20090130

Aku, Dia & Volkswagen / Part 2


Gambar ini menceritakan segalanya...

Notakaki: Beetle aku dah punya teman...

20090128

Sepetang berborak bersama bapak saya... / Part 2

Perbualan ini dirakam ketika dalam perjalanan ke bengkel kereta. Kereta bapak aku problem apa entah. Nak panggil pomen Autoslave jauh sangat. So, hantar kereta kat bengkel Jalan Tampoi je.

Bapak saya: Bila pergi Bali?
Saya: Bulan 2 nanti. Tengah bulan.
Bapak saya: Ramai?
Saya: 6 orang je.
Bapak saya: Banyak bawak duit belanja?
Saya: Seribu duit sini.
Bapak saya: Seribu je?
Saya: Aah. Kenapa?
Bapak saya: Mana nak cukup. Kurang-kurang kena ada 3 ribu. Baru sedap belanja.
Saya: Erk???

Aku syak bapak aku lupa yang aku kerja jadi tester je kat TNB Research tu.
Terus aku diam sepanjang perjalanan ke bengkel.
5 minit lepas tu kami sampai betul-betul depan bengkel.


Bapak saya: Nanti kat sana jangan lupa belikan baju Hard Rock Cafe Bali. Size XL eh.


Bapak aku berlalu meninggalkan aku yang terpinga buat-buat tak paham.
Agak-agak masih ada harapan tak aku nak beli sun glasses Oakley kat sana?

20090123

Sepetang bersama Baharom ...


Semalam aku meluangkan masa beriadah bersama Baharom.
Melayan trail MTB di percint 5, Putrajaya. Ini kali ke-2 kami ke sana.
Tapi semalam nasib Baharom tak berapa baik.
Baharom jatuh menyembah bumi ketika sedang enak melayan downhill.
Meleleh darah keluar dari dalam mulut. Terjuih bibir Baharom. Bengkak.
Tangan kiri menggigil sakit. Kami terus pulang.

Aku hantar Baharom ke klinik kerajaan. Ramai orang.
Baharom ajak pulang. Dia cakap dia ok.

Baharom nampak tenang.
Siap minta aku pasangkan lagu "Killuer Calculateur" masa dalam kereta.
Tanda dia sudah OK. Mungkin.

Malam semalam Baharom sms. Terus aku senyap.

"Gua kena xray kat hospital skang nih"
"Tangan kiri saspek patah..."



Baharom minta diambil gambarnya.

Notakaki: Baharom budak sekolah. Mampus aku nak jawap dengan mak dia.

20090122

Aku, Dia & Volkswagen

Petikan sms dari handphone murah aku;

"U...Combi dengan Beetle mana lagi best?" Sms mengejut dari si dia. Bosan barangkali.

"Combi la…" Aku reply seringkas mungkin.

"Combi ke?" Dia tanya aku.

"Aah lar... "

"Alar..." Dia pun reply ringkas. Aku jadi pelik.

"Kenapa ni?" Tanya aku.

"I da belikan u Beetle...."

"Hah?" Buat-buat terkejut.
"I tak kisah. I terima je. Besi ke plastik?" Hahaha.... Demand. Macam haram!


It just a toy!

Notakaki: Kepada kawan-kawan yang selalu datang rumah, masuk bilik aku jangan lupa cakap "OFF", kang lebam dahi jangan cakap aku tak beritahu.

20090119

Smile! Polaroid is saved!

"A businessman plans to rescue the abandoned format for the sake of art."-Emily Dugan


Klik.


Aku harap ini bukan cakap kosong.
Ber"ekprimentasi" dengan film polaroid yang expired pun dah buat aku tersenyum puas. Apa lagi dengan film fresh?
Pasti sampai ke telinga aku senyum. Harap ini jadi kenyataan.
Selamatkan Polaroid!






Polaroid Supercolor 635CL / Expired October 2008

Tape Fest 09 / Noisy Studio, Ampang / 18012009

Naik motor. Panas terik.
Sorang-sorang. Tak punya kawan.
Tak berduit. Gig start lambat.
Tapi AKU PUAS...

20090116

Lane Sembilan


LC-A / Velvia 50

“Semua sekali RM 18. Kasut ambil kat sana ya…”

Aku keluarkan RM 50 dari dompet usang. Perlahan aku serahkan pada akak cashier.
Dia pulangkan baki dan resit. Fadhli dan Hafiz dah lama tunggu depan kaunter kasut.

“Lane 9 ya…”
“Ok…”

Aku ke kaunter kasut. Ambil kasut terus ke lane 9.
Hari ini, pusat bowling kat Alamanda ni tak ramai orang. Ada lar 4-5 lane yang ada orang guna.
Tak tahu kenapa. Pusat bowling pun kena boikot juga ke?

Hafiz set nama pada mesin. Fadhli sebuk cari bola.
Aku sebuk pakai kasut kat hujung-hujung kerusi. Sorok-sorok pakai sebab tak bawa stokin.
Semua dah bersedia. Nama Fadhli berkelip-kelip. Tanda dia orang pertama yang akan buat balingan.

Bola size 12 jadi pilihan. Dihayun bola bowling sekuat hati.
Bersepah pin jatuh. Tapi sayang tak semua pin dapat dijatuhkan.

Aku dan Hafiz senyum. Tanda gembira.

Fadhli geleng kepala.
Bersedia untuk balingan yang ke-2. Dengan harapan dapat spare.
Tak lama lepas tuh dia letak bola balik. Apsal pulak ni?

Aku tengok pin yang bersepah tadi terus bersepah.
Point pada skrin pun tak keluar. Duhh... Rosak lar ni.
Fadhli da nak panggil brader yang kerja situh.
Aku sibuk belek-belek mesin.

Hafiz bersuara tiba-tiba…

“Lane 9 lar weh!”

Fadhli gelak-gelak. Slumber dia baling kat lane 10 tadi.
Nasib baik tak panggil brader kerja situ. Buat malu je.

Notakaki: Aku kalah tipis. Haram!

20090114

Pengembaraan Dunia Luar - Part 1

Day 1 / 31 December 2008

Aku bangun seawal jam 9 pagi. Kerja-kerja mengemas bag dah aku selesaikan sebelum tidur lagi. Bersiap lebih kurang.
Pukul 10 aku keluar dari rumah menuju ke Puduraya.
Bawa motor sehabis relax. Tak ada apa-apa yang nak aku kejar kan.
Lagi pun aku target untuk naik bas tengah hari.

Baru suku perjalanan, motorsikal berkuasa rendah aku buat hal masa mendaki bukit betul-betul depan South City Plaza.
Engine tiba-tiba mati tak bernyawa. Cubaan untuk menghidupkan engine berkali-kali gagal. Aku tolak motor ke bahu jalan. Buat-buat cool walaupun masa tuh panas terik.
Tak tahu nak buat apa. Nak hisap rokok, aku bukan perokok tegar. Nak main psp, aku belum beli lagi.
Masa nih, aku dah mula syak ada pihak-pihak yang cuba sabotaj solo trip aku nih.
Bukan aku tak nak ajak korang. Ini plan last minute. Aku pun tak tau siapa yang available waktu tuh.

Jambatan Pulau Pinang dah makin kabur dalam ingatan aku. Lirik lagu boria anak tanjung terus hilang. Lupa tiba-tiba. Padahal baru kejap tadi aku nyanyi masa bawa motorsikal berkuasa rendah aku.

Aku keluarkan handphone dari poket seluar. Mahu text Zaki. Beritahu tentang kegagalan trip aku ke Penang akibat motorsikal berkuasa rendah aku bikin hal. Haih...
Aku pasrah dengan apa yang terjadi. Baru 2 hari lepas aku hantar buat top overhaul. Dah rosak balik
Laju jari jemari menaip message. Tapi tak sampai hati nak tekan button “send” pada handphone.
Aku bagi peluang terakhir pada motorsikal berkuasa rendah aku. Aku usap-usap kepala dia. Bismillah aku lafazkan dan hasil nya memberangsangkan.
Engine motor hidup. Aku menunggang laju menuju ke Puduraya. Lagu boria anak tanjung kian kedengaran….

Sampai Puduraya terus lincah cari tiket ke Penang. Sebagai langkah keselamatan aku tak layan dan tak beli tiket dengan ulat. Aku pilih untuk naik Bus Ekspres Konsortium.
Sebab rekabentuk bus nya yang unik. Macam ulat gonggok pun ada kadang-kadang aku tengok. Tiket KL – Penang RM 35.90.

Tiket bus pukul 1230. Aku masih ada lagi masa hampir 1 jam. Aku isi masa terluang tuh untuk mengisi perut yang kosong. Sebelum naik bus, aku beli coke dan roti. Sebagai bekalan. Takut-takut lapar dalam bus. Maklumlah, perjalanan jauh. Hampir 400 km.


Suasana dalam bus sebelum bergerak ke Penang.

Perjalan bermula. 6 jam dalam bus cukup buat aku jadi tepu. Membosankan….

Sampai Bus Stand Sg. Nibong pukul 6.30 petang. Zaki dah janji untuk jemput aku.
Tak lama lepas tuh dia sampai. Terus dia bawak aku lepak tepi laut Queensbay.
Aku teman dia hisap rokok. View agak menarik. Nampak Penang bridge, nampak Pulau Jerjak. Tapi sayang hari dah semakin gelap. Tak dapat nak merakamkan apa-apa kenangan. Kamera berkuasa rendah aku tak mampu berbuat apa-apa. Lepas lepak-lepak tepi laut, masuk Queensbay Mall. Jalan-jalan, pusing-pusing, makan dan balik.

Badan terasa letih dan sengal-sengal. Mungkin sebab agak lama duduk dalam bus.
Lepas mandi aku relax baring-baring depan tv. Zaki macam biasa. Masih dengan tabiat lama. Busy dengan anime Japan nya.

Lepak-lepak lebih kurang. Kami bersiap untuk agenda seterusnya. Macam tak percaya pulak aku keluar malam tahun baru. Ini jarang-jarang berlaku.
Kebetulan abang Zaki nak datang dari kampung (Parit Buntar) bawa isteri dan mak nya jalan-jalan Pesta Pulau Pinang. So, malam tuh aku jalan-jalan pesta bersama-sama dengan family Zaki.

Sedikit info tentang Pesta Pulau Pinang:

Venue: Pesta Site, Sungai Nibong
Organizer: Penang State Government
Admission fees: RM3 (Adult), RM1 (Children 7~12 years old)
Special highlights: Nightly concert featuring local artists A month-long fun fairs of 160 stores with rides, games and a trade exhibition to cater for the whole family.
……………………………………………………………………………………………

Biasalah, kalau da namanya pesta mestilah ramai orang. Lagi la malam last.
Ada XPDC pulak tuh. Aku tengok sana sini orang angkut tikar. Tikar murah kot malam nih.
Aku jalan menuruti banjiran manusia. Macam-macam manusia ada.
Semua tak mau terlepas nak berpesta.
Tak ada apa-apa pun yang menarik perhatian aku.
XPDC? Aku berhenti sekejap depan tapak konsert.
Nampak la XPDC tengah perform sebesar batang cungkil gigi. Orang punya la ramai.
Zaki pun tak ada mood nak layan XPDC. Kitorang pergi ke tapak fun fair.
Hati aku sedikit berbunga. Aku keluarkan LC-A dari kocek seluar……




Light Trail.

Pukul 1 pagi kami keluar dari tapak pesta. Tahun 2009 dah pun menjelma.
Entah bila pukul 12 aku pun tak sedar. Leka bermain “light trail”.
On the way balik singgah mamak makan nasi lemak. Lepas tuh terus balik dan tido.
Esok pagi Zaki plan dengan ofismate nya nak bawak aku pergi Bukit Merah Lake Town Resort.
Zzz….


Day 2 / 1 January 2009


Bangun lambat. Itu pun lepas dikejutkan Mawi dan Kerol Mamu yang dah lama siap.
Siap lebih kurang terus pergi ambil Mawi dan Kerol Mamu.
Lebih kurang pukul 10 kami bergerak meninggalkan Penang. Perjalanan dari Penang ke Bukit Merah cuma memakan masa lebih kurang 1 jam. Jalan pun ok. Tak sesak.
Mungkin banyak manusia masih lagi sedang enak tidur sebab balik lambat meraikan tahun baru awal pagi tadi.
Aku gelak bila tengok Mawi dengan Kerol Mamu pakai seat belt duduk kat belakang.
Macam haram!

Lebih kurang pukul 11 lebih kami sampai di hadapan Bukit Merah Lake Town Resort.
Aku ingat aku sorang je yang tak pernah sampai sini. Rupa-rupanya semua tak pernah sampai.
Terus ke kaunter tiket. Kami semua sepakat beli combo tiket yang berharga RM 47. Combo tiket nih include trip pergi Pulau Orang Utan, pergi Eco-Park, naik chair lift dan mandi manda.
Aku memang sangat teruja sebab sebelum nih tengok Bukit Merah Lake Town Resort dekat drama-drama melayu. Ingat kan best sangat. Tapi biasa-biasa.
Kami decide untuk ke Pulau Orang Utan dulu. Naik bot dari jeti Bukit Merah Lake Town nak ke Pulau Orang Utan dalam 15 minit. Bot datang setiap setengah jam.




Sekitar Jeti ke Pulau Orang Utan.

Pulau Orang Utan nih ada 23 ekor orang hutan pelbagai umur. Pulau nih ada satu laluan lebih kurang macam terowong untuk pengunjung lalu. Nanti nampak lar orang utan tengah lepak-lepak makan epal. Lepas tuh kang nampak la dia bergayut-gayut kat tali. Macam tu la lebih kurang. Tak berapa nak menarik perhatian aku.
Lepas da bosan tengok orang utan. Kami naik bot menuju ke Eco-Park.


Dalam bot.

Eco-Park ni mini zoo la lebih kurang. Ada binatang-binatang kat dalam dia.
Binatang dia pagar lebih kurang je. Buatnya buaya keluar baru dia tau.
Binatang kat sini boleh tahan aktif. Pantang nampak orang. Mula la nak berenang, nak nganga mulut, nak kembang ekor, nak tepuk dada. Macam-macam fiil la.
Hajat nak tengok “Animal Show” tak kesampaian. Animal Show start pukul 2. Sekarang baru nak pukul 1. Pukul berapa nak mandi?

Kami bergerak ke tempat mandi manda dengan chair lift. Gila jakun!
Chair lift ni akan lalu atas tempat mandi manda. Nampak la orang tengah mandi. Terkinja sana sini.


Chair Lift.

Dari atas chair lift.


Lebih kurang 15 minit kami sampai tempat yang dituju. Masing-masing dah tak sabar.
Mawi nak main gelongsor air yang tinggi-tinggi. Zaki pun sama.
Kerol Mamu nak sewa pelampung besar. Nak pusing satu tempat mandi ni kata nya.
Aku? Aku tengok diorang mandi je la kot.
Sebab aku tak bawak seluar mandi. He…
Nasib baik la Kerol Mamu bawak seluar lebih. Dia pakai track suit. Dia bagi aku seluar pendek. Dia kata seluar adik perempuan dia. Patut lar aku rasa geli-geli.
Malas nak cakap banyak. Simpan barang dalam locker. Terus pergi terjah.
Awal-awal terus nak terjah gelongsor air. Gelongsor yang paling tinggi pilihan hati.
Boleh tahan juga dia punya panjang beratur.
Tapi bila dah sampai turn kitorang, Kerol Mamu sangkut. Tak boleh “menggelongsor” atas alasan pakai track suit. Zaki pun sama. Short dia ada butang kat belakang.
Aku serba salah dengan Kerol Mamu. Dah lar aku pakai short yang dia bawak.
Nasib baik dia ok. Dia turun bawah tunggu kami kat bawah.
Zaki slumber bukak seluar, terbalikkan seluar biarkan bahagian butang tuh kat dalam. Tak boleh nak cakap apa orang yang jaga tu. Maka kami bertiga meggelongsor lar dalam terowong gelongsor air tu.
Kesian Kerol Mamu. Aku ambil hati dia ajak main gelongsor air yang guna pelampung tu. Yang sekali naik 2 orang tu. Dia senyum…

Terus terang aku cakap tempat mandi Bukit Merah Lake Town ni tak la sebest mana pun.
Baik pergi mandi air terjun kat Ulu Yam. Baru seringgit je bayar.
Tapi tu lar kan, kalau kita tak pergi, cemana kita nak tau. So, bila aku dah tau nih tak ada lar aku nak pasang cita-cita jejak sini lagi.

Semua dah buat muka. Tanda bosan. Perut pun dah mula lapar.
Kalau ada roti arab mesti sedap nih! Tapi sayang roti arab Kerol Mamu sangkut kat security masa nak masuk tadi. Saja buat tak nampak signboard “no outside food allowed”.
Hari pun dah petang, kami decide untuk pulang dan makan nasi beriyani kat Penang.
Sebelum balik sekali lagi naik chair lift kasi lepas gian. He…


Sebelum pulang.


Camera : Lomo Compact Automat
Film : Agfa CT
Develop: X-Process



Bersambung…..

20090112

TNB Research vs Petronas Research

Atas dasar tanggungjawab pada syarikat tempat aku bekerja, akhirnya aku turun padang Jumaat lepas.
Ini kali pertama aku bermain untuk skuad TNBR FC setelah hampir 2 tahun aku bekerja di TNB Research.
Last bermain bola padang waktu karnival asrama masa sekolah teknik dulu.
Boleh tahan dia punya lama.

Sebelum nih aku sekadar duduk di tepi padang atau langsung tak datang dengan memberi alasan yang "relevan" pada skuad bola sepak TNBR FC.
Walaupun team aku kalah tipis, aku tetap puas hati dengan corak permainan aku pada petang tuh.
Semuanya masih seperti dulu. Control, crossing, dribbling, heading, passing, tackling sampai 2 2 tapak but tanggal pun aku tak perasan.
Apa cerita but bola baru beli da tanggal tapak? 2 2 belah pulak tuh!


Notakaki: Alasan paling "relevan" pernah aku kasik; nak balik cepat sebab nak tengok Manjalara. Amacam? Best tak alasan?

Emelda Rosmila bersama peminatnya.

20090111

Derita Palestin

Bumi Palestin disalut kegelapan
Bukan malam, bukan hujan
Tapi kegelapan pada hati setiap penghuninya
Yang sering bertanya
Di mana keperimanusiaan?
Di mana letaknya kebenaran?
Di mana hilangnya keadilan?
Dapatkah mereka kecapi keamanan dan kedamaian yang sentiasa diidam-idamkan?
Dapatkah kita hapuskan perbalahan?
Dapatkah kita lenyapkan persengketaan?

Hentikanlah!
Peperangan dan penyeksaan
Tidak kasihkah engkau?
Kepada insan-insan kerdil yang ingin belajar erti kehidupan
Jangan kau teruskan
Jangan kau siarkan penderaan dan penderitaan

Bumi Palestin semakin malap
Penghuninya dihujani kekejaman dan keganasan
Kerana sikap angkuh dan tamak Sang Durjana
Yang tak berperasaan
Cuba membuat kepalsuandan kejahatan
Untuk mengaburi mata dunia
Untuk kepentingan semata-mata
Kini...
Ternoda sudah erti kedamaian dan keamanan

Dan mungkinkah ia berubah menjadi menjadi bumi yang penuh dengan tawa riang dan riuh rendah?
Dapatkah kita hapuskan penjajah durhaka itu?
Siapa tahu?
Hanya satu teka-teki yang terjawab lagi
Sedarkah kita sebagai penduduk dunia?
Mareka perlukan bantuan kita yang bernama MANUSIA.
......................................................................................................................................................

Aku ambil puisi nih dari zine Cronically Donut #12 / Disember 2002.
Isu Palestin bukan isu baru. Masa aku menulis semua di atas, aku masih lagi bersekolah.
Menuntut di tingkatan 5.
Dah 6 tahun aku menulis semua ini.
Tapi kekejaman Israel terhadap Palestin masih belum berhenti.
Aku sendiri tak pasti bila semua ini akan berakhir?
Aku bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka.
Tapi apa daya aku?

20090108

Teka-teki

Bunyi R2D2 kedengaran. Memecah kesunyian Lebuh Raya Karak.
Tanda ada message masuk. Aku bukak inbox.
Hmmm....

From : Syimir
Teka teki : manis tapi boleh gak masam, lubang tapi tak dalam tak cetek,
mungkin 0 mungkin zero, mahal tapi still ada yang murah...
apa dia? -Aku bosan nie ....


Aku memang malas nak layan kes-kes macam nih. Korang tolong jawap kan untuk aku.
Kesian dia.

----------------------------------------------------------------------------------

Kemaskini (08/01/2009, 1506):

Finally, Syimir reply message aku.

From : Syimir
Aparaalu..donat la..kalo lu beli kat Dunkin Donut kan mahal,
beli kat mak cik tepi jalan kan murah...


Donat jawapan nya. Ada ke gula-gula cincin? Rendah betul IQ.

20090106

Sepetang berborak bersama bapak saya…

Bapak saya : Cerita apa nih?
Saya : Ntah. Cerita P. Ramlee. 3 Abdol kot?
Bapak saya : Betul lar nih. 3 Abdol.
Saya : Owh…
Bapak saya : Dah lama start?
Saya : Baru jek...

Suasana menjadi sunyi sepi.
Masing-masing fokus pada televisyen 21 inchi yang berusia lebih 10 tahun itu.

Saya : Eh? Nih bukan Hang Kebun ke?
Bapak saya : Hang Kebun lar tuh. Yang dalam cerita Seniman Bujang Lapuk.
Saya : Aah lar. Dalam cerita nih pun dia berlakon jugak?
Bapak saya : Cerita P. Ramlee nih pusing-pusing pelakon nya sama je.
Saya : Ye ke?
Bapak saya : Aah. Pelakon dulu makan gaji. Cukup bulan baru dapat gaji. Bukan macam pelakon sekarang. Tuh yang P.Ramlee tak kaya.
Saya : P. Ramlee tak kaya ke dulu ?
Bapak saya : Mana ada kaya….

p/s: Betul ke P.Ramlee tak kaya dulu-dulu? Ke bapak aku jelous dengan P.Ramlee? Aku mula curiga…

Coming soon....


Gambar solo trip 3tahun lepas...


Kisah pengembaraan aku ke dunia luar akan aku komersilkan dalam blog ini tak lama lagi.
Sekarang tak punya masa nak menulis. Sibuk dengan tugasan di tempat kerja setelah 12 hari bercuti (termasuk cuti-cuti Am). Ikuti kisah pengembaraan aku ke dunia luar pada entry-entry akan datang.

20090102

Apa nak dikata

Zaki : Malam nih apa program? Malam tahun baru nih.
Aku : Mana aku tahu. Aku ikut je. Aku bukan orang Penang. He...
Zaki : Member aku ajak pi Pesta. Sebelah bus stand tuh.
Aku : Patut ar orang ramai kat situ tadi.
Zaki : Malam nih malam last. Ada XPDC. Kita layan XPDC ar malam nih.
Aku : Hah? XPDC?
Zaki : Aah.XPDC.Kau ok tak?
Aku : Erk? Ok. Aku ok jek.

Aku diam seribu bahasa dalam kereta.
Sambil-sambil ingat nama penyanyi kumpulan XPDC.
Ali ke Mael weh?