan lancar walaupun trip ini hanya disertai aku dan Syimir sahaja. Trip ke Sarawak ini dah di plan sejak hujung tahun 2008 lagi. Patutnya ada la 2-3 org kutu yang join sekali. Tapi memandangkan kepadatan jadual hidup, seorang demi seorang menarik diri. Itu semua tak mematahkan semangat aku dan Syimir untuk teruskan trip ini, walaupun kami pergi dengan bajet yang sangat rendah. Tiket flight yang hanya RM 90, duit belanja lepas cover duit tempat tidur, makan, tiket-tiket, gambir dan sedikit souvenir.
Trip kali ini memang kami plan agak santai. Tak mahu terkejar ke sana sini. Memandangkan bajet kami yang sangat rendah, kami target untuk pergi 2-3 tempat yang terbaik saja. Aku tak nak trip macam aku di Bali dulu. Terkejar sana sini. Shopping 2 jam terus kena naik van. Nak pergi sana sini. Aku nak relax-relax, lepak di dorm, berkenalan dengan backpackers dari negara luar. Tanya itu ini. Seronok.
Day 1 / 23042009
Flight sepatutnya pukul 9.45 pagi. Tapi delay kepada pukul 10.20 pagi. Aku dan Syimir dah pun tiba di LCCT seawal jam 7.30 pagi.
Akibat mata yang berat menyaksikan kemenangan Manchester United menentang Portsmouth awal pagi tadi.
Perjalanan selama 1 jam 40 minit tak terasa jauhnya sebab aku sambung tidur dalam flight. Mengantuk lain macam. Lebih kurang pukul 12.00 kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Seperti yang dirancang Ququl Izwan akan mengambil kami seterusnya akan menjadi tourist guide sepanjang keberadaan kami di Bumi Kenyalang.
Kami check in di Singgahsana Lodge seperti yang direcommendkan kawan-kawan yang pernah ke sana sebelum ini. Kami decide untuk ambil dorm sebagai tempat tidur. Macam asrama. 1 dorm ada 5 katil double decker. Dengan bayaran RM 30(+breakfast) sehari, aku dan Syimir bersetuju untuk check in di situ. So, kami ditempatkan sebilik dengan 5 orang putih. 2 dari Holland, 2 dari Australia dan seorang lagi aku tak tau dari mana sebab dia banyak buat hal sendiri. Semua ok, saling bertegur sapa dan yang paling penting semua respect and trust each other.
Ini dorm aku. Cubaan melelapkan mata, tapi gagal.
Lepas check in dan berkemas. Ququl bawa kami pergi makan. Aku try oder Bihun Belacan. Nak rasa masakan Sarawak. Tapi, aku tak boleh makan. Tak tertelan. Bihun Belacan nih macam bihun sup lebih kurang bentuk dia. Ada kuah macam sup tapi kuah dia rasa aneh. Lepas tuh ada sambal belacan dan yang paling tak best ada telur warna hitam dengan bau yang sangat tidak best. Aku langsung tak sentuh telur hitam tuh. Telan bihun tuh pun paksa-paksa. Tapi aku tengok table sebelah makan selamba macam tak ada apa-apa. Walau apa pun, Sotong Kangkung kat kedai tuh memang terbaik.
Lepas makan, Ququl bawa kami pusing-pusing sekitar Kuching (port bapok tak terkecuali). Kami bertiga decide untuk memulakan pengembaraan esok harinya. Memandangkan kami yang tak cukup rehat dan mengantuk. Ququl hantar kami bertiga pulang semula ke Singgahsana. Kononnya nak rehat-rehat, tapi tak sampai setengah jam kami dah keluar semula. Kedudukan Singgahsana Lodge yang berada di tengah-tengah bandar Kuching memudahkan kami untuk berjalan-jalan. Petang itu, aku dan Syimir berjalan ke deretan kedai belakang Singgahsana, ke Kuching Waterfront, dan shopping complex terdekat untuk beli towel (aku tertinggal) dan barang keperluan lain.
Sekitar Kuching Waterfront.
Amacam? Berani? Kepala dalam mulut buaya tuh.
Malam itu, Siddiq (kawan Syimir) bawa kami makan di Raja Ayam Penyet. Aku tak tahu kat mana. Tapi kedai ini memang top kat Kuching. Hari pertama yang sangat santai. Aku suka. Esok kami plan nak ke Jongs Crocodile Farm melawat Bujang Senang yang dah tinggal rangka.
Raja Ayam Penyet. Ramai bapok jadi waiter kat sini.
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
rindunye singgahsana! huuuu..
adakah gmbr tuh buaya yg diwar-warkan???adehhhhh
smpai skrg, souvenir yg di katekn seprais tu masih tidak di terime.. haih.. sepraisnyeee lah.. huuu...
terbaik! trip ini memang terbaik! aku dari tak nak amik gambar tgk2 memory card dah nak full...hahaha
Aku gi dulu pun tokleh nak makan makanan kat Sarawak.. but, nak tanak kena lah telan demi nak hidup :D
delia;
gambar korang still ade lg...
apa yg korang tules pun still ade lg...
kalau ikut hati kitorang nak je kopek gambar korang...
hehehe....
yanasaja;
owh...
tentunya bukan...
nantikan episod berikutnya...
nuruz;
sumpit dan cawat dayak...
nnti ambil ya...
syimir;
ckp lebih!
jap lg ke hulur ke hilir usung kamera...
azie;
bihun sarawak je kot yg aneh...
yang lain2 aku ok...
mee kolok, laksa s'wak, etc...
weh, kalau bukan. lu siap lu.. lu yang gua buat cawat kang.. gua sumpit2 lu.. lu tunggu je.
khucing ke kuching?
ha..btol2..mmg ramai bapok keje kt cni.hehe
ey,mkn mee belacan kt kdai cina he?
Post a Comment