20090422

UNITEN (Harta) 2 - 1 TNB Research

Ketinggalan 1-0 membuatkan semua pemain TNB Research bersungguh-sungguh cuba membuat jaringan. Banyak percubaan bahaya dilakukan tapi dapat dipatahkan penjaga gol pihak lawan. Kurang 10 minit sebelum permainan tamat, TNB Research dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran dari pertahanan pihak lawan. Mungkin tekanan dari percubaan yang bertubi-tubi dari pasukan TNB Research. Ini sahaja peluang untuk menyamakan kedudukan.

Semua berdiri di luar kotak penalti dengan penuh berdebar. Borhan pusing-pusing bola tiru gaya pemain amatur Liga Inggeris bila hendak ambil sepakan penalti. Muka Borhan penuh keyakinan. Wisel berbunyi. Deras Borhan berlari membuat rembatan dengan kaki kanannya. Dan.....

***

Borhan pusing belakang tengok kawan sepasukan. Semua mata tepat memandang ke arahnya.

"Relax lah, Berbatov pun sepak penalti tak masuk....
Inikan pulak aku, Borhan....."

Setengah padang gua berlari mendapatkan Borhan. Gua terajang perut Borhan 2 kali. Gua siku muka dia sekali. Borhan terus pengsan. Gua tak marah Borhan sebab tak dapat score penalti. Tapi kenapa mesti dia kaitkan dengan pasukan kegemaran gua? Dia tak tahu ke dada kiri gua ade permanent tattoo lambang Manchester United?

3 comments:

~vee~ said...

HAHAHAH Lawak la Borhan tu! boleh plak nk sama kan dia dgn Berbatov. kuku kaki pn blm tentu sama.

nuruz said...

gile penipu ade tatoo.. tpu dose cik abg oi..

Liyana said...

hehehe...lawak gilo.mengong neh.