20101220
Adidas Han Solo 77
Brader kerja Adidas tu layan baik sangat. Tak sampai hati rasanya tak beli. Kecik pulak hati dia karang :)
20101206
Bernam Jaya Mountainbike Jamboree 2010
20101129
20101122
Where are you riding this weekend?
Tajuk di atas adalah merujuk kepada weekend minggu lepas.
Seminggu selepas participate PCP Race (4 laps) di Putrajaya. Gua jadi malas semacam. Bukan sebab kecewa tak menang race itu hari. Tapi konon-konon nya nak rehat lama sikit lepas terseksa masa race tu. Sudahnya dekat seminggu juga basikal gua tersadai dekat rumah.
Gua letak lah sekeping gambar masa race itu hari. Masa ni gua baru complete lap yang pertama. Macam nak give up rasanya. Pengalaman pertama race pukul 2 petang. Matahari tegak atas kepala. Pengalaman pertama juga race bersama champion Malaysia, Shahrin Amir selain Effendy Rosli bekas pelumba basikal negara.
***
Semalam gua ride tempat baru. Ladang sawit Bangi. Itu pun lepas Pak Din up status dekat fb ajak ride. Sebab dah dekat seminggu tak ride, gua rajin kan diri. Tak sangka pula ramai yang join.
Kiri sekali = Pak Din. Sebaya ayah gua rasanya. Kuat juga mengayuh.
Sebelum kayuh Pak Din kata kayuh santai-santai je. 20 km. Bukit pun landai-landai. Semua pun senyum. Pak Din pun senyum. Tapi lepas 7-8km gua dah tak rasa santai lagi.
Complete Pak Din bagi. Bukit, single trail, sungai etc. Macam masuk jambori pulak. Sebab gua tengok Pak Din steady, gua pun buat-buat steady. Senyum. Memang orgasm trail nih. Sabtu ni ada yang nak repeat lagi katanya. Gua on!
Notakaki: Masa tengah berhenti rehat kat dalam sawit ni, topik perut boroi tekong skuad takraw Malaysia tak terkecuali dari perbualan.

20101029
Untuk Hanis Zalikha
Saya minta maaf. Mungkin bukan jodoh kita. Semoga awak dipertemukan dengan orang yang lebih baik dari saya. Kalau sudi, jemput lah datang majlis saya esok ya... :(
20101021
Band Reza Ramli
Amacam? True tak Reza Ramli dengan Maikemikelromen? Kah..kah..kah..
Notakaki: Video 5tahun dulu. Gua perasan satu perkara. Vocal Mael tak ada perubahan. Kah..kah..
20101020
Separuh Akhir Pertama
20101015
Band Favourite Reza Ramli
Reza memang true Maikemikelromen. Pergi kelas siap pakai kemeja hitam sama tie merah. Kah..kah...
20101008
Badger Malaysia
Elok lah gua kerja TNB. Kalau tengok video ni, memang tak ada masa depan la kalau gua teruskan niat nak jadi model. Hahaha...
20101005
4-4-2
Masa gua tengah sibuk nak keluar dari Stadium of Light, Sunderland. Datang seorang tak dikenali menghampiri gua. Senyum dan salam. Dia cakap dia wartawan dari majalah empat-empat-dua. Nak interview gua ringkas-ringkas. Dia minta gua ulas sikit pasal game tadi. Game Manchester United dengan Sunderland. Gua pun cakap ok.
Wartawan: Apa pandangan saudara tentang perlawanan tadi.?
Gua: Boleh tahan kuat juga Sunderland.
Wartawan: MU sekarang ni asyik seri je. Bila nak menang? Dengan Sunderland pun tak boleh makan ke?
Gua: Lantak la sana. Janji point gua kat fantasy football ok. Ok la bye.
***
Balik rumah gua on laptop. Buka fantasy football. Laju-laju gua letak Darren Bent foward untuk team gua.

20100928
20100915
Aidilfitri 2010
Raya tahun ni gua cuti tak lama. Raya ke-5 gua dah kena balik ke Kuala Lumpur. Raya ke-6 dah nak kena pergi outstation ke Paka, Terengganu. Gua rasa kira ok la pagi raya dapat berhari raya dengan family daripada kawan-kawan yang tak dapat cuti raya langsung (Reza) atau raya ke-5 baru nak balik Ulu Tiram (Atok).
Sebab masa tak berapa nak ada. Raya tahun ni gua lagi banyak beraya rumah saudara mara dari rumah kawan-kawan. Cukuplah gua beraya dengan kawan-kawan dekat mamak tiap-tiap malam. Macam-macam topik gua bual. Dari topik Sosilawati membawa ke topik barangan tiruan di Uptown dan Downtown.
Tapi yang paling tak best, pagi tadi ada kawan sms. Tanya alamat laman sesawang porno yang jadi topik kat mamak hari tu.

20100904
Gambar Purba & Reunion
Siapa sangka sekeping gambar kelas separa purba tahun 1996 yang diletakkan Mael Katak di laman sosial facebook mampu mengumpulkan kembali hampir seluruh manusia yang ada dalam gambar. Bermula dengan borak-borak kosong sehinggalah tercipta idea untuk reunion hari raya nanti. Semua excited nak jumpa. Maklum saja lah dah lama tak berjumpa.
Mengikut tinjaun gua pada facebook masing-masing dalam gambar. Boleh tahan ramai juga yang dah kahwin. Terutamanya yang perempuan. Ini gua tengok berdasarkan status dan gambar pada album. Yang mengandung ada sorang. Yang sakit tenat ada sorang. Tak kurang juga ada yang dah menjanda. Ini gua tak tipu. Gua dapat info dari sumber yang boleh dipercayai.
So, lepas masing-masing dah berbincang sehingga notification facebook gua hampir jejak angka 3000. Maka sebulat suara telah memilih tarikh 16 September 2010 ataupun raya ke-7 atau Hari Malaysia sebagai tarikh reunion. Memang cun. Gua memang cadang nak cuti lama. Nak perabih cuti tahun gua yang berbaki 25hari setengah. Itu pun kalau bos kecik luluskan permohonan gua nak cuti sebulan lebih.
***
Gua ada meeting tergempar. Bos kecik minta gua kumpulkan semua.
Meeting ringkas lebih kurang 20minit. Sebelum habis meeting bos kecik ada tinggal pesan; "Jangan lupa raya ke-6 tau, takut ada yang terlajak cuti pula nanti...."
***
Gambar purba makin kabur dalam ingatan gua. Gua kena outstation pergi Paka, Terengganu raya ke-6 sampai 25hb. Masa reunion nanti, baru gua ingat nak bercerita gua nyanyi lagu Wings miming masa hari guru dulu. Entah diorang ingat lagi ke tak. Itu belum cerita main buah gatal sampai huru hara satu sekolah. Sampai sekolah minta makcik kantin buat air garam buat sapu dekat budak-budak yang kena pedajal dengan gua and the gang. Belum lagi cerita WWF. Masa ni, scene wrestling memang tengah naik. Tak tahu semua tu lakonan Razor Ramon sama Undertaker Kelabu. Undertaker Purple masa tuh belum main wrestling lagi. Sibuk gali kubur agaknya.
Nampak gaya gua cerita semua ni kat facebook aje la nanti..Cilakak!
Notakaki: Gua masa kecik memang tak comel, dah besar comel sikit :)
20100827
Al-Fatihah
Al-Fatihah buat sahabat lama Rushdee. Teringat dia datang rumah bawak kacang sama coca-cola nak layan Manchester United dulu.
Semoga kau aman di sana...
Semoga kau aman di sana...
20100825
Diari Ramadhan - Burung, Batu, Air
Minggu lepas gua outstation di Port Dickson. Outstation masa bulan puasa memang mencabar minda. Lagi-lagi PD memang panas waktu tengah hari.
Ada satu hari tuh balik kerja cepat dari waktu biasa. Sebab penat sangat, sampai rumah masuk bilik gua terus baring. Sufian Samsudin pun sama. Terus terkam toto sama sleeping bag parking sebelah gua. Aman. Nyaman. Sampai terlupa nak on suis kipas berdiri yang jaraknya 2-3 langkah dari tempat kami baring. Gua suruh Sufian Samsudin on kan kipas. Dia pula suruh gua on kan. Gua suruh dia. Dia suruh gua.
***
Burung, batu, air. Nasib gua baik sikit hari ni. Sufian Samsudin on suis kipas dengan muka sedikit ketat. Kami pun sambung tidur.

20100810
Ramadhan 1431H
Tahun lepas, puasa gua hampir tak complete disebabkan gua disyaki menghidap denggi. Nasib baik antibodi gua kuat, doktor tak jadi nak tahan gua masuk wad. Kalau tak, tak kan gua tak nak makan bila akak nurse suapkan nasi? Kecik hati akak nurse.
Notakaki: Selamat berpuasa!
Notakaki: Selamat berpuasa!
20100806
Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010
Sepatutnya pagi ini gua, Nik Mar dengan Poey Stings dah sampai kat Pulau Langkawi untuk Langkawi Int. MTB Challenge. Tapi last minute Poey Stings dapat urgent call kena kerja, habis semua plan. Cuti yang gua apply sampai minggu depan pun dah approve. Sudahnya pagi ni gua duduk termenung depan laptop. Ralat bukan main. Ralat bukan sebab gua tak pernah pergi Langkawi, tapi ralat sebab tak dapat nak nak take part event basikal bertaraf antarabangsa. Bukan senang event macam ni nak open for public riders. Tapi nak buat macam mana kan? Nasib baik oder cokelat sama gamat yang budak-budak office oder gua tak collect duit lagi.
Sebab tak jadi pergi Langkawi, duit preparation gua buat beli kasut baru. Amacam?
Notakaki: Untuk rider jalan duku; Apa barang kasut tali? keh..keh..kasut lekat-lekat baru best.
Sebab tak jadi pergi Langkawi, duit preparation gua buat beli kasut baru. Amacam?
Notakaki: Untuk rider jalan duku; Apa barang kasut tali? keh..keh..kasut lekat-lekat baru best.
20100802
PCP Speed Challenge 31072010
Baru kali ni tergerak hati nak masuk race. Saja nak try short distance pula. Tambah pengalaman. Jambori dah rasa. Hash pun sudah. Kali ni race pula. Boleh tahan penat walaupun cuma 7km. Format kayuhan adalah relay (berganti-ganti) untuk menghabiskan 3 loop. 1 team 3 orang, so sorang buat 1 loop. Dalam team gua, gua ride untuk kelompok rider ke-2. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun team gua tak menang. Gua pun tak letak harapan tinggi. Saja nak ambil pengalaman. Lagi pun team gua semua newbie dalam acara MTB race. Dapat habiskan kayuhan pun dah buat gua gembira. Nak menang macamana kalau rider ke-3 Cambodia dah over take gua masa gua baru separuh jalan?
20100801
The Boat That Rocked
Gua baru ada masa nak tengok DVD (The Boat That Rocked) ni. Rasa nya dah lama Mas beli. Boleh tahan layan. Abang-abang brit-pop mesti suka. Lagu-lagu pun best. Gua ingat nak buat pirate radio station macam Radio Rock , tapi pasang lagu hardcore 24/7. Amacam?
Notakaki: Sinopsis? Search sendiri. Tak pun pergi la cari dekat Pasar Borong Pandan.
20100730
20100728
Cencorot & Kereta
Akhir-akhir ini bunyi cencorot dalam kereta gua semakin menjadi-jadi. Puas gua buka bonet, check sana sini. Tapi tak tahu dari mana datangnya. Kata seorang kawan, itu perkara biasa untuk kereta yang dah dipakai lebih 5 tahun. Kalau lama sikit lagi, jangan kan bunyi cencorot, bunyi harimau mengaum pun boleh dengar, tambah dia lagi. Dia kata ada petua untuk kereta yang berbunyi-bunyi ini. Aku tanya apa. Perlahan dia jawab.
"Kuatkan radio kereta..."
"Kuatkan radio kereta..."
20100727
20100723
TNBR vs ILSAS
Petang tadi, gua ambil kesempatan sebelum bulan Ramdhan menjelma untuk bermain bola sepak. Lama gua tinggalkan sukan bola sepak padang. Futsal pun dah jarang-jarang. Asyik mengayuh sampai terlupa gua ada but bola sama stokin tinggi.
Petang tadi, gua berkesempatan main guna bola rasmi Piala Dunia 2010. Adidas Jabulani. Main 20minit sebab pancit itu belakang kira. Feel world cup masih "true" lagi dalam diri walaupun Argentina kalah. Walaupun gol lawan tadi 40% punca dari gua. Gua "termasuk" habis pula.
Petang tadi, team gua menang 3-1 walaupun tendang penalti 2kali tak gol. Sumpah! Gua tak tipu. Tapi bukan gua yang tendang.
Petang tadi juga, baru lah gua mengerti. Kenapa Messi tak boleh score sebab Jabulani. Keh..keh...
Notakaki: Macam star pulak gua.
Gua dengan Jabulani dekat luar padang.

Iklan kurma cap Yusuf Tayub dah banyak berkumandang di radio. Dekat facebook pun dah ramai yang main tag-tag gambar biskut raya. Awek-awek pun kucar kacir ganti puasa sekarang ni. Ramadhan dah semakin menghampir. Rasanya puasa gua complete last year? Ermm...
20100722
The New MUFC 2010/11 Home Kit
20100716
20100712
Paul The Octopus Pick The Champion?
This is fucking funny. Paul cuma seekor sotong kurita berwajah hodoh. Fuck Paul!
20100623
Nazril Irham
"Boleh tahan la..."
"Panjang jugak..."
"Ini kau cakap panjang???"
"Mana ada panjang, lebih kurang aku punya je..."
"Fuhh..."
Gua jadi berminat nak tahu tentang apa yang mereka borak kan. Bila gua datang dekat, gua nampak yang ramai-ramai tadi tertumpu pada skrin sebuah telefon bimbit. Pada skrin telefon bimbit, gua nampak Nazril Irham atau pun nama glamour nya Ariel Peterpan sedang beraksi. Ok, gua da paham.
Notakaki: Prestasi kayuhan gua menurun malam tadi dipercayai selepas menonton video tersebut.

20100604
Luka Di Tangan Siapa Yang Tahu...
Brader 1 ofis: Kenapa dengan tangan tu?
Gua: Jatuh bang....
Brader 1 ofis: Jatuh motor? Dekat mana?
Gua: Eh, tak lah. Jatuh basikal...
Brader 1 ofis: Basikal??? (sambil buat muka terkejut)
Gua: Aah. Jatuh basikal.
Brader 1 ofis: Macam budak kecik nak main-main basikal lagi. (sambil geleng-geleng kepala)
Gua: (senyum...)
Notakaki: Tak pernah gua nampak budak kecik join Mountainbike Jambori. Nak kena luku kepala?

20100602
Lagenda Budak Setan
Ok, esok cerita ni masuk panggung. Gua ada pasang niat nak pergi tengok. Tapi gua dah lupa macam mana cerita dia. Banyak sangat novel Ahadiat Akashah masa tu. Tajuk Budak Setan saja gua ingat dah ada 1, 2, 3. Lagenda Budak Setan lain pula. Belum cerita Budak Rap lagi. Budak Momok etc, Budak Lomo (lomokids) lain cerita ok. Gua rasa cerita ni biasa-biasa saja, tak sebest macam baca novel. Gua kuat berimaginasi, gua expect yang bukan-bukan. Muka hero pun dah tak sama dengan imaginasi gua. Macam mana? Nasib baik muka heroin ada kena sikit-sikit :)
Notakaki: Lu orang memang tak true kalau tak baca novel ni masa sekolah-sekolah dulu.
20100520
Condition Assessment of HRB 3, GT 3 and ST 4
Hari ni bertolak ke JB. Ada kerja. Seminggu. Cadang nak drive and bawak basikal balik sekali. Tapi bila tengok schedule kerja yang agak pack. Gua batalkan niat. Takut tak ada masa nak kayuh. Balik semula ke KL mungkin Jumaat pagi minggu depan. Sabtu terus ke Ipoh untuk Ipoh MTB Jambori hari ahad. Maknanya seminggu ni gua tak training kayuh, balik KL terus sibuk nak ke Ipoh. Kalau ada masa pun Jumaat malam, itu pun kalau gua rajin. Sebab itu last week gua pulun kayuh tak kaw-kaw. Tak bagi can. Seminggu sampai 4kali keluar mengayuh. Harapnya gua berjaya di Ipoh nanti. Cuba untuk dapat ranking below 100. Tapi kalau seminggu before Jambori tak keluar mengayuh macam mana nak sukses ni?
Jumaat / 14052010 - Join geng Keliwoon Nite Ride, berteduh bawah jambatan sebab hari hujan.
Sabtu / 15052010 - Panjat Gunung Nuang dengan Shahrin.
Ahad / 16052010 - FRIM, Kepong
Gambar minggu lepas, 3 hari straight pulun kayuh. Gila!

20100513
Imbas Kembali 2004 - Flashback On Action
20100510
Juara Liga Perdana Inggeris
1 mata je? tak de hal lar... - Edwin Van de Sar
Semua orang sudah tahu. Chelsea juara liga inggeris tahun ini. Mendahului Manchester United dengan "1 mata" di hadapan. Gua ulang, hanya "1 mata". Sebagai penyokong Manchester United, gua mengaku gua merasa sedikit kecewa. Apatah lagi kekalahan hanya dengan 1 mata. Apa-apa pun, tahniah Chelsea. Tabik hormat kepada Manchester United kerana memberi tentangan, saingan dan cabaran sehingga perlawanan yang terakhir. Glory! Glory! Gua tetap menyokong Manchester United sampai bila-bila walaupun Manchester United berada di tangga terakhir liga.
UNITED!!!
20100507
Kulim Jamboree 2010
Balik dari Kulim, esoknya gua terus ke Pasir Gudang. Ada kerja. 3 hari juga dekat JB. Kerja tak kerja sangat la, sempat juga tengok wayang 2 cerita. Keh..keh.. Semalam gua sampai KL. Hari ni masuk kerja macam biasa. So, ada la sikit masa nak update blog.
01052010
Lepas setup basikal kat bumbung. Tuju Petronas Puncak Jalil. Isi minyak, beli air, buang air. - Awek cashier Petronas sini boleh tahan cun, tapi lengan banyak bulu sikit.
Gua plan nak tidur dalam kereta, tapi tak jadi sebab sibuk main walkie talkie. Gua request Poey Stings nyayi lagu "Dalam Diam Aku Menyintaimu" versi live guna walkie talkie. Tapi dia tolak dengan alasan tak ada bayaran.
Chief, gua, Dato Lob. R&R Bukit Gantang. Dah deal untuk tunggu Arash dekat sini. Sebab dia lambat sampai, kitorang bergambar dulu. Sebelum sampai sini, berhenti makan dekat R&R Sg, Perak. Area pukul 2 petang. Makan sampai penuh perut. Sebab malam dah nak start kayuh. Petang dah tak boleh nak makan yang heavy. Biar semua makanan dalam perut dah digest.
Lebih kurang puluk 5.30 petang sampai di tempat kejadian. Hujan lebat. Gua dah mula terbayang track malam nanti. Confirm licin dan berlecak. Collect goodies, terus bergerak ke homestay.
Lepas collect goodies. Bergambar lagi.
Berdiri; Orang kebanyakkan. Duduk; Celebrity. Keh..keh...
Sampai homestay semua kucar kacir setting basikal. Paling cilake pun letak lubricant kat rantai. Tapi mamat t-shirt putih relax duduk tengok orang. Sekali malam dapat no. 2. Next jamboree memang gua buat tak tahu dengan basikal gua.
Starting point. Gua gaya penoreh getah. Pakai head lamp pinjam dari Dato Lob. Sampai sekarang tak pulang lagi. Keh..keh.. Pengajaran dari ECC Night Ride October 2009. Head lamp sangat penting. Bertindak sebagai mata. Tak kira la letak kat helmet ke, sangkut kat kepala ke. Janji bila toleh, nampak apa yang nak dilihat. Tak lah gelap.
Tepat jam 8.30 malam, peserta dilepaskan. Gua gaya ghairah bawak laju-laju on road. Strategi. Tak nak jammed masa nak masuk offroad. Memang tak bagi can. Rasanya gua dalam kelompok 100 ke bawah dari 700 orang yang register. Masuk offroad pun ok. Tak kena beratur. Tapi yang buat tak ok. Masuk-masuk offroad terus kena climb. Dah lah tinggi, panjang pulak. Mula-mula gua steady juga. Pakai pulak cleat, memang best climb. Tapi suku bukit gua dah berhenti. Bukan tak larat kayuh. Tapi lumpur dah penuh tayar. Tayar "stuck". Tak boleh nak pusing. Masa ni la gua banyak buang masa berhenti kat tepi. Buang lumpur pada tayar. Tolak, stuck lagi. Buang lumpur lagi. Masa ni juga lah gua tengok ramai rider yang dah over take gua. Gua redha. Memang tak boleh nak buat apa-apa. Konon-konon target nak dapat nombor bawah 100. Tayar Maxxis Cross Mark memang barai time hujan, lumpur, basah etc. Nak tukar, bunga lebat lagi. Biar la dulu.
Macam ni la lebih kurang rupa tayar basikal gua. Macam mana nak tolak?
Kalau layankan tolak, memang sampai subuh raya cina tahun depan pun belum tentu sampai. Last-last gua pikul basikal. Itu pun dah nak sampai peak baru dapat idea. Dah terlambat. Dah ramai rider kat depan. Dah jammed.
Sampai check point 1, orang dah ramai. Gua ingat nak minum air. Sekali air dalam balang besar. Yang bawak botol senang la nak refill. Yang pakai hydration bag macam gua memang malas nak bukak bag. Sebab gua marah gua jalan terus. Lagipun gua tengok depan dah downhill. Memang layan. Tapi 10 saat sahaja. Ya, 10 saat. Lepas tuh uphill balik. Macam setan! Masa ni gua dah mula terfikir kan best kalau gua baring depan tv layan Akademi Fantasia. Tapi keturunan Hang Tuah macam gua susah nak mengaku kalah. Gua layan kan kayuh. Lepas satu check point ke satu check point. Nasib baik ada satu check point tu kasi minum 100+. Boleh buat recover penat.
Ini masa kat check point 4. Kakak urusetia kasik minum pakai bekas apa tah. Macam gayung pun ada juga. Belasah! Air dalam bladder dah makin kurang. Lepas makan pisang, sambung kayuh. Lepas 3kali jatuh akibat tayar cross mark yang kurang mencengkam. Gua sampai juga di finishing. Corner last sebelum sampai tempat finishing gua tanya urusetia yang jaga jalan.
"Ramai dah sampai?"
"Ada la 2-3 ratus...."
"2-3 ratus? Cibxx!!!!....."(dalam hati)
Sampai finishing. Gua dikalungkan medal. Gua tanya nombor ranking. Urusetia cakap nombor ranking disediakan sampai 100 je. Dia anggarkan ranking gua dalam 200++. Ok lah. Janji habis kayuh. Gua tolak basikal cari geng lain. Tengah mata gua meliar cari geng, gua nampak Dato Lob tengah duduk sambil makan bubur. Mampos gua. Macam mana dia boleh sampai dulu? Terus gua kena bahan sampai hari nih...
Walaupun gua tak berapa gembira dengan kedudukan gua di Kulim Jamboree. Tapi gua gembira dengan kedudukan team gua.
Tahniah Farhoud & Rostan for the 1st and 2nd place at Kulim Jamboree 2010.
02052010
Esoknya on the way balik KL bini Dato Lob call.Bini dia tanya dia menang ke tak? Perlahan dia jawab.
"Menang tu tak lah, tapi dapat lah kalahkan orang muda...." sambil pegang-pegang bahu gua.
"Cibxx"Sekali lagi gua menyebutnya dalam hati....

20100505
20100425
Puncak Jalil Mountain Bike x TV9
Entah kenapa malam tu gua pakai minyak wangi pergi kayuh basikal. Siap wax rambut lagi. Macam tak pakai helmet je.
Notakaki: Harapan gua punah, wartawan TV9 sikit pun tak nak interview gua. Dia tak tahu ke gua satu-satunya ahli bujang dalam group ni?
Notakaki: Harapan gua punah, wartawan TV9 sikit pun tak nak interview gua. Dia tak tahu ke gua satu-satunya ahli bujang dalam group ni?
20100420
Johor Bahru 2010
Minggu lepas. Buat pertama kali untuk tahun 2010, gua pulang ke kampung halaman. Last gua balik masa sepupu gua kahwin November 2009. Zaman study dulu pun tak pecah record macam ni. Nasib baik kucing gua dekat kampung kenal gua lagi. Keh..keh..
Gua balik dengan basikal kesayangan. Saja nak merasa kayuh dengan Rider Jalan Duku and the gang. Dapat lah kenal-kenal rider belah selatan. Jumaat malam layan road pusing-pusing Pasir Gudang 40km. Ahad pagi pula layan offroad hutan Plentong 30km. Memang orgasm! Penat tapi sangat-sangat berbaloi. Lepas ni memang balik JB wajib bawak basikal sekali.
Empangan Sungai Layang katanya.
Notakaki: Amacam Scandal baru gua? Baik?

20100409
20100401
20100329
Earth Hour
Lepas gantung basikal belakang kereta. Gua start enjin. Panas enjin lebih kurang. Terus jalan. Tak cakap banyak. Gua dah lambat. Malam ni gua nak masuk hutan sawit Kota Warisan, Sepang. Nak climb bukit 360'. Antara bukit wajib climb setiap kali gua datang situ.
Lepas 50 meter kereta meluncur gua perasan radio kereta senyap. Tak berbunyi. Gua jadi pelik sebab gua tak pernah off radio. Lepas parking, gua terus mati enjin. Senang. Gua off kan player, gua on kan balik. Tak berubah. Tetap sama. Gua syak radio kereta gua rosak.
Suku perjalanan baru gua teringat. Malam ni ada kempen Earth Hour. Patut la radio gua senyap. Cepat-cepat gua matikan lampu kereta sebagai menyokong kempen Earth Hour.
Notakaki: Ok. Gua tipu.

20100322
Imbas kembali 2005: Kongkong Emo Hardcore
Vocal: Ismail Arsad
Guitar: Reza Ramli
2nd guitar: (gua lupa nama mamat ni. Keh..keh...)
Bass: Nazarudin Rembeli
Drum: Syukri Basha
Lokasi: Kedai Kopi Taman Cahaya Masai, Kong-kong
Tarikh rakaman: Sekitar 2005
Bass tertinggal? bass laju? drum lambat masuk? 2nd guitar tak bunyi? guitar bunyi kuat sangat? vocal tak best? Pergi jahanam!!!
...
Dah lama gua pendam hajat nak up video ni. Tapi rasa macam malu pulak. Maklum lah main tak tight. Banyak part yang kantoi. Muda lagi masa ni, usia baru nak 20-an. Tapi sebab muka Reza Ramli paling clear, gua teruskan niat baik gua.
Notakaki: Lepas ni gua up video jeming lagu maikemikelromen pulak. Keh..keh...
20100314
Bila Kau Tak Di Sampingku
20100308
Pelam Maybank
Masa gua nak masuk Maybank tadi. Gua nampak ade apek jual pelam betul-betul depan pintu masuk. Semua orang dia pelawa untuk rasa pelam dia. Tapi tak ada pula dia pelawa gua. Celaka. Mentang-mentang gua datang bawak motor berkuasa rendah. Tunggu la nanti bila "kereta sport hitam" dah jadi milik gua.
Tapi sebab geram dengan apek pelam. Lepas setel cucuk duit. Gua terus tuju lori dia. Tak cakap banyak terus oder 2kg. Apek pelam pelawa gua rasa sambil potong pelam di tangan. Gua cakap tak nak. Lepas ambil pelam terus gua blah.
Separuh jalan nak balik rumah. Atas motor berkuasa rendah. Gua teringat sesuatu....
***
Malam tadi, gua lepak depan tv layan raja lawak sambil potong pelam guna pisau tumpul...
Notakaki: Nasib baik jumpa pisau. Kalau tak jumpa?

20100302
Sinar Harian
20100227
Efek Rumah Kaca
20100223
JFK 7904
Pagi tadi adalah pagi yang menguji kesabaran. Gua bangun agak lewat. Lepas siap-siap lebih kurang. Terus turun bawah tuju motosikal berkuasa rendah gua. Enjin pulak susah nak hidup sebab dah 3-4 hari tak naik moto pergi mana-mana. Lepas 5 minit buat "senaman kaki", moto pun hidup. Perah-perah lebih kurang, masuk gear 1. Baru nak jalan, raba-raba poket baru sedar handphone pulak tertinggal. Sabar. Slumber tinggal moto enjin hidup. Lari naik atas ambil handphone. Lepas semua da setel, terus pulas minyak tak bagi can. Jam tangan dah tunjuk lagi 15 minit nak pukul 8 pagi.
Sampai Petronas motosikal berkuasa rendah gua jadi semput. Minyak macam tak sampai. Bila pulas minyak tak boleh nak pergi. Gua syak karburetor bikin hal. Sabar. Tak cakap banyak terus tolak moto menghala ke rumah. Separuh jalan gua tinggalkan moto berkuasa rendah gua dekat deretan kedai. Tak larat nak menolak moto sampai rumah. Sengal-sengal kaki mengayuh basikal 50km di Sri Iskandar masih lagi terasa. Sabar. Lepas parking motor, terus jalan kaki balik rumah untuk ambil kereta. On the way ke office dalam kereta, dah terbayang motor kat bawah. Yang ini memang tak boleh sabar.
Notakaki: Amacam?

20100217
Brader Pertahanan Awam
Pagi tadi, masa nak sarapan pagi dekat kedai makan depan pejabat. Ade 1 geng lengkap pakai baju kaler jingga, seluar kaler hijau, but paras betis beratur depan gua untuk ambil makanan. Ramai la juga. Boleh buat satu team bola 7 sebelah. Dekat belakang baju ade tulisan "Pertahanan Awam". Potongan rambut ala-ala tentera. Badan sasa dan tangan berurat.
"Mana pergi striker sama penjaga gol? Semua nak main pertahanan, susah lah macam ni???"
Bisik Salim pada gua sambil bibir cebik pada brader Pertahan Awam.
Gua gelak besar sampai kaunter bayar. Brader Pertahanan Awam usyar panas.

20100214
Offroad Kota Warisan/13022009
Masih lagi bercerita tentang basikal. Pagi semalam layan offroad Kota Warisan. Track sawit berbukit-bukit. Training untuk Sri Iskandar MTB Exploration di Perak hari Ahad depan. Boleh tahan penat. May be sebab dah lama tak layan offroad. Lepas balik dari Monsoon Ride bulan 12 hari tu, sibuk dengan outstation. Kalau ada pun kayuh road sekitar-sekitar Putrajaya. Boleh la daripada tak kayuh langsung. Itu pun tercungap-cungap. Nasib baik dapat cover buat muka steady depan Ezlyn HaiHaiBabai yang ada kat situ time tu.
Gua harap gua steady kayuh sampai garisan penamat. Gua tak letak harapan tinggi. Menang no 1, naik podium atau dapat cabutan bertuah. Sebabnya ini lah jamboree yang menyediakan track terpanjang yang pernah gua join. 55km. Bukan dekat-dekat. Dapat kayuh sampai habis pun da cukup baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)